Zakat@Family LZS Bantu Lengkapkan Tanggungjawab Ketua Keluarga.

Assalamualaikum semua,

Tanggungjawab sebagai ketua keluarga dalam Islam bukan sekadar mencukupi nafkah,memberi pendidikan dan ilmu serta kehidupan lahiriah yang lengkap sahaja ye.Kena bertanggungjawab dalam perlaksanaan ibadah surhan Allah dan rukun Islam dan Iman juga.Bukan mudah tau menjadi ketua keluarga,banyak dan berat tanggungjawabnya.




Kali ni Cik Sue nak kongsikan satu kempen oleh Lembaga Zakat Selangor yang baru di lancarkan untuk membantu ketua keluarga melunaskan tanggungjawab mereka iaitu Kempen Zakat@Family.

Apa itu Zakat@Family? 

“Zakat@FAMILY” adalah satu kempen dakwah taksiran dan bayaran zakat bagi melengkapkan tanggungjawb di dalam sesebuah keluarga. Bayaran zakat boleh ditunaikan oleh ketua keluarga, penjaga atau wali untuk diri sendiri dan setiap individu yang masih di bawah tanggungan atau jagaannya dalam sebuah institusi kekeluargaan muslim di Selangor

Kenapa LZS mengadakan Kempen Zakat@Family? 

Pensyariatan zakat adalah satu daripada ciri – ciri yang disyariatkan oleh Allah SWT untuk membentuk peribadi manusia sesuai dengan pra-syarat kebahagiaan sesebuah keluarga dan masyarakat yang harmoni mahupun sebagai individu yang menyanjungi kebahagiaan dalam kehidupan ini.

Zakat adalah salah satu fardhu dalam rukun islam yang lima. Sesiapa yang mengingkari akan kefardhuan zakat adalah kafir dengan ijma’ sebagaimana pendapat Ibn al Sobagh. Menegah daripada keluar menunaikan zakat boleh diperangi dengan ittifaq para sahabat sehingga mereka menunaikan hak Allah SWT kepadanya.

LZS cuba mengorak langkah dengan mengadakan kempen taksiran dan bayaran zakat oleh ketua keluarga, penjaga atau wali yang masih di bawah tanggungan mereka.

Perkara ini adalah merupakan salah satu inisiatif Divisyen Kutipan di dalam meningkatkan lagi kutipan zakat serta dakwah dan hebahan maklumat zakat di Selangor.


Objektif Kempen Zakat@Family.

1. Memupuk kesedaran ke atas setiap ketua keluarga, penjaga atau wali agar dapat melaksanakan            tanggungjawab memastikan taksiran dan pembayaran zakat ke atas setiap individu yang berada di      bawah tanggungan dan jagaan mereka.

2.  Menyebar luas dakwah zakat kepada umat islam di kawasan sekitar dan di seluruh Selangor.

3.  Memastikan setiap individu dalam sebuah keluarga Muslim di Selangor dapat menunaikan
     kewajipan zakat ke atas harta yang mereka miliki selaras dengan kewajipan zakat yang bergantung
     kepada harta yang dimiliki dan bukannya kepada status umur atau kewarasan pemilik harta (akil 
     baligh atau mukallaf).

Bagaimana Kempen Zakat@Family di laksanakan? 

1. Ketua keluarga memastikan setiap individu di bawah tanggungannya mengisi dan melengkapkan        borang taksiran zakat individu (i-Touch) untuk :

    -Diri Sendiri

    -Pasangan

    -Tanggungan

    - Individu di bawah jagaan.


2. Setelah membuat taksiran zakat untuk diri, pasangan, tanggungan atau jagaan, ketua keluarga atau penjaga akan mengisi borang “Zakat@FAMILY”.






KLIK SINI untuk pengiraan zakat anda.


