Hujung minggu lepas sempat luangkan maa balik kampung jenguk ma abah,Alhamdulillah Allah beri kesempatan dari segi masa untuk gembirakan ma abah,nak gembirakan dari segi lain tak mampu.Dan selalunya kalau balik memang akan ajak ma abah keluar ke pekan Kuala Lipis tu,selalunya pergi cari barang-barang keperluan dapur dan apa-apa yang di perlukan la kat rumah,kalau ada apa-apa yang rosak dan perlu ganti,yang memerlukan kepakaran dan kemahiran anak-anak haaa masa ni la nak baiki ke,tukar baru ke.Bila anak menantu ada ni ,tak la abah kena tipu je dengan tokey-tokey cina dok bagi barang tak berkualiti la,mahal sangat la.Dan selalunya kami akan lunch atau makan kat luar je,penat nak balik masak,dah pusing-pusing cari barang kan,ngeeeee dasar anaknya yang malas hahhaaa.
Sebenarnyakan walaupun Cik Sue ni anak jati Lipis,tapi bila tanya mana kedai/restoran menu sedap kat Lipis ni? Mana port makan sedap-sedap kat sini? ohoiiiii sumpah lur nak jawab,sebabnya selalu balik kampung akan beli bahan mentah balik masak makan kat rumah ramai-ramai masakan ma atau kak je.Dan kat Lipis ni kawasan pekan kecil jadi tak de sangat port lepak kedai makan atau restoran yang hipster-hipster atau menu yang betul kaw sedap dan popular.Ia sentiasa berubah,ada yang sedap dulu-dulu dah tutup,yang baru-baru buka pulak kurang sedap haaaa dilema tak wahahhaaha.Eh tapi sekarang Lipis dah up sikit la,dah ada bandar baru,dah ada marrybrown,ada Mr DIY,secret recipe dan akan naik banyak bangunan baru lagi,harap-harap pasni ada pizza lak hahahha.
Nasi Kerabu Sedap
Bila tanya ma abah nak makan apa terus diorang cadangkan makan nasi kerabu kat kedai ni,sebenarnya kedai ni ada satu lagi cawangan dekat Bandar Baru Lipis tapi kali ni kami makan kat bandar lama je,sebab nak ma nak makan ayam bakar,yang dekat bandar baru tu ada ayam goreng je.Cik Sue pulak masuk-masuk je dengar abang tu sebut menu kambing bakar wahhhhhhh my feveret tu,apa lagi itu la order terus,yang lain semua order ayam,Cik Sue je la order kambing.
Haaa tengok dak kecik tu pun sibukkk je nak cuit apa dalam pinggan orang hehhee,cubit sikit srang baru tau kikiki.Bila makanan yang di order sampai,wahhh semerbak bau tapi agak kecewa sikit kami datang agak lambat nasi kerabu biru dah habis huwaaaaaa.....alaaa nasi putih pun boleh laaaa...tetap rasa nasi kan hahahha...Oh ya kat sini ada bakso,sup dan nasi berlauk serta gulai kawah juga ye,so kalau tak nak makan nasi boleh order bakso atau nak makan nasi gulai kawah pun ok.
Perghhhh kambing bakar dia memang sedap,rasa nak order lauk saja nak ratah.Perapan dia memang aduiiii cam ne nak cakap eh tapi tekak Cik Sue and family la kalau korang rasa tak sedap tak tahu la kan kikiki.Cukup rasa ,lembut,dagingnya berjus orang kata,terasa rempah dan sedap manis dagingnya.Yang ayam pun sama perapan dia tu memang sedap.Oh ya,selalu nasi kerabu kan ada kuah tumis atau macam kuah percik tu,tapi dia buh tak banyak atas nasi,Mr D tau-tau je la memang hantu tumis nasi kerabu,dia boleh hirup je hahahah,jadi minta tabah 1 mangkuk kecil,haaaa puas makan.
Untuk Humaira Cik Sue orderkan sup kosong pastu masukkan nasi ala-ala bubur dan suapkan kat dia,habis gak la separuh mangkuk tu pun sebab sibuk nak main dengan mok su dia huhuuu.Dan supnya memang sedapppp,memang air rebusan daging bukan sup bancuh dengan serbuk perasa ye kikikiki.Ikutkan hati nak je order bakso satu nak rasa tapi dah kenyang la pulak makan nasi,banyak jugak satu-satu portion tu.Lain kali la balik cuba menu lain pulak.
See,itu la anak muda sekarang kamera makan dulu hahahahha ceh ngata orang padahal sendiri pun gitu gak.Oh lupa nak bagitau kalau korang tak kuat pedas baik asing atau tolak tepi sambal cili dia,pedas ya amattttttt....berdesing telinga woooo abah sampai tersedak huhuuu,tanya pelayan dia pakai cili apa,dia kata cili siam biasa je,tak tahu la kot ada jenis lain kan,jangan kata Cik Sue tak bagi amaran ye hahahah pedas woiiiii.....
Kalau korang nak cuba bila dah sampai Lipis waze je Stesen KTMB Lipis,kedai ni kat bangunan MARA sebelah kanan pintu masuk stesen keretapi tu.Senang je ,tak pun tanya je orang mana stetsen keretapi lipis hehehhe.
7 Comments
Sedapnnya nasi kerabu. Kalau dekat penang susah betul cari yang pure. Selalu kena xsedap jeaa
ReplyDeletebakponyo tak kaler biru hehe ... dapnyeeee bila la buleh nak jejok Kola Lipih ni :)
ReplyDeletekalau balik kelantan ada juga laluan bandar kuala lipis ni..tapi tak pernah lagi singgah mana-mana kedai.
ReplyDeletewah fav mama ni nasi kerabu. lagi2 kalau lebih sayurnya
ReplyDeleteSaya tak berapa minat Nasi Kerabu, tetapi wife saya memang suka makan Nasi Kerabu ni .. di tempat saya ada je yang jual nasi kerabu sedap, tapi leh jumpa di Pasar Malam je. Semua pasar malam yang ada berdekatan sini mesti ada food truck nasi kerabu ni. Kiranya femes gak la.
ReplyDeletelama tak makan nasi kerabu
ReplyDeletenasi kerabu kt kuzah mmag sdp gile nk mmpos saya pelajar ipg kt lipis so selalu g kdai tu tk prsn plk ada bakso psni nk try arghhhhhhh teringin sgt
ReplyDelete