Perisa Baru Tuna Ayam Brand Organik : Lazat Dan Sihat.

Korang suka makan sardin tak? atau tuna dalam tin? Kalau dulu-dulu Cik Sue beli dan makan macam tu je atau tumis dan panaskan je,tapi lama-lama baru tahu rupanya makanan dalam tin ni boleh di pelbagaikan dalam masakan kita.Sekarang ni Cik Sue suka tuna pulak yang dalam tin selain sardin,tuna daam tin ni ada banyak jenis tau,ada bentuk flakes atau kepingan,ada yang dah di hancurkan,ada yag seketul-seketul.Banyak khasiat juga sebenarnya tuna ni,tapi kena pandai pilih la,masa beli tu tengok la kandungannya dan kaji la sikit khasiat bahan-bahan tu ye,ala sekarang senang semua di hujung jari je.


Tuna Sumber Protein Rendah Kalori


Selain kaya dengan Omega-3, Selenium, Niacin, Vitamin B6 dan B12, tuna merupakan sumber protein yang mempunyai kadar kalori yang rendah untuk dihadam berbanding dengan sumber-sumber protin yang lain. Digabungkan dengan rasanya yang lembut serta teksturnya yang kenyal, Tuna menjadi makanan laut yang digemari di seluruh dunia.

Haaa meh nak bagitau jenama Ayam Brand ada keluarkan perisa baru tuna dalam tin diorang tau,Cik Sue dah cuba pun.Dua-dua sedap,buka tin letakkan atas roti makan macam tu pun dah sedap.Tapi Cik Sue pelbagaikan sikit la masa makan hari tu,makan dengan spageti,makan dengan paratha dan buat wrap tambah dengan sayur dan mayonis,memang sedap.Ada dua jenis perisa baru yang di lancarkan :

1. Tuna Flakes in Organic Broth
2. Tuna Chunks in Organic Extra Virgin Olive Oil




Ayam Brand™ sememangnya sudah dikenali di Malaysia  dengan pelbagai jenis produk makanan dalam tin berkualiti tinggi yang tidak mengandungi bahan pengawet, perisa tambahan mahupun MSG,malah sudah mendapat status HALAL.Produk mereka menyihatkan serta mudah untuk diambil seiring dengan reputasinya sebagai jenama isi rumah terkemuka di Malaysia dan rantau Asia Tenggara selama hampir 125 tahun.

Bagi perisa baru ini ia adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia yang mendapat pengiktirafan organik dari Eropah. Kedua-dua produk baharu ini menggabungkan kebaikan tuna yang di tangkap secara mampan bersama sayuran organik yang diiktiraf serta minyak zaitun dara ekstra bagi memberikannya kebaikan serta rasa yang lebih semulajadi.




Eh mesti ada yang kata pemalasnya,makan makanan dalam tin je,ishhhh jangan tak tahu ye.Makanan dalam tin ni boleh jadi bahan masakan menyedapkan menu-menu berat tau.Banyak cara untuk menikmati tina dalam tin ni,tak semestinya panaskan dan makan gitu je,banyakkkkkk sangat cara boleh buat ye.Boleh campur jadikan salad,jadikan tambahan dalam kuah laksa atau spageti,jadikan tambahan lauk untuk mee,mihun goreng.Boleh buat kerabu,boleh gaul dengan mangga buat salad,boleh blend buat pencicah finger food.Macam-macam lagilah,korang boleh dapatkan inspirasi memasak atau resepi-resepi sedap menggunakan tuna dalam tin ni kat sini ye boleh klik http://www.ayambrand.com.my/recipe.html.

Kali ni Cik Sue kongsikan menu Cik Sue buatkan untuk Mr D sebagai sarapan gi kerja :

Resepi Paratha Sandwich Tuna Flakes in Organic Broth Ayam Brand.

Bahan :
1 tin Tuna Flakes in Organic Broth Ayam Brand
Sedikit daun salad atau sebarang sayur yang korang suka.
Sos cili
Mayonis kosong
serbuk lada hitam
Tomato hiris nipis
3 keping Paratha jenama Kawan
2 sudu jus lemon


Cara :
1. Tuangkan isi tuna dalam mangkuk,asingkan kuahnya,gaulkan dengan mayonis dan jus lemon serta serbuk lada hitam.
2. Panaskan kuali ,gorengkan paratha tanpa minyak,agak garing angkat dan sejukkan.
3. Lapiskan sayur dan tomato atas paratha,sudukan isi tuna tadi ratakan dan letakkan sos di atasnya ,lipat dia paratha tersebut.
4.Hidangkan,mudahkan?




Perisa baru ni dah boleh dapatkan di pasaraya dan kedai berdekatan anda ye,dah ada kat pasaran pun.

Untuk maklumat lanjut mengenai Ayam Brand, sila lawati

 Website :  www.ayambrand.com.my atau 
Facebook :   https://www.facebook.com/AyamBrand.Recipes

p/s :
Suka simpan stok makanan dalam tin untuk kecemasan kat rumah.

Post a Comment

21 Comments

  1. Fuyoo dapnyerr.. Paratha Sandwich Tuna Flakes in Organic Broth Ayam Brand. Panjangnya nama dio hehehe.. ok nnt nak cuba buat gak laa.. akak mmg suka gak ayam brand ni Sue..tq sue sudi sharing..

    ReplyDelete
  2. fuh! sedapnya.. tak sabar nak g tesco mencari tuna flake nii!

    ReplyDelete
  3. sedap. tp da lama xbeli. hehhee/ tp mmg suka tuna ni. senang dan jimat

    ReplyDelete
  4. Sedapnya paratha tu. Nak try laaaa

    ReplyDelete
  5. Menyelerakan... Pm seketul prata tuu

    ReplyDelete
  6. ayam brand ni tak pernah mengecewakan.. semuanya sedap.. kat rumah ada sardin ayam brand, nak buat nasi goreng sardin la hahhaa

    ReplyDelete
  7. Sedapnya tuna.. masak nasi goreng campur tuna pun sedap kan..

    ReplyDelete
  8. Baru tau ada perisa baru..nti weekend leh cari..tq sue share resepi simple.

    ReplyDelete
  9. Mak aih ..menggoda betul makanan tu..suka sardin brand ni

    ReplyDelete
  10. bole la utk org malas tapi nak masakan simple camni tu ty ni. mudah , ringkas dan kenyang.

    ReplyDelete
  11. Paratha tu tengok je terus lapar. Boleh try ni and buat sarapan dengan family.

    ReplyDelete
  12. Suka...sebab akak selalu bawak bekal sandwich mmg beli tuna jenama ayam brand ni..sodap

    ReplyDelete
  13. Meh lagi sekali sini..hahhaa sebab kemaruj nak tgk tuna hahaha..tetoba lapor laaa pulak

    ReplyDelete