Ibadah Korban di Tanah Suci? Boleh percaya ke? Bersama Team UTS ,Insya Allah di yakini.

 Aidil Adha makin hampir,ramai juga di kalangan kita yang mula mencari pakej untuk ibadah korbn di dalam mahupun di tanah suci Mekah.Setakat yang Cik Sue survey ,harga untuk ibadah korban lembu sebahagian di Malaysia sekarang emmang harga T20 la ceritanya ,golongan marhaen macam Cik Sue ni memang tak mampu la ye,kalau tak menabung dari awal tahun.Survey pula pakej ibadah korban di Tanah Suci dan luar negara,eh ramai pula kondem,tak merasa feel korban la,yakin ke? Jelas ke dari segi hukum,niat dan perlaksanaan mengikut syarak? Errrrr….


Alhamdulillah ada kawan cadangkan Team UTS ,terus Cik Sue teliti web dan FB mereka, https://www.facebook.com/umrahtanahsuci dan website mereka http://utskorban.com/ .

Jom Cik Sue kongsikan kenapa korang harus memilih pakej korban dengan Team UTS ini : 

Kenapa pilih Team UTS untuk ibadah korban di Tanah Suci ?

UTS Trading Enteprise dah ada 8 tahun berpengalaman dalam melaksanakan ibadah KORBAN di tanah suci Mekah.

-Paling murah dipasaran Malaysia

-Paling dipercayai dan berpengalaman

-Servis yang pantas dan cekap

-Kami uruskan ibadah qurban anda dari A to Z.

-Ganjaran pahala berganda Qurban di tanah suci.

-Sijil Digital pelaksanaan akan diberi beserta gambar dan video Proses Korban

 

Selain untuk ibadah sendiri boleh juga niat sedekah ibadah untuk:

-Arwah

-Keluarga



Sah ke buat korban di Mekah /Tanah Suci?

Ini yang selalu di persoalkan ramai orang? Dari segi hukum sah ke buat korban bukan untuk Jemaah sendiri? Dagingnya di agih kepada siapa? Akadnya sah ke? Ada bukti tak ibadah kita di buat atau ambil duit saja? Murahnya harga kambing,boleh dapat ke seekor?

Insya Allah bersama Team UTS semua isu yang di bangkitkan akan di jelaskan ,dan pastinya anda akan memilih pakej mereka.

    “Kami di UTS menghormati pandangan beberapa pihak dan individu yang melontarkan kenyataan kerana inginkan masyarakat berhati-hati. Kami hormati pandangan mereka kerana tidak yakin dengan perkhidmatan ini. Itu hak anda, tetapi, janganlah sehingga memukul rata semua pihak yang menjalankan perniagaan korban di Mekah adalah penipu.

 

Sebelum itu, kami ingin tegaskan ini adalah kenyataan dan apa yang dilakukan oleh pihak UTS sahaja, dan tidak bertanggungjawab terhadap pihak syarikat lain.”



Murahnya harga kambing?

Seperti semua ketahui dan memang tak boleh kita nak sangkal bahawa Kambing adalah makanan asasi di Mekah berbanding kita di Malaysia, sebab itu ia menjadikan harganya lebih rendah

Harga kambing di Mekah adalah pelbagai, mengikut jenis dan juga saiz seekor kambing tersebut. Ada kambing yang kecil sahaja, tapi harga mencecah SAR1300 seekor. Ada kambing besar dan gemuk, tapi harga sekitar SAR300- SAR350 seekor. Jenis kambing yang kami beli pula adalah kambing seberat 25 – 40kg. Arab panggil kambing jenis Harri. Kambing Harri ini juga ada yang mencecah sehingga SAR1000, contohnya seperti sub-baka “Balady”. Team UTS memilih kambing jenis Harri adalah kerana ianya adalah sempurna dari segi syarak, cukup umur, sihat dan berat yang melepasi syarat.

Jadi tak perlulah kita risau dengan kenapa harga kambing di sana  lebih murah kan,ada sebabnya yang munasabah.

 


Akad korban.

