Halalfest 2014 : MIECC : Pameran Produk Halal Malaysia

Cerita sabtu lepas 6 september 2014,Cik Sue ngan Cik Qaseh sempat kuar jalan-jalan hari minggu,gitteww,kami pi Halfest 2014 di MIECC,Mines.Saja la kan isi masa di hari sabtu dari dok melingkaq ja atas katil,sambil tengok-tengok apa yang menarikkan.


teman Cik Qaseh beli tiket bas dulu.
Sampai kat sana,silap pulak pegi parking keta kat luar agak jauh plak nak jalan,huuhuu.So berjalanlah kami ke dewan pameran.



Sampai je ken isi borang dan daftar untuk dapatkan pas pelawat,banyak juga gerai-gerai jualan,di tingkat bawah,produk makanan dan kesihatan,di atas pula pakaian muslimah dan fesyen.







Halfest kali ini di taja oleh CIMB dan HDC (Halal Industry Development Corporation) yang mana akan diadakan setiap tahun.Tahun 2015,tahun depan akan diadakan pada Oktober atau November kalau tak silap Cik Sue.Bagus juga pameran sebegini,dapat memberi peluang usahawan kecil yang baru bermula untuk mempromosikan produk mereka,tambah-tambah sekarang pengguna muslim mula mencari alternatif produk makanan yang di boikot.

Jom tengok apa yang Cik Sue borong :


Jus mangga Pran 3 botol RM10,sedap tau,macam jus sebenar

losyen d'olive-penah jumpa masa pegi event kat senawang tapi
tak semat beli,ini yang kecik RM10 je

sarung kaki dan sarung lengan RM16

Frozen food,daging masak asam dan ikan masin masak asam,
dah habis pun heheheh sedappp.hanya panaskan dan bleh makan terus
ngan nasi panas-panas.

rempah perapan ayam dan daging dari Lembaga Lada Hitam Malaysia
RM12

Mee siput RM4

Bisik-bisik:
Cik Sue,pergi la mana-mana pun makanan je la ko nampak kan
adehhhh.....


Post a Comment

1 Comments