Resepi Roti Telur Dan Epal Karamel


Assalamualaikum,selamat pagi semua,semoga ceria gembira la ye.
Syukur Alhamdulillah masih di beri kesempatan bernafas lagi untuk kesekian harinya.Mulakan dengan senyuman,moga aura positif je melekat ngan kita hari ni.Eh dah sarapan ke? Ni Cik Sue nak kongsi resepi sarapan ringkas dengan korang,tapi ni Cik Sue buat malam tadi nak habiskan roti.

Cik Sue panggil roti telur,omputeh panggil french toast kot,tak pasti pulak,ni resepi main campak dan bahan apa yang hado je kikiki

Roti Telur

Bahan:
200 ml Susu segar (pakai dutch lady dlm kotak je)
2 biji telur
1 sudu gula
5 keping roti 

Cara:
Pukul atau adun semua bahan kecuali roti,dah sebati,celup roti dalam adunan tadi dan goreng api perlahan.
Dah garing ,angkat dan ketepikan.


Epal Karamel

Bahan:
2 biji Epal,basuh bersih,tak perlu buang kulit,potong dadu,buang pulur dan biji.
1/2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
4 sudu gula perang
1/2 cawan air

Cara: 
Masukkan epal dalam kuali,taburkan gula perang dan serbuk kulit kayu manis.
Kacau sebati,bila semua gula dah cair,masukkan air pelahan2.
Salutkan epal dengan sos yang terhasil,agak layu epal tu,angkat dan sejukkan.

Untuk hidang.letak roti dan letak epal karamel bersama,sedappppp...first time Cik Sue buat ni,sesuai untuk sarapan.
Selamat mencuba.




Post a Comment

5 Comments

  1. Ingtkan kentang tadi hahahaha. Ooo baru first time tengok mybe sbb tk suka teloo kot hahaha . Macam sedap jek

    ReplyDelete
  2. Wahhh sedap nampaknya ni cik sue..nak buat gak laaa.. anyway oinggan cik sue yang ada kaler2 hijau tu cantik nooo sebab hijau hahaha..

    ReplyDelete
  3. Alamak..oinggan la plok..pinggan laaa hahaha..jari gemokkkssss..

    ReplyDelete
  4. Mesti sedap ni... ye omputih panggil french toast...

    ReplyDelete