Akad korban yang di jalankan di Mekah adalah secara akad wakalah, atau bermaksud anda mewakilkan ibadah qurban anda kepada pihak kedua dan ketiga. Di mana untuk khidmat korban mekah ini, pihak UTS akan menyatakan secara rasmi dan terperinci secara bertulis di dalam resit pembayaran berkenaan khidmat yang anda perolehi dengan bayaran yang dibuat dan jumlah peratus ambilan syarikat untuk pengurusan, upah dan tugas-tugas berkaitan. Dengan pembelian serta pembayaran untuk khidmat ini, bermakna anda telah bersetuju dengan akad dan pembayaran yang dilakukan, berdasarkan syarat dan terma yang dinyatakan.

Pengertian Wakalah menurut Bahasa Arab adalah “menyerahkan” atau “menjaga” (Taqiyuddin al-Husaini, Kifayatul Akhyar 1/238) manakalah menurut Syarak pula, Wakalah adalah tindakan seseorang menyerahkan urusannya kepada orang lain pada urusan yang dapat diwakilkan, agar orang lain itu mengerjakan urusan yang diwakilkan itu (Zakariya al-Anshari, Fathul Wahhab 1/253) 

Antara dalil yang disandarkan untuk Akad Wakalah ini adalah: 

“Jabir Bin Abdullah RA, dia berkata, “Saya bermaksud keluar ke Khaibar, lalu aku mendatangi Rasullulah SAW dan berkata kepada beliau, “Sesungguhnya aku keluar ke Khaibar,”, kemudian, Rasullulah SAW telah berkata, “Datangilah wakilku dan ambillah darinya 15 wasaq, kalau dia meminta sesuatu tanda darimu, letakkanlah tangan pada pundaknya”. (HR Abu Daud)

Rukun Wakalah mempunyai 4, iaitu

1.     Muwakil (Orang yang diwakilkan)

2.     Wakil (Orang yang mewakilkan)

3.     Muwakkal Fiihi (Urusan yang diwakilkan)

4.     Sighah (Ijab dan Kabul)

Rujukan al-Fiqh al-Wadhi, (2/34)

Untuk urusan Wakalah ini dizahirkan, seseorang yang diwakilkan itu perlulah mempunyai hak ke atas barang tersebut dan di UTS, kami membeli kambing, lembu dan unta sebelum dijual bagi memastikan hak dan wakil ke atas kambing-kambing tersebut adalah sempurna mengikut rukun dan syarak.

Jelaskan dari segi akad dan hukumnya,tiada masalah dan ragu-ragu lagi dengan pengurusan Team UTS ini.Lebih tenang kita jalankan ibadah korban,yakin dan telus.


Kenapa Korban di Mekah? Tidak di tempat sendiri?

Sama seperyi mereka yang ingin laksanakan korban, tetapi tidak boleh atas faktor-faktor persekitaran, pandemik dan sebagainya. Tidak bermakna, jika kita tidak melihat sendiri di depan mata sembelihan korban, korban kita tidak akan dinilai oleh Allah.

Antara dalil mengenai korban ini ialah:

“Apa yang aku perintahkan, maka laksanakanlah mengikut kemampuan kamu”. Rasulullah SAW juga telah bersabda: “Tidak ada satu amalan anak Adam pada hari Nahar (Hari Aidil Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih binatang qurban), kerana ia (binatang qurban) itu akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk, kuku dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi”.

Di UTS, mereka  komited mengatakan bahawa Korban di Mekah itu adalah satu pilihan, pilihan yang lebih mudah dan murah.Jadi kita pilihlah mana yang kita mampu,dapatlah juga kita buat ibadah korban sebab nak tunggu cukup amaun harga di sini risau tak cukup-cukup pulakan huhuuuu…

 

Ke mana daging korban di Mekah di agihkan? Bukan ke ramai orang kaya di sana?

Tak semua penduduk di Mekah tu kaya raya,ada juga yang bekerja dan layak menerima sumbangan daging korban,seperti pekerja dari Afrika,Peru ,Burma,Indonesia dan Bangladesh.Mereka datang untuk bekerja dalam pebagai bidang dan bukan orang kaya raya jadi layak menerima sumbangan daging korban.

