Haziq kali pertama ke pantai : Manfaat bermain pasir untuk anak kecil

Cuti sekolah seminggu yang lepas,Cik Sue sempat bawa anak-anak balik kampung dengan mak su mereka,Cik Sue drive la macam biasa bila ayah diorang tak dapat cuti tapi kitaorang nak balik juga haaaa ibu kena drive sendiri tapi kena ada peneman orang dewasa lagi sorang la dalam kereta kang budak berdua ni buat hal haru jugak oiiii tengah-tengah highway tu huhuu.Kebetulan adik bongsu pun nak balik juga sebelum dia start kerja next weeknya ,jadi kami balik la berempat,dah habis cuti-cuti kat kampung balik rumah hari khamis,Jumaatnya tu ayahnya dapat cuti sehari katanya nak berehat.


Pagi Jumaat tu bangun je terus terfikir nak sarapan kat luar,alang-alang Mr D nak rehatkan otak terus decide pergi berkelah kat Blue Lagoon di Port Dickson  atau Teluk Laguna Biru.Dekat je dari rumah,perjalanan satu jam,sama jauh je ke Morib,tapi pantai Morib tak best mandi manda.Korang waze je Teluk Laguna Biru ,konpom sampai.Cik Sue suka port ni sebab pantainya redup ada pokok-pokok,tak de la hangus sangat dek matahari kalau panas heheheh anak-anak pun selesa main pasir.


Dalam perjalanan kami singgah tapau makanan sarapan dan nasi kerabu,Cik Sue siap-siap bawa bekas dan pinggan mangkuk,cawan segala.Kat kawasan pantai tu pun ramai je menjual makanan dan minuman.Oh ya memandangkan kami sampai ,langit nampak mendung macam nak hujan terus kami sewa kanopi macam dalam gambar atas sekali tu,warna biru tu ,harga sewa rm35 ,bagitau tempat diorang tolong pasangkan ,nanti dah habis guna ,pergi bagitahu diorang akan kutip sendiri.Kerusi tu pula ada akak tu ,kami sampai dia nak balik,dia bagi 2 biji kerusi tu yang dia sewa kat kami,nanti dah habis guna dia suruh pulangkan ,sewa kerusi rm10 sebiji tak de limit masa.


Dah siap makan,salin baju semua ,baru la lepaskan diorang main pasir.Tapi Mr D,Haziq ngan Maira je la,Cik Sue ngan adik tak join,kami dok menikmati pemandangan je,tenangkan fikiran hahahha tapi Cik Sue pergi jugak la ke tepi ombak ambilkan gambar diorang setakat basah hujung seluar je la hahah tak suka mandi laut,kalau sungai Cik Sue suka.



Alhamdulillah ,first time bawa Haziq ke pantai ,mujur dia tak geli dengan pasir,kalau kakak mula-mula masa kecil dulu penggeli sikit kena paksa baru nak,ni adik siap cekau psir nak masuk mulut ye ,adoiiiii sakit jantung ibunya hahahha advance terlebih yang ini.Kami dari kakak kecil dulu memang suka lepaskan anak main pasir,pijak tanah lumpur rumput tanpa selipar,earthing atau grounding orang kata kan? Tak tahu la istilah apa tapi ma abah pesan kalau anak aktif lepaskan diorang atas tanah,salurkan tenaga,haaa cara orang tua fikir ,mungkin ada kajian saintifiknya cuma berbeza istilah la.

Bila Cik Sue buat pembacaan banyak rupanya kelebihan bagi anak-anak main pasir ni,siap orang yang jauh dengan kawasan berpasir boleh beli set mainan pasir ye kat Shopee untuk kebaikan anak-anak boleh beli kat SINI 

Antara kebaikan bermain pasir untuk anak-anak adalah : 


1. Melatih kemampuan motorik anak-anak.

Proses pergerakan memindahkan pasir dan berain menggunakan skop dapat mengasah kebolehan          menggerakkan anggota tubuh,nampak simple kan tapi besar manfaat tuk anak-anak ye.Mengangkat pasir pula dapat melatih otot-otot yang semakin berkembang,ye laaa takkan nak suruh pergi gim angkat dumbell pulakkan sesuai la dengan kudrat anak kecil hahahha.

