Wowww....beli cermin mata boleh dapat Iphone ye,mana nak dapat kat tempat lain kecuali di OPTOM Bangi ,kedai yang berkonsepkan klinik mata ni.Memang pilihan utama Cik Sue kalau berkaitan dengan mata,perkhidmatan yang cukup lengkap untuk memeriksa tahap kesihatan mata dan penglihatan anda.
Alhamdulillah dah beberapa kali dapatkan khidmat nasihat dan buat cermin mata di sini dan sangat puas hati dengan layanan serta apa yang di tawarkan kepada pelanggan,disini korang bukan sahaja boleh buat cermin mata tapi boleh memeriksa dengan teliti keadaan mata hingga ke sistem saraf mata kalau-kalau ada masalah yang perlu di rujuk kepada hospital untuk rawatan.
Kenapa kena pilih Optom?
1. Personalized
Kat sini korang akan di beri nasihat dan pemilihan cermin mata secara personal,maknanya di ukur dan di buat mengikut kehendak serta keperluan diri sendiri,bukan sahaja yang ready made atau sedia ada,kalau korang jenis yang nak customize khas untuk diri sendiri haaa sini la tempatnya.Ia di panggil "Bespoke" yang mana ukuran wajah korang di ambil menggunakan satu aplikasi dan kemudian bentuk serta warna serta jenis spek akan di pilih dalam aplikasi itu mengikut kesesuaian ukuran bentuk muka dan kedudukan yang sesuai,memang best tau,boleh pilih nak bentuk macam mana dan boleh terus nampak ia sesuai atau tidak dengan bentuk muka korang,nak petak ke,bulat ke,lonjong ke semua boleh.
2. Khidmat Nasihat
Selain itu ,Cik Sue suka ke Optom ni sebab staf akan beri khidmat nasihat kesihatan mata dan keadaan mata kita di periksa dengan teliti,staf pula berkelayakan bukan cikai-cikai ye,memang profesional tau,ada kompeten.jadi kalau ada masalah mata dan penglihatan,datang periksa mata mereka akan bagi nasihat apa yang patut di buat seterusnya untuk memperbaiki masalah,malah kalau perlu rujuk ke pakar atau hospital mereka akan keluarkan surat rujukan.
3. Pengesahan Rabun
Dan semestinya kena check la rabun korang setakat mana tahapnya kan untuk buat cermin mata yang terbaik untuk korang.Kena tahu la ,rabun dekat ke rabun jauh ke,berapa power barulah boleh dapat pengesahan dan senang untuk di uruskan nanti,senang nak pilih kanta macam mana,Dan pemeriksaannya teliti ye,sampai kita akan rasa penglihatan yang paling baik diorang periksa dan aturkan.
4. Pemeriksaan Saraf Mata
Satu lagi yang tak terdapat dekat kedai cermin mata biasa adalah pemeriksaan saraf mata di mana kita boleh lihat masalah organ mata hingga ke saraf dan lebih kompleks,ini bagus terutamanya yang ada penyakit kencing manis atau ada kecederaan pada mata,jadi tak perlu beratur kat hospital ,datang sini mereka akan periksa dulu,jika perlukan pakar mereka akn rujukkan kita ke sana.Jangan risau yang periksa adalah staf yang berkelayakan ye.
5.Pemeriksaan Struktur Mata
Pemeriksaan struktur mata pun ada ye,haaaa cukup lengkap dan sangatlah detail ok,ni nak tahu jarak antara bola mata atau ada sebarang keadaan yang tak sihat dengan kedudukan bola mata serta masalah-masalah berkaitan yang menganggu sistem penglihatan kita nanti,jadi mereka boleh memberi khidat nasihat apa yang perlu di lakuka untuk menambah baik.
6. Pengurusan Sistem Penglihatan
Beli Cermin Mata dan Menang IPhone14.
Optom Eyecare.
No.37, Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan.
(Berdekatan Marrybrown)
🕰️BUKA SETIAP HARI
🕰️9AM-8PM
GPS: https://goo.gl/maps/KFs6hsbfRa3551Gj9
IG & page Optom Eyecare Bangi:
www.instagram.com/optombangi
www.facebook.com/optombangi
5 Comments
Bagus betul cara dia perik mata, bukan baisa-biasa, periksa sampai saraf mata. Wah siap ada hadiah kalau beli spek mata. Menarikk
ReplyDeleteBest gila hadiah dia. Bagus kedai optom ni , nanti boleh la bukak cawangan sini pulak
ReplyDeleteNak try la buat spec mata kat sini nanti alang2 boleh joun contest tu kan hee
ReplyDeleteWaaa nak beli la leh dpt iphone
ReplyDeleteDetail ya Optom buat cek mata. Bagusnya
ReplyDelete