Mangsa banjir di Pahang dan Terengganu terus meningkat

Pagi-pagi hari minggu buka suratkhabar,nampaknya mangsa banjir makin meningkat di 191 pusat pemindahan banjir dengan 60,851 mangsa di seluruh Pahang dan Terengganu,ini di katakan kerana hujan yang berterusan turun dan gelombang kedua yang akan mengancam kawasan banjir tersebut di jangka berlaku.

Nampaknya di Kuantan masih menjadi daerah paling teruk kena banjir tahun ini.Di ikuti Pekan,Maran dan Rompin,berita terbaru Temerloh,Raub pun dah naik air di sesetengah tempat.

Lipis pun dah ada 53 mangsa yang di pindahkan,haihhhh risau pulak fikirkan keluarga di Lipis,harap-harap tak terlibat la hendaknya.Ma ngan abah tu bukan bukan larat dah nak mengemas barang.Dah la minggu depan kenduri sepupu Cik Ngah kahwin buat kat rumah tu,alahaiiii..kenduri dalam hujan la jawabnya.

Di Terengganu pun khabarnya situasi juga sama,terutama daerah Kemaman yang terjejas teruk.
Jangkaan Jabatan Meteorologi Malaysia,keadaan ini akan berterusan sehingga 9 Disember nanti,harap-harap  penduduk di kawasan terbabut dapat lebih bersedia untuk gelombang kedua ini,dan Cik Ngah berharap sangat bantuan di salurkan dengan telus,tulus dan ikhlas,serta menyeluruh sampai kepada mangsa.

Dalam keadaan yang terdesak dan perit seperti ini,tak perlu rasanya kita bermain sentimen politik dan berpuak-puak,yang penting mangsa yang perlu di selamatkan,kita masih bersaudara sesama Islam,lagipun kalau negera orang kita boleh menghantar bantuan secara efektif,kenapa tidak di negara sendirikan,kepada sesama kita.ermmmmmm

Post a Comment

1 Comments

  1. Yang orang Islam dan Melayu ialah sifat tolong menolong diantara rakyat. Dalam masa genting begini yang dilihat ialah mereka yang dilanda musibah.. Tetapi punca utama yang menjadi runcing ialah keadaan yang tidak siapsiaga oleh pihak berwajib yang menyukarkan kumpulan penyelamat membuat pindahan dan usaha menyelamat!
    Saya tetlibat secara langsung apabila dimakumkan umpamanya di Cukai oleh bilik Operasi yang mereka kekurangan bot dari 2hb hingga 5hb. Kemudian pusat pertama dipindahkan juga ampoh dan terpaksa dipindah lagi ke tempat yang lebih selamat!
    Mujo mereka jenis sabar dengan musibah yang menimpa dan ikut sahaja arahan para penyelamat.
    Malah di Cukai pejabat Bomba dan JPAM pun naik air!
    `Tak menang tangan' dan ade yang bertugas juga menjadi mangsa kerana rumah mereka juga telah ampoh hingga ke bumbung!
    Kita memohon Kerajaan Negeri yang terlibat mengatasi secepat mungkin jangan tunggu Najib atau Muyid arah untuk meringan keadaan tiada bekalan selimut dan lain-lain sedangkan peruntukan dan persediaan dikatakan telah dibuat.
    Air boleh naik dlam masa 2 jam dari paras kaki ke pinggang. Bayangkan jika kelurga kamu yang musibah!
    Jangan jadi macam arw. Jamali Ali 44 tahun dan anaknya Nazri, 17 tahun. Ini manusia dan nyawa bukan orang miskin dan susah. oOrang kaya bolah terbang cuti dan terbang ke awan biru ke tempat selamat.
    Kalau Tengkua Puan boleh turun padang siape la kepimpinan yang takut kakinya basah?

    ReplyDelete