Malah pakej ibadah korban dengan Team UTS ni di khabarkan daging sembelihan akan di hantar ke negara-negara miskin yang layak seperti :

·        Azerbaijan

·        Bangladesh

·        Burkina Faso

·        Chad

·        Comoros

·        Djibouti

·        Gambia

·        Ghana

·        Guinea Bissau

·        Guinea Conakry

·        Iraq

·        Jordan

·        Lubnan

·        Liberia

·        Mali

·        Mauritania

·        Mozambique

·        Nigeria

·        Pakistan

·        Palestin

·        Senegal

·        Sierra Leone

·        Sudan

·        Syria

·        Tanzania

“Kalau aqiqah dapat video satu-satu, kenapa korban tak dapat?”

“Secara purata, pihak kami melaksanakan korban sekitar 4,000 hingga 5,000 ekor kambing setiap tahun. Ianya tidak termasuk pendaftaran korban unta dan lembu yang mana pendaftaran mencecah sekitar 60 ekor setiap tahun. Jadi, perlaksanaan yang banyak yang diWAKILkan kepada pihak UTS akan dilaksanakan dengan sebaiknya dalam tempoh 3 hingga 4 hari sahaja pada Hari Tasyrik.”

 

“Korban tidak sama seperti ibadah aqiqah yang mempunyai waktu yang lebih luas. Untuk aqiqah, keupayaan kami adalah melakukan sembelihan sekitar 150 hingga 300 ekor sehari, termasuk mengambil video (merakam) dan gambar bagi setiap penama peserta. Ianya akan mengambil masa dan melambatkan proses sembelihan, disamping ramai lagi pihak-pihak lain yang memerlukan ruang yang sama untuk penyembelihan. Berbeza dengan korban yang mana kami akan laksanakan secara pembahagian lokaliti dan proses perlu dijalankan dengan lebih cepat.”

 

Betul juga tu,jenuh pulak nak snap gambar dan foto satu-satu bila nak siapnya,berjuta kot huhuuu,kira gambar general proses tu pun cukuplah sebagai buktinya.

 

Antara faktor lain yang  perlu tahu juga adalah:

·  Jemaah Haji tahun 1444H 2 juta orang

· Purata sembelihan setiap orang Jemaah 1 ekor kambing iaitu sembelihan dam dan korban

· Sembelihan korban yang dibuat oleh penduduk setempat dan orang luar di tanah haram sekitar 1 juta ekor kambing

·  Menjadikan jumlah keseluruhan sembelihan dalam masa 4 hari iaitu 10,11,12, dan 13 Zulhijjah sebanyak 3 juta ekor kambing

·  Jumlah ini tidak memungkinkan pusat sembelihan memberi bukti berbentuk gambar atau video secara individu

Oh ya ,Team UTS juga menawarkan program dan pakej ibadah akikah,korang boleh rujukdi laman web mereka ye.


Macammana nak buat ibadah korban online dengan Team UTS?

Jom buat ibadah korban dengan Team UTS,mudah dan  jelas,siapa tahu rezeki anda boleh menang cabutan bertuah menunaikan umrah pula haaa menarikkan?

 

Terbuka pada sesiapa sahaja yg nak buat ibadah korban:

-Paling dipercayai dan berpengalaman

-Kami uruskan ibadah korban anda dari A to Z.

-Harga yang hanya RM320 sahaja.

-Tiada hidden cost.

-Ganjaran pahala berganda korban di tanah suci.

-e-Sijil perlaksanaan akan diberi (sijil digital)

-Ada cabutan bertuah menarik

 

PELUANG MENANGI CABUTAN BERTUAH KERJAKAN UMRAH UTK 2 ORANG DENGAN HANYA SERTAI KORBAN DITANAH SUCI CUMA RM320 SAHAJA

Wah menarik ni,mana tahu rezeki kita kan? Dapat buat umrah pula lepas ni,jom kita tempah pakej ibadah korban dengan Team UTS,boleh klik link-link di bawah untuk hubungi mereka :

Nak daftar korban?  boleh klik link ni:


Web  utskorban.com

FB https://www.facebook.com/umrahtanahsuci

Emel utstrading@gmail.com

Tel 017-5632633



Post a Comment

1 Comments