Kacang kuda : Kacang berkhasiat dari India yang di gemari di Malaysia.

Kacang Kuda Penuh Khasiat

Kacang kuda yang di goreng memang enak jadikan kudapan buat mengunyah,kalau abah Cik Sue panggil kacang butir,buat kudap-kudap sambil menonton tv,dulu kecil-kecil selalu beli di kedai runcit ,di masukkan dalam kelongsong surat khabar dengan harga RM1 atau 50 sen,sebungkus.Tak tahu pula banyak khasiat rupanya kacang ni untuk tubuh badan kita.


Asal -Usul Kacang Kuda

Kacang Kuda atau Cicer Arietinum adalah sejenis tumbuhan renek yang tidak di tanam di Malaysia tetapi memang banyak di gunakan dalam masakan dan menu makanan di Malaysia.Ia juga di panggil Chickpea,Indian Pea atau Bengal Gram.Tanaman ini berasal dan banyak di tanam di India ,Asia Barat dan Benua Australia ia itu kawasan beriklim subtropika yang agak kering.India adalah oengeluar terbesar kacang kuda.


Jenis Kacang Kuda 

Terdapat dua jenis kacang Kuda yang di tanam iaitu Jenis Desi dan Jenis Kabuli. Jenis Desi adalah jenis yang agak berbiji kecil dan berwarna lebih gelap berbanding dengan jenis Kabuli yang bijinya agak lebih besar dan berwarna lebih cerah. Hampir 90% jenis yang ditanam di dunia adalah jenis Desi yang diguna di India sebagai sumber makanan utama mereka. Pokok kacang kuda tumbuh menegak dari jenis renek yang mampu mencapai ketinggian antara 20-30 cm dengan daun berwarna hijau serta berbulu. Buah kacang kuda dalam sarung yang terdapat 2 - 3 biji kacang kuda didalamnya. Bunga kacang kuda berwarna putih dengan warna kebiruan ungu pink pada bahagian tertentu.


Cara Penanaman Kacang Kuda 

Kacang kuda memerlukan iklim subtropika dan tropika dengan keperluan hujan lingkungan 400 mm setahun.Tanaman kacang kuda diatas tanah atau batas yang mempunyai saliran yang baik. Tanaman menggunakan biji benih yang matang dis\tanam dengan jarak 60 cm x 80 cm bergantung kepada kesuburan tanah. Kawalan rumpai dan musuh dijalankan secara bersepadu antara Kimia dan manual. Pokok kacang kuda akan matang dalam masa 80 - 120 hari bergantung kepada variety, pengurusan dan iklim. Pokok Kacang Kuda yang telah bersedia untuk dituai akan dipastikan telah mempunyai buah yang matang melebihi 80% sebelum dituai dengan manual atau jentera. Bagi penanaman di negara maju, penuaian dijalankan dengan jentera dan bagi negara lain seperti di India dan Myanmar, penuaian dengan tangan secara manual. Buah yang dikutip dikeringkan, dikumpul dan dikeluarkan biji kacang kuda. Kacang kuda tersebut digredkan mengikut kualiti sebelum dipasarkan.


Zat dan Khasiat Kacang Kuda.

Kebanyakan kekacang mengandungi kandungan nitrogen yang tinggi. Kandungan nitrogen yang tinggi bermaksud kandungan protein yang tinggi. Kacang kuda mengandungi protein kira-kira 16.7% hingga 30.6% untuk kacang jenis desi dan 12.6% hingga 29.0% untuk kacang kuda jenis kabuli. Protein adalah penting untuk membekalkan asid amino. Asid amino diperlukan untuk membaiki tisu dan menghasilkan enzim, antibodi dan hormon. Komposisi asid amino dalam kacang kuda adalah sekata dan merupakan pilihan sebagai makanan asasi.

Kajian telah dijalankan untuk mengetahui kandungan nutrisi dalam dua jenis kacang kuda iaitu kacang kuda jenis desi dan kacang kuda jenis kabuli. Rajah dibawah menunjukkan kandungan nutrisi dalam kacang kuda untuk setiap 100g.

KomponenKacang Kuda Jenis DesiKacang Kuda Jenis Kabuli
Karbohidrat12.2 %8.78 %
Protein30.57 %29 %
Lemak7.4 %8.8 %
Serat56.3 %57.2 %
Vitamin A40 g49 g
Vitamin B1 (Thiamin)0.48 mg0.58 mg
Vitamin B2 (Riboflavin)0.21 mg0.106 mg
Vitamin B3 (Niasin)1.54 mg1.5 mg
Vitamin C4.0 mg
Vitamin E0.82 mg0.82 mg
Vitamin K9.0 g9.1 g

Bukan sekadar makanan kudapan atau bahan tambahan dalam masakan ye,banyak rupanya khasiat dan zat dalam kacang kuda ni.Antara khasiat kacang kuda adalah : 

1. Mengawal penyakit kencing manis.
2. Menghalang obesiti -sebagai serat yang mengenyangkan.
3. mencegah kanser-mempunyai sitosterol yang mengurangkan bahan kimia yang merangsang                 pertumbuhan sel kanser.
4. Membantu mengurangkan risiko sakit jantung.
5. Menghalang penyakit Hiperkolesterolemia.
6, mengawal penyakit tekanan darah tinggi-mengurangkan pengumpulan lemak yang menyelaputi organ.
7. Menjaga kesihatan sistem pencernaan.
8. Membantu pesakit Anemia - membantu meningkatkan hemoglobin darah terutama ibu mengandung.
9. Menjaga kesihatan kulit.


Cara makan kacang kuda dan resepi mudah.

Kebanyakan yang Cik Sue lihat kacang kuda banyak di goreng dengan gabungan rempah ratus atau pun di rebus dan di lenyek di masukkan dalam humus atau menu masakan lain.Ada juga di rebus sahaja,dan di makan dengan sedikit taburan garam.

Jika di beli di pasaraya ia berbentuk keras,memang sakit gigi nak menggigit heheheh jadi biasanya akan di rebus hingga empuk,sekarang moden mudah guna saja pressure cooker,kemudian baru di goreng dengan rempah dan bumbu kegemaran masing-masing.

Boleh rujuk Resepi Mudah Kacang Kuda ini ye.
Resepi Kacang Kuda Bersalut ni pun sedap juga.

Jomlah kita amalkan kacang kuda dalam diet kita,banyak khasiat rupanya,ingatkan sebagai kudapan ringan-ringan sahaja,lepas ni nak carilah kat pasaraya.


Post a Comment

1 Comments