Dulu tahun 2023 dah pernah lepak piknik area Sungai Mahang,Nilai ni tapi bukan tempat ni la ,yang tu siap ada bilik penginapan siap menginap 1 malam,cuma tak de jeram,sekadar anak sungai dan kolam untuk anak-anak je.
Kali ni cari port untuk piknik je,malas nak bermalam,rupanya ada yang lebih best sungainya ,depan sikit je dari tempat yang kami pergi dulu.Cumanya tempat kali ni kawasan private ,tanah persendirian,ajdi tak boleh masuk sesuka hati,kena booking ,call dulu ,bayar caj masuk ,baru boleh lepak sini.
Surau dan bilik air serta tandas di sediakan ,bersih dan sesuai untuk family.Cik Sue suka tempat ni ,lebih privacy orang kata,sebab sekali masuk tak ramai dalam 5 atau 6 keluarga je,so tak la segan sangat nak berendam dengan anak-anak.
Masa piknik tu kami tak de la buat bbq atau masak kat sana,payah dengan anak kecil ,lagipun Cik Sue kurang suka sebab malas,nanti dapat mandi sekejap je sibuk dok memasak,kita datang nak mandi kan hehehhehe rugi la.Jadi bawa makanan siap masak kat rumah dan tapau,mandi puas-puas ,dah lapar naik makan je,senang.
Walau ada tempoh waktu terhad,itu pun dah puas hati sebab tak perlu bersesak atau serabut ramai orang,bilik air pun tak berebut,puas la jugak anak-anak berendam.Kami jadi orang terakhir balik ,elok keluar parking ,penjaga kunci pagar hahahha,puas hati,next time datang sini je la ,dari rumah 40 minit lebih kurang.










1 Comments
Ini heaven anak2 la... selagi tak kecut jari komfom tak nak naik!
ReplyDelete