3. Setelah mengetahui kelayakan kewajipan zakat dan jumlah zakat bagi setiap ahli keluarga atau           penjaga, pelanggan perlu memastikan pembayaran zakat diselesaikan untuk diri sendiri, pasangan,     tanggungan atau individu di bawah jagaannya






Jenis-jenis harta yang terlibat bagi pentaksiran dan pembayaran “Zakat@FAMILY” adalah seperti berikut :


FAQ PELAKSANAAN TAKSIRAN & BAYARAN “Zakat@FAMILY”


SOALAN 1 :   Apakah yang dimaksudkan dengan “Zakat@FAMILY” ?
JAWAPAN :   Zakat@FAMILY adalah satu kempen dakwah taksiran dan bayaran zakat oleh ketua keluarga, penjaga atau wali untuk diri sendiri dan setiap individu yang masih dibawah tanggungan atau di bawah jagaannya dalam sebuah institusi kekeluargaan muslim di negeri Selangor.


SOALAN 2 :   Apakah dalil yang menerangkan keperluan pelaksanaan “Zakat@FAMILY” ?
JAWAPAN :   Firman Allah SWT,
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ قُوٓا۟ أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلْحِجَارَةُ عَلَيْهَا
 مَلَـٰٓئِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَّا يَعْصُونَ ٱللَّهَ مَآ أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ ﴿٦﴾
Maksudnya     : “Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarnya adalah manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh para malaikat yang kasar, bengis (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah terhadap setiap perkara yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap (setia) melaksanakan segala yang diperintahkan.
(Surah al-Tahrim: 6)

SOALAN 3 :   Apakah hukum melaksanakan tuntutan “Zakat@FAMILY” ?

JAWAPAN :   Hukum melunaskan zakat adalah wajib bagi individu yang mempunyai lebihan harta mengikut syarat dan kadar yang tertentu. Walaubagaimanapun menjadi tanggungjawab dan amanah terhadap ketua sesebuah keluarga dalam memastikan pelaksanaan zakat dilaksanakan tanpa terkecuali bersesuaian dengan firman Allah Ta’ala di dalam Surah Al-Tahrim ayat 6, yang menerangkan tentang peringatan kepada ketua keluarga agar memelihara diri dan keluarga dari menjadi bahan bakar api neraka.

SOALAN 4 :   Bagaimanakan kaedah kiraan zakat melalui taksiran “Zakat@FAMILY” ?

JAWAPAN :   Kaedah kiraan dan taksiran Zakat@FAMILY adalah seperti yang telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa Negeri Selangor melalui penggunaan  “Borang Taksiran Zakat Harta Individu” dengan tambahan butiran jumlah harta tanggungan masing-masing (pasangan, ibu, bapa & anak-anak) seperti berikut :

SOALAN 5 :   Saya menjaga adik saya berumur 35 tahun yang mempunyai masalah kesihatan (down syndrom). Adik saya mewarisi duit sebanyak RM20 ribu daripada arwah bapa saya. Adakah adik saya wajib membayar zakat dan bagaimanakah urusan pembayarannya ?

JAWAPAN :   Zakat diwajibkan ke atas adiknya kerana dia adalah pemilik sempurna bagi harta tersebut. Walaubagaimanapun, sebagai dakwah dan memenuhi tuntutan berzakat, menjadi tanggungjawab abang sebagai penjaga untuk membuat taksiran dan pembayaran zakat mewakili adiknya melalui kaedah Zakat@FAMILY.


Berzakat itu pensucian harta.


Zakat itu memang tuntutan bagi setiap muslim terutama ketua keluarga untuk menguruskannya,yangmenjadi tunjang dalam urusan rumahtangga.Semoga usaha untuk berzakat akan di pandang mulia serta di permudahkan oleh Allah ,malah menjadi asbab bertambah rezki dan keberkatan dalam hidup keluarga setiap muslim.Dengan usaha LZS ni juga sekurangnya dapat membantu urusan ketua keluarga melaksanakan tuntutan berzakat,tidak susah pun jika masih terdapat keraguan atau kesulitan hubungi sahaja Lembaga Zakat Selangor untuk pertanyaan ,Insya Allah mereka akan menjawab dengan sejelasnya :


Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Zakat@FAMILY ini,korang boleh layari laman web dan media sosial Lembaga Zakat Selangor

Laman Web :
LEMBAGA ZAKAT SELANGOR


Facebook
Lembaga Zakat Selangor

Instagram
@zakatselangor


Jom berzakat....

Post a Comment

1 Comments