Tak sampai seminggu lagi dah nak mula sesi persekolahan 2026,ibu-ibu ayah-ayah semua dah selesaikan siapkan kelengkapan sekolah anak-anak tu? Alhamdulillah Cik Sue tahun ni masih memilih Pusat Pakaian Hari-Hari untuk kelengkapan persekolahan Humaira.Banyak juga nak kena tambah tahun ni sebab saiznya banyak dah berubah,anak makin membesar,darjah 4 dah tahun ni,seluar,kain pun banyak dah singkat, orangnya picky eater tapi makin meninggi hehehhe.Beg sekolah pun nak kena ganti,dah 2 tahun pakai beg yang sama, sikit lagi nak rabak.
Keperluan sekolah di bawah satu bumbung
Kenapa Cik Sue suka membeli keperluan sekolah di Hari Hari? Sebab tak perlu berjalan ke banyak-banyak kedai nak cari barang yang tak de,semua dalam satu kedai dan cawangan Hari Hari selalunya sangat selesa untuk memilih dan membeli-belah keperluan anak.Tak sanggup ye nak jalan ke sana sini ,satu barang satu kedai.
Mudah,keluar dari Hari Hari semua dah setel,dari hujung rambut hingga hujung kaki lengkap semua,pakaian seragam,pakaian sukan,pasukan beruniform,beg sekolah,pakaian dalam,alat ulis,kasut stokin,botol air eh semualah.
Tambahan dengan Mat Ajiq yang lasak itu memang Cik Sue takkan sanggup nak pergi banyak kedai la heheehe membeli dalam satu kedai ni pun dah jenuh kepung dia,mujur ayah ada dapat la me time dengan si kakak pilih barang berul-betul.
Harga berpatutan ,kualiti terjamin
Dari segi harga pula memang masih dalam kemampuan la,masih mampu milik bagi golongan macam kami ni.Alhamdulillah kelengkapannya pun tidaklah cikai-cikai,masih berkualiti sesuai harga,macam abju kurung sekolah,dari Humaira darjah 1 memang beli di sini,Alhamdulillah kain sedap pakai dan tahan lasak juga,cuba tu la saiz makin membesar kena tukar dan rupa pun dah macam belacan walau ibu menyental tiap minggu hahahhah.
Kali ni dah selesai berbelanja kami dapat gift tuala dan kalendar,ini bergantung stok yang ada ,siapa cepat dia dapat ye.
Cawangan di serata Malaysia ,rangkaian kedai pakaian di percayai.
Bagusnya Hari Hari ni cawangannya banyak,serata Malaysia,lebih 120 cawangan,kekadang perasan kawasan pekan-pekan kecil pun ada,mesra pengguna betul,malah memudahkan.Lagipun rangkaian kedai mereka ni memang di percayai di Malaysia,hampir 35 tahun dah beroperasi.
Korang boleh check lokasi cawangan di www.hari.com.my












0 Comments