Resepi Daging Masak Hitam Mudah Cara Cik Sue

 

Lama tak letak resepi kat sini,jom la Cik Sue share resepi mudah-mudah je,simpan untuk sendiri juga ni,senang nak cari balik,kita taip je kat blog sendiri kan hehehhe.

Kali ni Resepi Daging Masak Hitam mudah ala Cik Sue,ha kita cari resepi yang mudah-mudah je,kang banyak bahan dan step memang malas jadinya.

Ini pun tengok kat media sosial mana tah tapi Cik Sue ejas sikit la nak bagi senang tapi tetap sedap haaa gitu,jom tengok...



Resepi Daging Masak Hitam Mudah.

Selalu makan kat kendurikan menu ni, bila buat banyak panaskan berulang kali lagi sedap tau tapi jangan la sampai hangit,lauk tak bersantan ni bila selalu panaskan lagi sedap dan pekat lama-lama jadi ala-ala sambal.

Bahan-bahan : 

Untuk 1 kilo Daging ( Cik Sue lembutkan dulu guna pressure cooker ,kalau tak de nanti korang didihkan lama sikit bagi daging empuk ye).
Cik Sue hiris nipis supaya mudah makan.

Bahan kisar :
2 biji bawang merah besar
1 inci halia 

Bahan tumis : 
5 biji bawang merah -hiris 
2 ulas bawang putih -hiris
1 batang serai -ketuk
4 sekawan - kayu manis,bunga lawang,pelaga,cengkih
1 tangkai daun kari 

Bahan lain : 
2 sudu besar cili kering blend (nak kurangkan lagi pun boleh kalau anak-anak tak makan pedas)
2 sudu besar rempah kurma 
1 sudu besar rempah kari 
3 biji tomato -belah 2 atau 4 
1 sudu besar kerisik 
sedikit gula melaka 
garam dan perasa 
kicap secukupnya -ikut kadar kehitaman yang di mahukan ) 

Cara Memasak: 

Tumis bahan kisar dan bahan tumis hingga wangi dan kekuningan.

Masukkan rempah kurma,rempah kari dan kacau hingga pecah minyak.

Masukkan cili kisar,masak lagi hingga pecah minyak.

Masukkan daging dan gaul rata,masak hingga daging empuk dan menyerap kuah.

Masukkan tomato dan kicap secukupnya dan Cik Sue masukkan air sedikit tuk ia mendidih.

Reneh dengan api perlahan sampai kuah pekat,akhir sekali masukkan kerisik dan gula melaka,garam.

Yeayyyy siappppp...

Makan dengan nasi panas,tambah sambal belacan ulam timun pun dah ngam tau.



Korang cubalah,mudah je,bahan-bahan pun senang,buat sekilo ,pastu bahagikan bekas kecik-kecik simpan beku.Nak makan panaskan je,haaa stail Cik Sue la ni senang bila time malas masak lauk,masak nasikan keluarkan satu bekas ,panaskan je,setel.

Haziq pun boleh makan,bertambah-tambah dia makan nasi dapat lauk ni,si kakak je la payah skit huhuuuu....

Menu lauk ni korang buat makan dengan nasi beriyani atau nasi minyak pun sedap tau.

Daaaa....selamat mencuba.



Post a Comment

0 Comments