Drama Kau Sundaeku : McDonalds sebagai majikan pilihan belia.

Hi korang,

Siapa pernah kerja McDonalds lepas habis sekolah? Selalunya sementara menunggu panggilan belajar dan untuk dapatkan kerja yang lebih stabil,tapi korang tahu tak ,dengan McDonalds juga korang boleh membina kerjaya yang stabil dan tetap dan industry makanan dan minuman.

Suasana kerja di McDonalds kini mampu melahirkan pekerja mahir dalam bidang mereka di mana mereka menyediakan latihan untuk pekerja ,kemudahan penginapan serta suasana kerja yang kondusif ,jadi memang sesuai untuk pekerja yang ingin berusaha serta berjaya dalam bidang ini.

 


Drama “Kau Sundaeku” di Media Sosial untuk menarik generasi muda.

Terbaru McDonalds mengeluarkan siri drama pendek di Instagram Reels bertajuk “Kau Sundaeku” untuk menarik generasi muda menyertai mereka dalam kerjaya.Drama yang memberi info tentang peluang pekerjaan yang di sediakan oleh pihak McDonalds dan mampu membantu para golongan muda membina kehidupan mereka.

Memandangkan social media kini popular sebagai cabang dalam memberi info,McDonalds mengambil keputusan syarikat ini ingin menyemai minat dan menggalakkan permohonan pekerjaan dengan pengeluaran siri drama mini sembilan episod bertajuk “Kau Sundaeku”.

Drama ini tentang seorang pengurus dan tiga kru restoran yang datang daripada latarbelakang berbeza, yang menemui ‘rumah’ mereka dan mempunyai rasa kekitaan semasa bekerja di McDonald’s.Mula di tayangkan di Instagram Reels McDonalds bermula 21 Disember 2022 dan setiap episod berdurasi 1 minit.Ia memaparkan keseronokan bekerja dan laluan kerjaya di McDonalds. Siri ini menampilkan Rasyiqah Johan dan Zafira Natasya Yong yang merupakan finalis Dewi Remaja, dan Adam Aliff Tay serta Subhasree Uiaramuthu.

Best juga lakonan dan info yang di sampaikan dalam drama ni Cik Sue dah tengok,korang boleh tengok di SINI ye .


Program Perantis Vokasional McDonalds - Mempersiapkan pekerja mahir

Dalam menyediakan peluang kerjaya yang cemerlang bersama McDonalds ,syarikat ini telah menyediakan Program Perantis Vokasional McDonald’s yang merupakan program latihan berasaskan industri selama 18 bulan yang menggabungkan 70 peratus latihan praktikal di restoran dan 30 peratus pembelajaran teori di dalam kelas. Kejayaan program ini merupakan hasil kerjasama antara McDonald’s Malaysia dan Kementerian Sumber Manusia di bawah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang diperkenalkan oleh Kementerian.Baguskan,bukan senang tau nak dapat latihan macam ni,berbaloi la menyertai syarikat besar yang memberi peluang peningkatan dalam kerjaya. Dari 2018 sudah lebih 3500 anak muda dari pelbagai latar belakang telah mendapatkan latihan untuk pengalaman pekrjaan dalam  industri makanan dan minuman dari program ini.

“Program latihan kami disasarkan kepada golongan belia untuk memacu mereka kearah laluan kerjaya yang positif dan membantu mereka meningkatkan potensi diri sebagai anggota masyarakat yang bertanggungjawab. Golongan belia di Malaysia adalah masa depan negara dan peningkatan pekerjaan yang diisi oleh golongan belia pastinya memberi manfaat besar kepada ekonomi kita dalam jangka masa panjang,” Kata Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia.

 


McDonalds konsisten sebagai Majikan terbaik pilihan rakyat Malaysia.

Sebagai bukti segala usaha pihak syarikat dalam memberi peluang pekerjaan dan mengubah nasib anak muda ,McDonalds telah banyak merangkul anugerah.

Anugerah Majikan Terbaik Antara Yang Terbaik 2021 (Best of the Best Employer Award 2021)

Anugerah Majikan Terbaik 2021 (Best Employer Award 2021) oleh Kincentric, yang merupakan penyedia perkhidmatan penasihat sumber manusia global.

Anugerah Majikan Terbaik (Best Employer Award) daripada Aon lima tahun berturut-turut dari tahun 2014 hingga 2018.

Majikan Terbaik untuk Wanita (Best Employer for Women) pada tahun 2015

Majikan Terbaik untuk Generasi Y (Best Employer for Generation Y) pada 2013.

Wahhhh,kalau Cik Sue pun nak bekerja di syarikat macam ni,di iktiraf,peluang meningkatkan kerjaya pun tinggi.Suasana dan sokongan syarikat yang positif,nak kerja pun seronok,hati senang,latihan ada,kemudahan pun bagus.

Jadi kalau korang ada adik-adik,kawan-kawan atau saudara-mara yang berminat dan mencari peluang pekerjaan bolehlah mencuba dengan McDonalds Malaysia.Hubungi je mereka.

Jangan lupa tonton siri drama “ Kau Sundaeku” ini di reels intagram McDonalds Malaysia okey.

Boleh layari :

Website : https://www.mcdonalds.com.my

Instagram : https://www.instagram.com/mcdonaldsmalaysia

 

Post a Comment

0 Comments