Pallas Masih Pilihan : Persiapan Awal Masuk Sekolah.

Pallas Masih Pilihan : Persiapan Awal Masuk Sekolah.


Siap awal,tak kalut.

Awal sangat ke buat persiapan sekolah seawal buan November December ni? Terpulang pada kemampuan masing-masing sebenarnya,bagi kami golongan B40 ni kena la merancang betul-betul.Tambahan lagi sesi sekolah 2026 nanti bermula bulan Januari,pertengahan Februari pula dah mula bulan Ramadhan,kemudian Mac dah Aidilfitri.

Banyak juga nak guna duit tu,nak balik kampung lagi ,yuran sekolah lagi,jadi kelengkapan sekolah Humaira.Cik Sue prepare la awal-awal,saiz tak de masalah sangat sebab akan ambil satu saiz besar Humaira pun badan tak cepat naik , Cuma ken acari yang labuh sikit.

Apapun ,selesaikan kelengkapan sekolah awal,lebih mudah bagi Cik Sue senang nak balik kampung waktu cuti sekolah.Siap awal tak kalut,nak mula sesi sekolah semua dah sedia,sebelum balik kampung ,sediakan semuanya dulu.



Kasut Sekolah Pallas masih menjadi pilihan.

Dari Humaira tahun 1 ,Cik Sue memang belikan kasut sekolah Pallas untuk dia.Antara sebab utamakami pilih jenama ni sebab design dan keselesaannya sesuai dengan kaki Humaira yang flat feet,jenis tapak kaki rata.

Jenis flat feet ni mudah penat kalau berdiri lama dan banyak berjalan jika tiada sokongan insole (lapik dalam kasut ) yang sesuai.Selalunya bukan sakit kaki sahaja,akan efek tulang pinggul juga dan malam-malam dia akan merengek lenguh pinggang,betis dan tapak kaki.

Alhamdulillah ,kebanyakan kasut Pallas yang dah kami beli untuk Humaira mampu beri dia keselesaan seharian di sekolah dari pagi hingga petang,jadi kami masih pilih Pallas untuk tahun ni.



Kasut Sekolah Pallas Jazz Single Velcro Strap With Elastic Shoe Lace untuk Humaira.

Kali ini Cik Sue pilih yang single strap untuk dia,asalnya dia minta kasut bertali tapi Cik Sue risau dia lambat nak ke sekolah,lambat nak ikat tali kasut,lagipun masih sekolah rendah,pakai yang strap pun masih ok.

Bila tengok katalog Pallas berkenan pula yang ini sebab ada satu strap dan tali yang fleksibel,jadi ada tali tapi tak perlu ikat,dan strap untuk kekemasan,memang pilihan tepat,Humaira pun suka.




Antara Ciri-ciri design kasut Pallas Humaira kali ini adalah :

- Tali Velcro dengan reka bentuk Tali Kasut Elastik

- Cepat kering dengan sistem pengudaraan unik yang direka bentuk; bahagian atas diperbuat daripada jaringan

- Reka bentuk percetakan bahagian atas yang unik

- Bahagian atas jaringan menyediakan fungsi "Pengeringan Pantas"

- Lapisan busa untuk perlindungan keselesaan tambahan

- Kolar berlapik untuk keselesaan dan perlindungan tambahan

- Kusyen tapak dalam khas dengan "Sokongan Lengkungan Selesa" melegakan ketegangan pada otot kaki

- Kusyen tapak dalam yang melantun dengan "Lantunan Lebih Baik" mengurangkan tekanan pada kaki dengan kejutan semula jadi

- Kusyen tumit 8mm memaksimumkan penyerapan kejutan dan menyebarkan tekanan pada tumit dengan cekap dalam masa yang lama

- Reka bentuk tulang hering Grip V Terbalik "VGRIP" menyediakan cengkaman berbilang arah yang sangat baik untuk semua permukaan

- "Kepingan Getah VGRIP" untuk cengkaman yang sangat kuat

- Berat superringan tambahan yang terbukti "X-Light"



Bila dah cuba memang selesa kata Humaira,insole dalamnya ngam dengan kaki dia,rekabentuk kasut tu pun banyak menyokong flat feet dia.Cengkaman bagus bila berlari dan berjalan di Kawasan lantai licin.Kusyen atau insole di dalam kasut dapat melegakan ketegangan kaki bila berdiri lama waktu aktiviti di sekolah,malah selesa juga untuk waktu Pendidikan Jasmani di sekolah.



Contest Jom Beli dan Menang sempena Kembali Ke Sekolah 2026.

Sempena Kembali ke sekolah bagi tahun 2026 ini,Pallas mengadakan peraduan beli dan menang untuk semua yang membeli kasut sekolah Pallas secara online atau offline.Lumayan juga hadiahnya wang tunai dan baucer pembelian.Dah alang-alangmembelikan apa salahnya masuk contestkan mana tahu rezeki anak-anak.

Macam mana nak sertainya? Korang boleh ke laman web Pallas https://www.pallas.com.my/ dan klik gambar poster contest seperti di bawah ,akan di beri syarat-syarat dan boring contest,ikut je cara yang di beri ye,selamat Berjaya.



Jom dapatkan kasut Pallas untuk keselesaan anak-anak seharian di sekolah,penting untuk mood anak-anak lebih ceria untuk belajar dan beraktiviti di sekolah.Sekarang lebih mudah,boleh je dapatkan secara online ,tak perlu keluar rumah pun,ukur je kaki anak siap-siap ,pilih design dan buat pembayaran,tunggu sampai ke rumah,mudahkan?

Korang boleh beli di sini https://www.wow2wee.com/

Selain dari kasut sekolah banyak juga produk-produk lain ,kelengkapan sekolah yang lain,boleh tengok katalog dari Pallas di laman web mereka di https://www.pallas.com.my/pallas-product-features

Jom siapkan kelengkapan awal-awal dan boleh bercuti dengan tenang.



Post a Comment

0 Comments