Tak tahu la kenapa masakan ni di namakan Masak Kuali,padahal masak dalam periuk pun jadi je hehehhe, ada la tu sejarahnya,Cik Sue dapat inspirasi buat menu ni tengok video kat tiktok dia buat ikan siakap masak kuali bulan puasa,tapi memandangkan ikan siakap tak de,kita ganti la dengan udang,sedap je,ikut pandai dan selera masing-masing la,memasak ni kan seni kreatif ehhehe.
Bahan pun tak susah mana,mudah-mudah je,cara masak pun tak rumit,tapi rasa memang wow,kalau buat pekat-pekat lagi padu.Kuahnya macam sos,kena betul dengan makanan laut dan ikan.Jom tengok bahan dan cara masaknya :
Bahan :
Udang 500gm -di bersihkan ,gaul garam kunyit ,goreng,toskan minyak.
Tomato ceri - segenggam
Serai 1 batang -ketuk
Cili api hijau -5 biji
Santan 200ml -1 kotak
3 sudu pes sama jawa atau air asam jawa
Garam / Gula
Bahan blend :
Halia - setengah inci
Cili api - ikut tahap kepedasan masing-masing
Belacan - 1 sudu kecil
Kunyit - setengah inci
Bawang merah kecik - 5 ulas
Bawang putih - 3 ulas
Cara memasak :
Panaskan minyak dalam kuali,masukkan serai dan bahan blend.
Tumis hingga agak pecah minyak,masukkan air asam jawa.
Biar mendidih masukkan garam gula
Masukkan tomato ceri dan cili api.
Masukkan santan dan biar mendidih sekejap
Kalau nak kuah cair boleh tambah air.
Masukkan udang dan gaul rata.
Boleh hidangkan.
Kalau nak tengok video cara memasaknya boleh klik SINI ye...
Selamat mencuba.


2 Comments
uishhh dapat lauk ni dengan nasi panas pun dah cukup dah ni Cik Sue
ReplyDeleteNantu uncle suruh aunty tengok ni... mana tau dia nak cuba... heheh
ReplyDelete