Keli Salai Masak Sambal




Dinner tadi,sempat masak ikan keli salai yang beli kat ulu bendul hari tu,masak simple je untuk dinner,firat time masak keli salai,Cik Ngah kurang gemar sebenarnya ikan keli,tapi cuba makan dan masak sebab Mr D gemar jugak...heehheee...

Jom,tengok cara Cik Ngah masak,tak biasa sangat ni...hehehhe..

Bahan:
4 ekor ikan keli salai
5 biji cili merah
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sudu asam jawa
2 batang serai di ketuk
1 biji bawang besar potong bulat
2 sudu cili boh
2 sudu sos cili
Garam dan gula

Cara:
-blendkan bawang putih,bawang merah,cili merah yang di buang biji.
-tumis bahan blend dan cili boh sampai masak/naik minyak
-masukkan serai,asam jawa,sos cili....biar mendidih,kalau nak lebih kuah tambahkan air.perasakan.
-masukkan ikan keli dan gaul rata,masukkan potongan bawang.
-hidangkan dengan nasi panas-panas,yummyyyy...

Bisik-bisik:
Yeayyyy berjaya masak dan makan
Erk...hehehehhe...

Post a Comment

6 Comments

  1. walaupun tak makan ikan keli tapi rindu masakan k.sue , ntah bila la dapat makan lagi... uhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. lorrrr dtg je la umah,pintu sentiasa terbuka tuk ty oiii...rasa nak makan dtg je la..insya allah...

      Delete
  2. nampak menarik ikan keli salai tu. Berisi.

    ReplyDelete