Peria : Pahit itu penawar.

Peria ,sayur yang jarang di gemari oleh kebanyakan orang kerana rasanya yang pahit.Salah sorangnya en suami Cik Sue la,jadi di rumah ni kalau masak peria hanya Cik Sue sorang je yang makan dan ia adalah kegemaran Cik Sue malah lebih sedap di buat ulam mentah cicah sambal tempoyak hehehe.Cik Sue mula gemar makan peria dari zaman sekolah rendah lagi bila arwah nenek dan datuk menanam peria untuk jualan dari kebun mereka,mula-mula tak suka tapi ada tips dan cara untuk kurangkan pahitnya,barulah Cik Sue jadi suka.



Asal-Usul Dan Cara Penanaman Peria.

Ada yang mengatakan ia berasal dari Negara India tapi banyak juga di tanam di Selatan China dan meluas ke negara Asia lain.Nama lain yang di panggil adalah Kambas variati peria di pasaran termasuk peria katak yang katanya lebih pahit dari kambas.

Peria sesuai untuk penanaman di kawasan yang kaya dengan bahan organik. Suhu optimum untuk pertumbuhan adalah antara 24-27 darjah Celcius. Tumbuhan ini perlulah di tanam di k,awasan dengan ketinggian 1-1000 m dari paras laut dengan pH optimum 5-6. Tumbuhan ini juga tumbuh subur pada tanah berpasir dengan saliran yang bagus.
Terdapat dua cara yang boleh digunakan untuk menanam peria: 

1. Menanam peria terus pada tanah di ladang
2. Semai biji peria dalam polibeg terlebih dahulu. Apabila telah besar sedikit, baru tanam di dalam tanah kebun.

Khasiat peria memang terbaik.

Banyak khasiat peria ni,walaupun pahit rupanya ia penawar untuk banyak masalah kesihatan dan tubuh badan.Sangat bagus mengamalkan sayuran yang satu ini,Cik Sue setiap kali pantang inilah sayur yang wajib ada dalam menu berpantang selain lobak putih,kalau buat menu peria memang laju je susu badan untuk baby dan darah nifas elok je keluar dengan teratur.


Peria, juga dikenali sebagai "bitter gourd" dalam bahasa Inggeris, adalah sejenis sayur yang mempunyai pelbagai khasiat kesihatan. Di bawah ini adalah beberapa khasiat peria:

1. Menurunkan Gula Darah: 
Peria telah dikenal pasti memiliki kesan positif ke atas penurunan gula darah. Ia mengandungi bahan yang membantu mengawal tahap glukosa dalam darah, menjadikannya berguna bagi pesakit diabetes.

2. Peningkatan Pencernaan: 

Serat yang terkandung dalam peria membantu melancarkan proses pencernaan dan mengurangkan masalah sembelit.


3. Peningkatan Sistem Imun:

Peria mengandungi pelbagai nutrien penting seperti vitamin C dan antioksidan yang dapat membantu meningkatkan sistem imun tubuh untuk melawan jangkitan.


4.Kontrol Berat Badan: 

Peria adalah rendah kalori dan rendah karbohidrat, menjadikannya sesuai dalam pemakanan untuk mengawal berat badan.

5.Kulit yang Sihat: 

Kandungan vitamin dan antioksidan dalam peria boleh membantu mencerahkan kulit dan melindunginya daripada kerosakan akibat radikal bebas.

6.Kesihatan Mata: 

Peria kaya dengan vitamin A, yang baik untuk kesihatan mata dan menjaga penglihatan yang baik.

7.Anti-radang: 

Bahan semulajadi dalam peria mempunyai sifat anti-radang yang boleh membantu meredakan masalah radang dalam tubuh.

8.Menyokong Kesihatan Jantung: 

Kandungan kalium dalam peria membantu mengawal tekanan darah dan menyokong kesihatan jantung secara umum.

9. Penyokong Sistem Pencernaan: 

Peria dapat membantu merangsang penghasilan enzim pencernaan yang penting untuk proses pencernaan yang berkesan.

10.Pengurangan Kolesterol: 

Beberapa kajian menunjukkan bahawa peria mungkin membantu mengurangkan tahap kolesterol dalam darah.


Cara makan dan resepi menggunakan peria.

Tips kurangkan pahit peria.

Ada cara macam mana nak kurangkan pahit peria ni arwah nenek Cik Sue ajarkan,dah belah dua rendamkan dalam air garam dalam 5-10 minit ,sementara tu buat la rencah untuk memasaknya ,lepas tu bilas,Insya Allah kepahitannya akan berkurang.

Cara memasak.

Kebiasaannya peria di goreng kilas atau di sumbat isi ikan dan di kukus.Teringat masa menolong arwah nenek menjual sayur peria dekat pasar kecil-kecil dulu,ada auntie chinese ajarkan macam mana buat peria sumbat isi ikan,setiap sabtu kalau kami menjual dia pasti datang dan beli dan selalu kongsi apa lagi resepi boleh buat dengan peria.

Kalau Cik Sue pula sejenis dah imun agaknya dengan kepahitan peria jadi sedap pulak bila makan mentah-mentah buat ulam cicah sambal tempoyak atau budu,ranggup je rasa.Tapi selalu kalau ada geng nak makan atau masak kat kampung ,Cik Sue tumis cili api dengan telur je masukkan peria,atau masukkan dalam masak lemak ikan atau ketam.

Zaman sekarang ramai juga buat peria sebagai bahan detox ,kisar dengan bahan-bahan lain untuk tujuan kesihatan tapi Cik Sue tak tertelan la pula kalau blend ehhehehe.Jom tengok antara resepi mudah yang boleh di buat dengan peria.

Resepi Peria Goreng Pedas


Bahan : 
Tumbuk:
Bawang merah
Bawang putih 
Sedikit halia 
2 tangkai cili kering yang di basuh dan di potong bersih.
-tumbuk lumat 
Telur
cili merah besar hiris
bawang holland hiris
garam gula 
Peria -di belah dua ,di potong nipis.

Cara : 

-Tumis bahan tumbuk hingga naik bau,masukkan peria ,goreng kilas sampai sebati dengan rencah,masukkan garam,dan sedikit gula.

-Agak peria dah layu ,pecahkan telur dan gaul cepat ,biar telur sebati dengan peria ,masukkan hirisan bawang dan cili merah,kalau nak pedas boleh tambah cili kering yang tumbuk tadi,boleh hidang makan nasi panas-panas kawankan dengan ikan goreng,pehhhh.

Resepi Detox Peria.



Bahan :
Peria
Epal hijau 
Daun Pudina 
Cara : 

Blend kan semua bahan,boleh minum sejuk tambah ais atau tanpa ais,banyak khasiatnya.


p/s Marilah kita amalkan peria yang banyak khasiatnya ye untuk badan yang lebih sihat.Cik Sue masih mencuba pengaruh en suami untuk makan peria hahahah.




























Post a Comment

2 Comments

  1. peria goreng ngan telur jah blh mkn..lain2 tolak tepi..haha

    ReplyDelete
  2. Akak baru je masak peria..stok peria memang banyak sebab Pak Zain tanam..tengah banyak berbuah..jenuh makan

    ReplyDelete