Kalau di Rocky Basecamp tingkat 3 Aeon Mall Shah Alam ada wall climbing yang lebih kepada penglibatan aktiviti ibu bapa dan anak-anak yang besar,di Air On Park pula lebih kepada aktiviti anak-anak untuk semua peringkat,dan permainan interaktif untuk dewasa yang lebih santai.
Anak-anak seronok di Air On Park
Aktiviti kat sini lebih banyak untuk anak-anak dan pelbagai permainan yang dapat mengasah minda serta skill mereka.Sesuai untuk sekecil 1 atau 2 tahun hinggalah remaja belasan tahun serta golongan dewasa.Masa sampai masing-masing dah tak sabar-sabar nak masuk,dengan yang menangis tak sabarnya,dengan main masuk je haaa haru -biru di buatnya.
Sebelum masuk kenalah bayar dulu ye dan harga tiketnya memang berbaloi dengan aktiviti yang ada,lepas tu akan dapat gelang atau strip kertas untuk di pakai.Baru lah boleh masuk,oh ya jangan lupa pakai stokin dan anak-anak pakai seluar panjang dan baju berlengan panjang,sebab aircond agak sejuk dan untuk keselamatan bila bermain.Kalau bawa beg jangan risau ada loker di sediakan,sediakan duit je untuk bayar hehehhehe.Kat sini kena buka kasut ye,sebab tu suruh pakai stokin.
Edutainment Zone
Zon ini ada banyak mainan yang menyeronokkan untuk kanak-kanak pelbagai umur.Ada permainan interaktif anak-anak boleh mereka hidupan laut sendiri dan namakan dengan nama sendiri,lepas tu boleh cari makan dan dapatkan markah di skrin yang di sediakan.Di sini anak-anak boleh berkreativiti dan belajar mencipta.
Dapat mainan semua khusyuk,tak layan dah mak ayah masing-masing,dan pasti tak payah panggil balik la,memang tak bergerak hahahhaha.
Ruang dalam yang selesa dan luas sangat selamat untuk anak-anak,susun atur permainan pun menarik dan kemas.Anak-anak selesa berlari dan bermain bersama.
Tapi ibu bapa perlu juga mengawasi risau anak-anak berebut atau tercedera waktu bermain.Staf-staf kat situ pun mesra dan cekap mengawasi anak-anak,terbaik perhatian diorang.
Humaira masuk je dah teruja tengok rel keretapi kat tengah-tengah,sememangnya dia sangat suka mainan-mainan macam ni.Kereta,keretapi dan kenderaan ,tambahan lego,haaaa memang dia mengadap la.Seronok betul dia dok mengadap,kena pulak ada yang melayan,lagi la dia suka.
Apa yang Cik Sue perhati di Zon Edutainment ni banyak mainan yang mengasah minda dan motor skill kanak-kanak,memang bagus.Dapat tengok minat anak-anak pada warna,bentuk dan pelbagai mainan menguji minda mereka.
Selain bermain,diroang juga boleh bergaul,tambahan macam Humaira yang jarang jumpa kawan-kawan dan bergaul dengan orang lain selain ibu dan ayah kat rumah.Memang masa yang bagus tuk dia belajar berkawan,berkomunikasi dengan kanak-kanak lain.
1 jam pas: RM 35.00
2 Jam Pas :RM 45.00
2 jam x 4 penyertaan : RM 140.00
3 jam pas untuk 2 zon ( Edutainment & Zone Fun): RM 60.00
Pas Kemasukan
Guardian: RM 5.00
Companion: RM 10.00
Fun Zone
Haaaa yang ini memang tempat feveret,selagi tak habis masa,selagi tu dok melangut kat dalam tu,nama pun fun,memang seronok tak mahu keluar la budak-budak ni.Bukan anak-anak je,mak pak pun boleh bermain sama-sama.Jangan risau,peralatan semua kukuh.
Dalam zon ni ada pelbagai permainan yang meyeronokkan untuk main bersama anak ibu ayah,ada blok-blok lego besar,buaian,mainan panjat,mainan gelungsur yang mak ayah pun boleh main sekali,haaaa Cik Sue lak teruja lebih part gelungsur tu heheheh.
gelungsur curam yang kena ada mak ayah teman untuk anak-anak kecil |
Seronok tengok anak-anak berimaginasi kat lego besar ni,macam-macam ni buatya.Belajar reka macam-macam ikut apa yang diorang imaginasi sendiri.
