Restoran Ayam Kampung Bandariya : Menu Ayam Kampung Sedap

Selamat Hari Merdeka...

Ada yang jalan-jalan ke Bandaraya Kuala Lumpur ke tu? Nak cari tempat makan menu ayam kampung dan campuran Kelantan Indonesia? Meh Cik Sue cadangkan satu restoran yang bertapak hampir 20 tahun lebih dah di Kuala Lumpur ni.Restoran Bandariya Ayam Kampong yang terletak di Jalan Tun HS Lee memang berbaloi korang kunjungi untuk makan tengahari kalau ke Kuala Lumpur.


Tak susah pun nak cari lokasinya,kedai kedua dari tepi deretan kedai di jalan tersebut,papan tanda pun mudah nampak.Kedainya tidaklah fancy atau moden seperti restoran sekitar tapi masih mengekalkan suasana macam suasana akhir 90an gitu.Asalnya restoran ni tidak di buka pada Sabtu Ahad tapi kerana permintaan pelanggan mereka mula membuka operasi pada hari Sabtu bermula 2019.Jadi Sabtu hari tu sempatlah Cik Sue sekeluarga singgah merasai keenakan menu trademark mereka iaitu ayam kampung.Menu ayam kampung ni di hidangkan dengan 3 variasi,Ayam Kampung Goreng,Ayam Kampung Berempah dan Ayam Kampung Sambal Hijau.






Bukan ayam kampung sahaja yang ada,ada juga menu-menu lain seperti Gerisik,Masak Lemak Telur Itik,Bergedil dan Telur Masin,Gulai Kawah,Sambal Bilis Kacang Tanah,Sambal Tumis Petai,Ikan Tenggiri Masak Lemak,Tauge Campur dan ada lagi beberapa menu lain.

Ok dah tengok menu,macam mana pula nak order? Kat sini korang boleh order cara hidang,kira letak lauk dalam pinggan asing dan nasi asing macam hidang makan kat rumah la,atau boleh pilih set yang di sediakan atau ambil nasi ala nasi campur ,letak lauk terus dalam pinggan.Ikutlah mana yang selesa kan? Kalau makan berhidang tu satu family sesuai la boleh cuba macam-macam lauk dan kongsi je.KalU individu boleh pilih stail nasi campur atau set.





Untuk minuman istimewa di restoran ni korang boleh pilih Soda Gembira atau Melon Mania di samping minuman biasa yang lain,di sebab kan Mr D sakit tekak tak mahu minuman ais jadi Cik Sue order Soda Gembira je untuk diri sendiri.Memang sedap airnya tak terlalu manis tapi terasa kesegarannya.



Alhamdulillah menu-menunya menepati selera kami sekeluarga sampaikan Haziq si kecik tu pun tak mahu lepas peha ayam kampung dia sampai bawa balik masuk dalam kereta ye,sepanjang on the way balik dia dok ratah ayam sepeha tu ahhahaha,isinya lembut dan mudah lerai,si kecik tu pun mudah nak makan,berbaloi ye bawa keluarga makan kat sini.




Mana yang berdekatan nak makan tengahari waktu hari bekerja memang sesuai sangat,kalau hari Sabtu mana yang ke Kuala Lumpur bolehlah singgah menjamu selera,oh ya mana pejabat atau rumah berdekatan perkhidmatan delivery atau penghantaran ke lokasi korang juga di sediakan.Nak order boleh tekan link di bawah ye.


 [klik link biru dibawah]


Restoran Ayam Kampung Bandariya
No. 8, Jalan Tun H S Lee, City Centre, 
50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, 
Malaysia. 

Tel: 03-2031 4931

Waktu operasi: 11.00 pagi - 3.30 petang.
Buka  : Isnin hingga Sabtu. 
Tutup : Ahad. 


Post a Comment

0 Comments