Muat Turun Aplikasi Marry Brown dan dapatkan tawaran menarik serta diskaun.

Raya dah masuk seminggu lebih ,dah mula muak tengok rendang dan lemang,malam kelmarin ajak Mr D keluar dinner kat luar,kebetulan nak keluar beli barang dan isi minyak,jadi Cik Sue tutup dapur la hehehe,lama tak dinner kat luar satu family.Mulanya nak makan kat kedai tomyam feveret area rumah ,alaaaa masih tutup pula ,cuti raya,pusing la jauh sikit,tiba-tba Humaira kata nak makan kentang goreng dan ayahnya terus berhenti depan Marry Brown ,dan tanya ibu agak-agak ada ke kentang goreng,eh mesti la ada,bubur nasi pun ada,ngam la suapkan haziq sekali.



Teruslah kami turun dan putuskan makan malam Marry Brown je la malam ni,Cik Sue pun teringat Cik Qaseh ada share pasal apps Marry Brown yang baru,zassss laju-laju install apps tu kat telefon.Katanya ada tawaran-tawaran best dan diskaun untuk menu-menu tertentu.Cik Sue ni kalau part diskaun dan potongan harga memang laju la,tambah-tambah boleh kumpul point ,eh rasanya mak-mak memang macam tu kan hehehheh...

Sementara Mr D uruskan anak-anak dengan stroller bagai sempat la Cik Sue godek app diaorang ni,wahhhh tuk first user ada reward ayam goreng seketul,best la tu sapa nak bagi kan hahaha,pastu tengok pulak deal yang di tawarkan dan menu-menunya.Wowwww menarik diskaun hampir 40% dan ada tawaran serendah RM2.90 tau.Cepat la download dan install tau,tak rugi,banyak untungnya,kumul pulak point setiap RM1 satu point,boleh redeem lagi,fuhhhhh lumayan juga dong ahahhah.



Cara tebus dan redeem tawaran di Apps Marry Brown

Senang je korang nak dapatkan tawaran dari apps ni,meh Cik Sue ajar apa nak buat :

1.Korang buka Play Store atau Google Play dekat handphone korang ,taip Marry Brown dan download appsnya.

2. Lepas tu korang register la semua yang signup tu,dah siap ,korang boleh tekan myreward kat bahagian bawah sekali ,haaa kat situ ada reward ayam seketul tu untuk new user,korang klik situ akan keluar QR kod untuk cashier scan,bolehlah redeem.

3.Untuk tawaran yang lain,korang tekan dekat deals bawah sekali jugak,akan keluar la apa menu yang ada diskaun,klik mana yang korang nak,dia akan ke bahagian reward,korang klik pula kat situ dan redeem je.


Mudahkan? oh ya jangan lupa scan jugak QR kod profile apps korang tu untuk dapatkan point,nanti boleh redeem lagi.

Amacam? berbaloi kan? Boleh la bawa family makan-makan di Marry Brown selalu sebab dah jimat hehehhe.

Hidangan sesuai seisi keluarga

Cik  Sue suka menu-menu Marry Brown ni sebab ada hidangan yang sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa,jadi tak payah susah-susah fikir dan cari makanan untuk anak kecil.Macam Humaira dia suka kentang goreng dan bubur nasi,untuk Haziq Cik Sue selalu suapkan bubur nasi kosong atau kentang putar.Kentang putar kat sini tak terlalu masin dan teksturnya sesuai untuk bayi.





Ayam Gorengnya pun agak rangup dan jadi kegemaaran Mr D,untuk Cik Sue pula semestinya burger cheese la dan potato wedgesnya.Alhamdulillah semua kena dengan tekak kami anak beranak dan harga pun masih di tahap mampu hehehe.

Apa lagi ,cepat la install appsnya dan redeem ye,dapat la berjimat.



Post a Comment

1 Comments