Menu sahur pagi tadi,buatnya malam tadi lagi,Alhamdulillah badan dah makin ok,moga-moga terus ok sampai petang,karang nak berbuka kat luar,tak mau la lembik-lembik hehehhe..Kerabu Mangga ni feveret Cik Sue dan ma kat kampung (rindu).Bab kerabu kami memang sama tekak,suka betul.Kekadang tu ratah saja pun ok.Jom Cik Sue kongsi resepi mudah-mudah je.

Bahan :
1 biji mangga muda kupas dan parut,tak de parut cincang je hehehe
2 ulas bawang merah hiris
2 biji cili api ketuk (kalau tak nak pedas ,tak payah)
1 biji limau nipis/3 biji limau kasturi-amik jus
1 biji cili merah hiris
sedikit lobak merah parut
sebiji tomato hiris halus
kekacang (kalau ada,tak de tak yah la)
garam dan gula

Cara : 
Gaulkan je semua dan perasakan dengan garam gula.Siapppp...hehehhe mudahkan.

Kerabu macam ni simpan dalam peti ais 2 3 hari pun tahan,buh dalam tupperware ye.Pagi-pagi sahur dapat masam manis macam ni sedap sikit tekak kan.