Resepi Tenggiri Masak Sambal Ala Arab : Zigni Yemeni

 


Asalnya teracun beli rempah nasi arab di tiktok ,CikSue ni sejenis yang universal,semua menu pun nak cuba,tapi sememangnya nasi arab ni kegemaran,dulu masa kerja suka makan kat Mr Kabab Beriyani ,Putrajaya tu.Kononnya nak cuba masak sendiri pula,belilah rempah Kabsa dan Mandy kat shopee,tapi seller tu pulak tunjuk resepi masakan ikan tenggiri,CikSue pula peminat ikan dan makanan laut wajiblah nak mencubakan,ternyata tak menyesal ,namanya Zigni Yemeni menggunakan ikan tenggiri.
Jom tengok resepi : 

Bahan-bahan :

Untuk perap ikan dan goreng : 

Perapkan ikan tenggiri dengan :
Garam dan serbuk perasa.
Rempah Kabsa 
Cili kering yang di blend 

Gaul rata dan sapukan perapkan ikan sekejap


Untuk sos : 

Hiris bawang merah dan bawang putih (hiris)
Cili kering blend 
Tomato puri 
serbuk lada hitam 
serbuk paprika 
rempah Kabsa (Cik Sue guna rempah dari SM Food klik sini )  
garam dan perasa
sedikit air 

Cara-cara memasak : 

Gorengkan ikan yang di perap tadi,ketepikan.



Untuk sos: 
Tumis bawang hiris,masukkan cili kering blend,tomato puri,serbuk lada hitam
serbuk paprika dan rempah kabsa.


Tumis hingga pecah minyak,masukkan garam dan perasa,boleh masukkan air sedikit supaya
hangit dan masukkan ikan,masak hingga sos pekat.


Bolehlah hidang dengan nasi arab atau makan dengan nasi putih biasa pun sedap.
Korang kena try tau ,sedappppp ,sapa yang suka menu bersambal memang sesuai,ada sedikit rasa rempah,ngam nasi panas-panas,makan ngan nasi arab pun cun ni,nanti Cik Sue buat nasi arab ,kita share lagi eh....



Post a Comment

1 Comments

  1. Aduhai...terliur Akak tengok lauk ni...ikan tenggiri ada tu dalam fridge..

    ReplyDelete