Mandi-manda di Bangi Wonderland Themepark sempena cuti sekolah.

Trip mak-mak cuti sekolah. 


Akhirnya tercapai impian kakak nak masuk Bangi Wonderland ni,selalu balik sekolah dok lalu-lalang macam-macam ibu pujuk dok merengek ajak masuk.Ngam cuti sekolah geng mak-mak KBBA'S buat plan,apa lagi Cik Sue pun join la sekali,pergi ramai-ramai seronok sikit,ada geng,anak-anak pun dah memang kenal dan berkawan so memang masuk kepala la masing-masing.Mak-mak pula ambil kesempatan la jumpa,bersembang,tanya khabar,dah lama tak jumpa dan gosip-gosip ehhh hahhaha.

Seawal jam 9.30 pagi kami dah berkumpul depan pintu masuk,tiket Umminani dah belikan,jadi berkumpul dan pakai tag masing-masing tepat jam 10 pagi baru pintu buka,dan boleh masukkkkk.Tapi kat gate masuk ,beg kena check ye tak boleh bawa makanan dari luar kecuali makanan dan susu bayi.So jangan berangan nak bawa bekal nasi lemak tapau,biskut,jajan atau mangkuk tingkat nasi ayam masak merah dari luar ye,harap maklum hahahahah.Tapi Cik Sue bawa air masak dalam botol air dan susu kotak tuk Haziq lepas je ,buh dalam poket stroller baby hehehehe....pandai-pandai la.


Kemudahan yang di sediakan.

muka tak sabar nak masuk dalam air hahah
    
Memang puas hati bawa anak masuk sini,kemudahan yang di sediakan lengkap,kawasan luas dan teratur.Themepark ni pun mesra OKU so nak bawa warga emas atau ahli keluarga berkerusi roda pun tak de masalah.Antara kemudahan lain yang di sediakan : 

- Medic Room untuk sebarang masalah sakit atau kemalangan kecil,diaorang pun ada ahli medik dan lifeguard yang berpengalaman.
-Electronic Locker untuk simpan barang berharga sementara nak mandi-manda contoh dompet,atau barang kemas,ye la simpan dalam kereta kang risau kena pecah pulakkan,boleh sewa loker dan simpan barang semua ye.
-Baby Room -yang ni Cik Sue puas hati sangat,bilik luas,ruang menyusukan bayi asing dari tempat tukar pampers,boleh muat 3-4 orang ibu menyusu,selesa sangat.
-Changing Room -atau bilik persalinan yang banyak dan bersih.
- Public Area - Di sediakan kerusi dan meja untuk letak barang-barang serta sebagai tempat makan,so pandai-pandai la cari port sendiri ye.
-Surau- Ha ni penting-surau pun bersih dan mudah orang menggunakannya.
-Kemudahan untuk OKU- semua di sediakan ,ramp kerusi roda,tandas OKU,bilik persalinan OKU,semua lengkap ,jadi tak de masalah nak bawa ahli keluarga OKU datang beriadah di sini ye,warga emas pun senang nak akses.

kiosk makanan 

Untuk makan minum pula tak perlu risau ,ada 2 kiosk menjual makanan ringan serta makanan berat seperti lunch yang boleh korang beli,Alhamdulillah harga masih kategori murah la untuk taman tema sebegini,malah makanan pu sedap-sedap,berbaloi dengan harganya.Antara menu yang ada masa hari Cik Su pergi tu ada Nasi Ayam Kicap,Nasi Ayam Masam Manis,Nasi Ayam Pedas (sambal geprek) ada mee kari (sedap sangattttttt) Laksa,Mihun Sup dan beberapa lagi/Diorang buat pakej lunch ,1 set makanan dan air minum dengan harga RM12 je ,abagi Cik Sue berbaloi sangat,masakan pun sedap.

menu sedap

bilik menyusu

public area

Oh ya,kalau korang nak privacy ,kot tak mau dok ramai-ramai kat public area,atau nak port senang nak baring rehat ,nak lena sementara anak-anak main,atau ada baby kecil yang nak letak baring,bolehlah sewa Cabana atau pondok yang di sediakan,dengan kipas dan plug point bolehlah nak caj henpon ke kan.Boleh sewa di kaunter sewaan tube atau sewa terus masa beli tiket.



Permainan menarik untuk seisi keluarga.

Puas hati bawa anak-anak datang sini sebab permainan atau ridenya pun best-best,tapi ada yang tak sesuai untuk anak kecil la ye,ibu bapa kena awasi la.Tapi jangan risau ,ramai je lifeguard bertugas,yang menjaga keselamatan.Oh ya ,sebelum tu akalu mak ayah atau anak-anak nak main ride yang besar-besar korang kena sewa tube yang boleh naik 2 orang tu ye,senang nak main permainan yang ada.



Untuk kawasan anak-anak kecil bermain ,boleh bagi diorang main air di kawasan Kids Adventure,ada gelunsur dan permainan yang sesuai untuk kanak-kanak dan paras airnya pun tak dalam,Humaira sampai balik dok berendam kat sini hehehehe.Banyak permainan sebenarnya tapi yang best bagi kami Pirates Bay tu boleh bawa anak-anak lepak ala-ala pantai,ada masa-masa akan di pasang ombak buatan,seronok anak-anak main ombak.Magic Funnel pula wajib cuba tuk dewasa yang berani ye hahahha,memang korang akan jerit habis suara dalam tu,macam trumpet besar bentuknya,tapi memang puas hati la lepas habis ride tu.Insane Racer pun best juga,yang ni anak-anak sekolah rendah dah boleh main.

insane racer

magic funnel

pirates bay 







Anak-anak gembira,mak ayah puas hati.



Alhamdulillah puas hati  betul,syukur dapat juga habiskan masa berkualiti dengan anak-anak dan kawan-kawan.Anak-anak pun tak berhenti bercerita walau dah sampai rumah,seronok bukan main lagi.Cuti sekolah masih berbaki ,bolehlah bawa anak-anak ke sini,bagi Cik Sue berbaloi sangat,harga masih mampu keluar dari poket hehehhe,dekat pula dengan rumah so kos tak lah tinggi.

tertido dengan baju basah,kepenatan tak sempat tukar dah heheh


seronok jumpa kawan-kawan 

Humaira memang puas hati betul dia heheh


tq ayah layan anak-anak

yang kecik ni boleh tahan main air.


Kalau nak beli tiket dan dapatkan promosi ,boleh klil link di bawah ni ye : 

BELI TIKET 


BANGI WONDERLAND
No. 2, Persiaran Bangi Avenue,
Bangi Avenue,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

TEL: +6019 682 7174

EMAIL: sales@bangiwonderland.com.my


FB : Bangi Wonderland

IG  : Official Bangi Wonderland 






























Harga tiket dan info.


Post a Comment

3 Comments

  1. Best sebab anak2 dah jumpa geng2 dia

    ReplyDelete
  2. Bestnyaa , lama tak mandi theme park last mandi masa zaman budak² hee

    ReplyDelete
  3. wah, family KBBA ye. bestnya.
    aida yg kerap naik bangi ni pun tak pernah masuk sini lagi.
    mcm nak plan la satu trip ke sini dgn anak2 buah.
    spend a day here, njoi and releks :)
    bersih nampaknya keadaan sekeliling di situ. terbaik.

    ReplyDelete