Rendang Daging Hitam : Rendang Warisan Kuala Lipis.

Alhamdulillah,tercapai hasrat Cik Sue cuti Nuzul Quran nak balik kampung dan habiskan masa dengan ma dan abah,memandangkan tahun ni beraya di rumah mertua.Balik la habiskan masa lama sikit kat kampung,sempat la ma abah bermesra dengan Humaira.Dah risau jugak sebab minggu lepas balik rumah di Sungai Buloh,Humaira tak nak langsung dengan pakcik-makcik dia,dengan embah wedok embah lanang pun tak nak,meraung-raung.Alhamdulillah la bila balik Lipis,mula-mula je nangis lepas dua tiga jam dah ok bergelak ketawa dengan sepupu-sepupunya,ngan abah ma pun galak bergelak ketawa.Dengan Mok Su (adik bongsu Cik Sue) pun ok je berdukung jalan-jalan.Biasa bebudak ni kekadang ada orang yang dia serasi ada orang yang dia rasa "panas" tu yang nangis tak selesa tu.

Ehhhh Cik Sue bukan nak cerita pasal tu la.Ni nak cerita benda wajib yang akan Cik Sue cari kalau balik Lipis,terutama bulan Ramadhan gini,apa bendanya? Ha ni dia,Rendang Daging Hitam atau Rendang Jamil orang lepeh (Lipis) panggil.Kenapa Jamil? Ada sejarahnya nanti Cik Sue cite eh. 


Bukan senang tau nak dapat makan rendang ni,banyak dugaannya,ceeewahhh.Ye la menu tradisi,yang membuatnya orang tertentu dan satu tu sahaja,tak de orang lain buat,tu yang jadi limited edition tu,kalau dia tutup kedai jawabnya tak de la,tak merasa la.Dan nak membelinya kalau lambat memang tak merasa,kena datang awal-awal.Semalam sempat ajak ma abah n Mr D pi cari rendang ni.Alhamdulillaahhhh dapat juga,memang teringin sangat nak makan.

Daging Empuk,Rasa Berempah Sedap

Kesedapan rendang daging ni memang tak dapat di nafikan lagi,malah menjadi santapan warga Istana Pahang,menu no 2 kegemaran istana.Rendang ni kalau tengok kat gambar tu seketul-seketul besar penumbuk,tapi bila di cubit isinya,dagingnya lembut dan bercerai-ceraiJangan risau,memang lembut tak liat.Ramai yang fikir rendang ni hitam sebab letak kicap,takkkkkkkk memang tak letak kicap ye,rempah dan bawang,ingat cite arwah nenek,resepinya sekilo daging sekilo bawang.Rempah dan bawangnya di goreng hingga betul-betul masak tapi bukan hangit ye.Sampai kering air dannnn bawangnya di racik bukan blend.Proses memasak pulak bukan sekejap tau,kalau mula pagi petang baru siap,memang masaknya lama sebab tu sedap.

Resepi? haaaaa sorry la tak de resepi original sebab pemiliknya sangat menjaga keaslian dan rahsia kesedapan hehehe.Mungkin dapat kalau pi interview sendiri la kot,mintak baik-baik untuk buat makan sendiri bukan berniagakan,mana tau dapat.Setakat ni yang ada hanya resepi dari pemerhatian je.

Lokasi Kedai Rendang Hitam /Rendang Jamil Warisan Kuala Lipis

Kalau datang ke Kuala Lipis,korang boleh cuba menu tradisi ni di deretan kedai makan di kawasan stesen bas dan teksi bandar lama Kuala Lipis,berdepan dengan Pahang Farmasi dan Cimb Bank.Kedainya di hujung sekali ada nama Rendang Warisan Kuala Lipis.Tapi bulan Ramadhan ni ada di jual di Bazar Ramadhan berhampiran Dewan Jubli ,berhadapan Balai Polis Lipis.

Sejarah Rendang Hitam Jamil/ Rendang Warisan Kuala Lipis

Ni cerita yang Cik Sue dapat dari arwah nenek dan abah yang dah berpuluh tahun tinggal di Kuala Lipis.Abah mula-mula kerja ktmb di stesen Kuala Lipis ni lingkungan tahun 1970,masa tu kedai Jamil ni kat tangga nak turun ke Sungai Jelai,tangga tu dari jalan raya di seberangnya stesen keretapi Kuala Lipis.Kedainya di kepala tangga tu.Kata orang Jamil ni mamak bukak kedai kopi jual roti canai dan sarapan pagi,setiap hari kedainya penuh.Dia ada pekerja perempuan tak pasti katanya dari Indonesia,buatkan rendang hitam ni.Masa tu memang laku dan jadi pilihan masyarakat setempat untuk sarapan pagi dengan pulut putih biasa.

Resepi rendang tu di ajarkan kepada Jamil sebelum dia berhenti atau meninggal ke tak pasti,di sebabkan kesedapan rendang ni,Kedai Jamil menjadi perhatian dan pilihan untuk menikmati rendang ini.Orang luar yang datang pun mengakui kesedapannya.Sekarang resepi ini di turunkan kepada anak cucunya meneruskan perniagaan.Menjadi santapan istimewa bila pihak Istana berkunjung mencemar duli ke Kuala Lipis,selain Nasi Kebuli dan Sambal Hitam Belimbing dan lain-lain lagi.Tambahan Tengku Puan Pahang Toh Puan Azizah memasukkan menu ini dalam buku masakannya,terus menu ini menjadi menu warisan Kuala Lipis.

Itulah serba sedikit info yang Cik Sue tahu dari mulut orang tua-tua.Dannnn di akui memang sedap rendang ni,rasanya sama je dari zaman Cik Sue kecik,dah sekolah,sampai la sekarang.Tetap itu la rasanya,sikit pun tak berubah.Bertambah la berbuka petang semalam habis dua pinggan nasi hahahhaha.

Kalau korang datang Kuala Lipis,Cubalah rasa,Insya Allah menepati selera,oh ya rendang ni kalau bukan bulan Ramadhan hanya di jual ketika sarapan pagi je tau,biasa hari kerja ,pukul 9 dah licin.


Post a Comment

11 Comments

  1. Mak mertua akak selalu buat kalau raya, memang sedap! Akak ni nak belajar buat tak belajar² lagi, hehehee!

    ReplyDelete
  2. jahatnya akak ni ... lapar pula. huwaaa.. nti lisa pi sana masak untuk lisa ye

    ReplyDelete
  3. boleh tahan nmpak kesedapannya..

    ReplyDelete
  4. siap ada sejarah di sebaliknya hehe sedapnya makan dgn ketupat huhu

    ReplyDelete
  5. Serius tak pernah try lagi.. Hehe..

    - ERAZ FADLI

    Jemput baca dan komen entri ini >> http://www.erazfadli.com/2017/06/susu-kambing-hayra-campuran-kurma-dan.html

    TQ :)

    ReplyDelete
  6. wah namapk sedap gak sue.. ingat kat lipis ada tempoyak patin jer

    ReplyDelete
  7. Mak aii sodap ja nampak nie ♥.♥

    ReplyDelete
  8. bru je mkn ni smlm balik lipis smlm

    ReplyDelete
  9. Sedapnyer rendang hitam ni, nanti nak cuba buat lah

    ReplyDelete
  10. Sedapnya...nak try buat lah nanti.

    ReplyDelete