Memang seronok anak-anak,sebelum balik sempat kami masuk lagi sekali sebelum masa habis,haaaa memang meraung la msing-masing bila nak balik,pakat tak mau keluar hihiii.
2 Jam Pas : RM 35.00
2 jam x 4 penyertaan :RM 110.00
3 jam pas untuk 2 zon ( Zon Fun & Edutainment) : RM 60.00
VR/AR Zone
Part Zon VR/AR ni memang tumpuan utama kat Air On Park ni,anak-anak ke,mak bapak ke boleh main tapi kalau anak yang kecil sangat tak sesuai la,peralatannya tak muat terutama eye mask tu.Cik Sue pun pertama kali mencuba permainan interaktif Virtual Reality macam ni.Bil akorang pakai eye mask tu dan duduk atau berdiri atas peralatan tu korang akan rasa seperti bermain permainan yang sebenar,contohnya permainan roller coaster,korang akan rasa tunggang terbalik betul-betul macam main kat luar tau,tapi ni indoor la,pastu bila jerit-jerit org keliling dok gelakkan korang sebab sebenarnya korang dok atas kerusi je pun hahahhahaah.
Ada juga VR untuk kanak-kanak main macam game dalam video game tu,lebih guna pergerakan si pemain,kena lompat,angkat tangan,gerak kiri kanan depan belakang.Bagus juga untuk anak-anak lebih aktif fizikal dan mental tuk berfikir strategi.
Yang ni la Cik Sue terus menyesal naik,permainan ni macam naik yang lastik kat funfair tu,siap pusing 360 darjah tau,betul-betul rasa terbalik,padahal elok je dok atas tempat duduk tu hahahaha,hamoeh je yang lain dok gelakkan kat depan.Elok habis turun terus mengucap panjang taubat tak mau dah hahahah.
Serius memang best sangat masuk sini,memang berbaloi korang bawa anak-anak,berbaloi dengan harga masuk yang di kenakan.Bawa la keluarga datang,habiskan masa bersama,badan sihat otak pun cergas dengan aktiviti berfaedah gini.Anak-anak mesti teruja,lagipun Cik Sue suka sebab indoor ,dalam bangunan tak payah risau hujan ke panas ke,selamat pun ye,staf-staf semua bagus.
Harga Untuk VR/AR Zone
Pass Single untuk 5 permainan : RM 55.00
Pas Bundle untuk 10 perlawanan :RM 95.00
Permainan taktikal ~ ONE Entry: RM 55.00
Permainan taktikal ~ Bundle of 4 games : RM 190.00
Pas Bundle untuk 10 perlawanan: RM 95.00
Pas Kemasukan
Guardian: RM 5.00
Companion: RM 10.00
Topeng Mata setiap bahagian: RM 1.00
Pass Single untuk 5 permainan : RM 55.00
Pas Bundle untuk 10 perlawanan :RM 95.00
Permainan taktikal ~ ONE Entry: RM 55.00
Permainan taktikal ~ Bundle of 4 games : RM 190.00
Pas Bundle untuk 10 perlawanan: RM 95.00
Pas Kemasukan
Guardian: RM 5.00
Companion: RM 10.00
Topeng Mata setiap bahagian: RM 1.00
Kat sini boleh juga kalau nak buat gathering atau family day bawa geng dan anak-anak main sini,memang anak-anak akan teruja giler la,dan pasti payah nak balik heheheh.Untuk maklumat anjut korang boleh hubungi atau klik link di bawah ye,nak tempah wal pun boleh untuk sebarang event di sini.
Air On Park:
Website : http://www.aironpark.com/
Facebook: https://www.facebook.com/AirOnPark.SA/
Instagram: https://www.instagram.com/aironpark.sa/
Website : http://www.aironpark.com/
Facebook: https://www.facebook.com/AirOnPark.SA/
Instagram: https://www.instagram.com/aironpark.sa/
5 Comments
best kan tempat ni. anak-anak saya pun enjoy datang sini sampai tak nak balik. hahhaha
ReplyDeletebestnya, dah dekat dengan rumah, emm weekend ni bolehla bawak anak-anak ke sini, sesuai untuk aktiviti seisi keluarga
ReplyDeleteAi selalu pergi Aeon Mall Shah Alam ni. Tapi sebelum ni tak pernah perasan Air On Park ni. Bila baca review blogger baru tau.
ReplyDeletewah, bestnya tempat ni...ku geram kat lego besar tu...
ReplyDeletewah..banyak mainan..seronok anak-anak!
ReplyDelete