2. Meningkatkan kreativiti dan imaginasi anak-anak.

Bila mereka menggunakan pasir membentuk istana atau apa saja yang mereka bayangkan ,kita nampak simple kan tapi itulah aktiviti yang membina imaginasi serta daya cipta otak mereka.Kualiti seperti ini penting untuk pembangunan minda anak-anak.Mereka akan mencipta dari awal sehingga siap sesuatu yang mereka mahukan.
budak tertelan air masin hahahh

gigih ayahmung berpayung hahahah


3. Melatih kemampuan sensori anak 

Sewaktu menyentuh pepasir mereka dapat membezakan tekstur pasir yang halus dan kasar ,ini dapat meransang saraf sensori dan motor pada jari dan tangan.Kemampuan untuk mengasingkan bendasing selain pasir juga terbentuk.

4. Melatih konsentrasi anak.

Secara tak sedar bila mereka bermain dengan psir,menambah air membentuk bentuk-bentuk tertentu,mereka bentuk,mencipta ,otak mereka lebih fokus dalam menghasilkan sesuatu.Kekadang sampai tak  mahu naik kan hehehe.

5. Meningkatkan Imunisasi pada tubuh.

Anak-anak yang sering bermain di luar rumah dekat dengan alam biasanya akan memiliki daya tahan tubuh terhadap penyakit lebih kuat,tengok la anak-anak yang tinggal di kampung kan,berbeza daya tahan mereka,Macam sepupu-sepupu Maira dan Haziq la ,mandi hujan ,masuk parit,main lumpur,berkaki ayam keliling rumah tapi tak de pun nak demam ke batuk ke selsema ke,rilekkkk je hehhhe kalau budak-budak ni balik kena hujan renyai pun dah selsema aduhaiii....

kakak melayan perasaan.

Wahhhh banyak kebaikan rupanya bawa anak-anak ke pantai ye,boleh la ibu lepak pantai selalukan? heheheh take noted ye Mr D hehehe...Yang paling puas hati si kakak Humaira la,dah lama dia dok pujuk ayah nak gi pantai,asal cuti sabtu ahad pun sibuk ajak ke pantai,ayahnya sibuk memanjang kalah perdana menteri hahahhh....ibu pula nak bawa tak de teman,tak mampu nak handle sorang-sorang dah dua anak ni,kalau dulu kakak sorang ok lagi hehehhe.

adik tu tak reti takut ye ...

eksyen betul dia tak mahu di pegang.

Hampir jam 2 petang baru kitaorang beransur mengemas,bawa anak-anak dulu bilas badan dan salin baju,tandas awam kat situ pun bersih dan lengkap,siap boleh beli sabun lagi hehehhe.Lepas tu terus beransr gerak balik,dalam kereta semua dah lentuk,penat main.Insya Allah lain kali boleh repeat lagi aktiviti on the spot macam ni.


Post a Comment

8 Comments

  1. Bagus bawak anak main pasir ni semua. bgai dia serasi.jangan geli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun suka bawa anak2 grounding/earthing kat pasir2 pntai. Lama dah tak buat.

      Delete
  2. Sesekali mmg kena bagi Cuba juga jejak pasir di pantai..anak2 dlu mula2 x suka dah lama2 ok lah seronok main pasir

    ReplyDelete
  3. Kenapa haziq tak ajak "kakak" yana sekali hahhaha 🤣🤣

    ReplyDelete
  4. Bila nak dapat bervitamin sea juga ni.. www.aisyaismail.com

    ReplyDelete
  5. seronok anak2 enjoy main dan family bonding

    ReplyDelete