Tips telur dadar gebu dan rangup

Resepi Telur Dadar Gebu Dan Rangup.

Sedapkan makan telur dadar baru masak dengan nasi panas-panas kat kedai Siam,dah lagebu ,dah sejuk pun rangup tapi bila buat kat rumah tak pula jadi macam tu,apakah rahsianya? Ha meh Cik Sue kongsikan tips yang Cik Sue dapat dari mak saudara seorang tukang masak dan tuan punya katering kat Kelantan masa kerja dengan dia dulu lepas SPM. 



Tipsnya adalah : 


1. Guna tepung jagung dan cuka.
2. Kena pukul atau kacau telur laju-laju sampai sedikit kembang atau berbuih.
3. Lebihkan minyak dan kuali betul-betul panas.



Ha, itu la tipsnya jadi resepinya adalah :

Bahan-bahan :

2 biji telur ayam 
sedikit hirisan bawang 
sedikit hirisan cili merah 
1/2 sudu besar cuka makan
1/2 sudu besar tepung jagung 
sedikit garam 



Cara : 
1. Pukul telur dengan semua bahan dalam satu besar sampai sedikit kembang dan berbuih.
2. Panaskan minyak sehingga betul-betul panas ye ,api jangan besar sangat.
3. Curahkan telur tadi,kecilkan sikit api,agak garing di bawah terbalikkan.
4. Angkat dan toskan minyak,hidangkan.

Mudah je,nanti dah sejuk pun tetap rangup dan gebu tau.


Selamat mencuba korang.


Baca juga Tips Cuci Telur Pecah Di Lantai 

Post a Comment

3 Comments

  1. oo baru tahu campur cuka makanan dengan tepung ye. boleh cuba ni

    ReplyDelete
  2. Oo..thanks Info..

    saya just pukul lelaju and sampai berbuih tu je salunya...Nanti leh try ni..

    Favourite betullah telur goreng..telur dadar..telur Bistik..Nyum!

    ReplyDelete
  3. Wahh petuanya letak cuka .. baru tahu. Nanti boleh try la nanti ..

    ReplyDelete