Hobi baru : Gila pokok pulaaa...

Sejak masuk tahun 2020 ni ramai pulak kawan-kawan kat fb dan kawan-kawan blogger dok menanam pokok,macam trend pulak kan,ada yang tanam pokok hiasan dalam rumah,pokok bunga,pokok sayur,Cik Sue pun dah terjebak sama la,tapi sebelum-sebelum ni pun memang ada letak pasu yang ada tanah kat sinki tuk letak lebihan akar atau sayur yang boleh di tanam daripada di buang,cuma sepasu tu je la tepi sinki,senang nak ambil hahahha.

Selalu Cik Sue letak bawang yang dah tumbuh tunas atau pun tabur biji kangkung ataupun letak lebihan pokok ketumbar so tak de la membazir kan hehehe

Hari tu ma datang ada gak dia suruh tanam la apa-apa sayur yang nak dalam pasu je letak kat luar,memandangkan sekeliling rumah ni tak de kawasan bertanah,tapiiiiiiii malas nak gaduh,ayam jiran tu dia lepas n selalu cakar-cakar patuk-patuk pasu kat rumah sekeliling,huhuuu...kang buat penat je tanam,dah la rumah kami tak de pagar.Boleh bawa gaduh woooo dok berak depan rumah orang haihhhh.

Tapi balik kampung ambil ma bawa datang sini nak mengurut hari tu,dia bawa sepasu pokok pandan masuk kereta hahahha,ok la letak la kat bawah pili air kat luar tu.Alhamdulillahh segar bugar elok cantik naiknya,terus Cik Sue semangat nak menanam hahahha,tengok pulak ayam-ayam jiran tu dah jarang melintas ke sini,Alhamdulillahhhh.


Masa jenjalan Pasar Pagi Salak pulak Cik Sue pi tambah beli pokok kunyit,ye la selalu nak guna 2 helai je buat masak tapi di bungkus kat kedai 5 6 helai,pastu seebihnya membazir kecut dlm peti ais,jadi marilah kita tanam pokoknya,senang nak masak amik je selai dua daun hehehehe.


Lepas tu sikit-sikit la Cik Sue tambah pokok bila terjumpa jual kat mana-mana,ada pokok limau purut,pokok kesum .Anak pokok cili besar pulak adik yang kat temerloh bagi 2 pokok,tu nampak dah berbunga tak sabar tunggu cilinya keluar nak tengok jenis yang macam mana hehehhe,tapi Cik Sue ni jenis malas nak semai pokok dari biji benih,payah nau nak hidup,kita beli je la anak pokok senang cerita hahahhaha.



Pokok kesum tu pun risau gak panas-panas mati layu la,sebab dia nak tanah lembap dan banyak air,so Cik Sue jadi rajin sikit la sekarang bangun pagi belek pokok dulu,siram bagi air letak baja bagai.Bak kata Mr D ada aktiviti dah pagi-pagi tak de la bangun lambat hahahahha hampeh,bangn lambat sebab malam berjaga layan anak oiiiii hahahhaa.Tu serumpun serai tak sempat lagi nak tanam betul-betul,balik kampung mintak serai ngan ma nak buat masak sekali dia bagi dengan akar-akar sekali,sabo je laaa.


Yang pokok halia tu pulak,Cik Sue semai dari tunas halia yang beli nak buat masak,mana yang keluar hijau-hijau tu potong cucuk je dalam pasu,eh naik elok pulak dia,Alhamdulillahhh senang nak makan halia muda,maklumlah badan banyak anginnnn opsss.

Baru ni pula balik cuti kakak sulung bagi bayam brazil sepasu haaaa jaga siram air je,dah merasa la ambil wat goreng celup tepung hehehhe sedappppp,tanam pun senang je,cucuk je batang yang lebih wat masak tu,Insya Allah hidup cantik.



Harap-harap istiqamah la dengan hobi ni selain dapat jimatkan belanja dapur dan memudahkan kerja memasak kan hahhaha,suka Mr D kalau benda jimat-jimat ni,dasarrrrr sangat kan kihkihkih.
Ni Cik Sue dalam misi nak cari pokok kari pulak,orang kata pokok-pokok besar gini tak sesuai tanam dalam pasu,arggggghhh tak kira nak tanam jugaaaa,elok je pokok limau purut tu hidup dalam pasu yang sedang-sedang je haaaa,nanti banyak lagi nak cuba tanam ni,dah plan nak tanam pokok kacang botol,bendi,pokok bunga telang,bayam,sawi hahahahah adoiiiii ingat tanah 10 ekar ke mek sue weiiii....eh kita buat dia,Insya Allahhhh....Doakan Cik Sue tak cepat boring eh.

p/s penuhlaaaaa skit lagi pasu keliling rumah hahahhaa...

Post a Comment

13 Comments

  1. aida memang aim nak tanam pokok ni once da pindah rumah.
    now masih lagi dlm proses membesarkan beberapa pokok.
    termasuklah bayam brazil :)
    byk pokok limau tau - limau purut, limau kasturi, limau nipis & lemon.
    daun pandan ada. cili padi ada. kesum awal ari tu ok, aida alih dlm pasu = mati! sedih.
    best kan cucuk tanam sayur. seronok!

    ReplyDelete
  2. seronok kan bila apa yang kita tanam tu menjadi...akak pun dh start rajin pi nursery cari apa yg best nak tanam

    ReplyDelete
  3. Seronok hobi bercucuk tanam nie kan Sue. Kak Sue pun sakan juga sekarang.. macam-macam tanam haa..

    ReplyDelete
  4. jimatttlaaa pahni dok gadduh cari ulam ulaman pasarr...

    ReplyDelete
  5. Simptom mak - mak sangat dah ni kak. Dulu arwah mummy sampai ke kuarters Ty dia nak tanam itu ini and once dia dah pencen lik Penang. Memang dh mati semuanya..
    If nak pasu sila la dtg amik di rumah ye..

    ReplyDelete
  6. wah banyak dah pokok2 cik sue ni yer. huda ni bila ntah nak sampai seru tanam pokok edible garden gini. ada pokok duit2 jer dalam rumah buat indoor plant serap toxin

    ReplyDelete
  7. ehehe minat takpa rajin tanam n jaga.. kalo cem ct ni pemalas tp suka bila tengok pokok buahkan hasil. mesti puas hati rasa =)

    ReplyDelete
  8. Tahun ini saya ingin tanam pokok juga di luar rumah saya. Saya baru habis menjalankan cat pagar rumah seminggu lalu. Harap-harap hobi baru saya ini dapat dikekalkan ><

    ReplyDelete
  9. memang best tanam pokok. lebih2 lagi dapat hasilnya ^_^

    ReplyDelete