Pejam celik pejam celik dah nak puasa semula dah kita ye,sekejap je rasa masa berlalu.Dulu kalau bukan kerana Covid19 meriah kita nak sambut puasa kan? masak-masak,makan-makan,berkumpul ramai-ramai keluarg.Tak kurang juga majlis-majlis meraikan anak-anak yatim,anak-anak tahfiz,gelandangan,asnaf-asnaf dan orang-orang tak berkemampuan,dengan pelbagai menu makanan yang sedap-sedap.Meriah majlis berbuka puasa sana sini.
Tapi memandangkan kita sekarang hidup dengan norma baru,menjaga segala pergerakan supaya virus Covid tidak merebak dan menjadi lebih buruk,semua tu di hadkan dan ada yang di larang juga.Kali ni Cik Sue nak kongsikan cara korang boleh beramal,bersedekah dan infaqkan menu-menu berbuka puasa dengan cara lebih mudah dan selamat di musim pandemik ni.
Infaq Ramadhan Lapowey
Program Infaq Ramadhan dari Lapowey ni memudahkan kita untuk membuat kerja amal dengan menginfaqkan menu berbuka kepada mana-mana rumah anak yatim,tahfiz atau siapa sahaja.Dengan menu yang sedap,bersih dan di bungkus selamat ,memang pilihan terbaik tuk di hidangkan sesuai dengan harganya.
Dengan program ni tak perlu pun nak uruskan majlis yang memerlukan ramai orang atau persiapan lain,cukup kita pilih menu atau hidangan yang kita mahu kemudian pihak mereka akan sediakan dan uruskan,bayar sahaja,mudahkan? malah sumbangan tetap sampai,nak rahsiakan pun boleh.
Menu sedap memikat selera
Cik Sue di beri kesempatan merasa antara menu mereka sediakan untuk program infaq ini nanti.Jujur Cik Sue akui memang sedappppp sangat masakan yang di hidangkan.Cik Sue dan Mr D memang rekemen tau,sampai tak cukup nasi kami hehehehe,lupa nak masak nasi lebih.Kami mencuba menu Beriyani Kambing Kelate dan Ikan Masam Manis,pek bungkusannya kemas dan selamat ,di datangkan dengan air mineral sebotol sorang.Memang berbaloi dengan harga yang di tawarkan,orang kata tak bikin malu la nak hidang kat orang,sehingga menjilat jari katanya hehee.Ye la nak infaq kat orang mestilah kita nak beri sesuatu yang terbaik kan?
Antara set menu yang korang boleh pilih adalah :
1) Set A - Briyani Kambing Tok Cu
2) Set B - Ayam Percik Merecik
3) Set C - Briyani Kambing Kelate
4) Set D - Daging Salai Gomoncheh
5) Set E - Briyani Ayam Merah
6) Set F - Ikan Masam Manis
Macam mana nak join Program Infaq Ramadhan ni?
Senang je caranya,korang yang nak infaq atau derma kena buat tempahan dengan pihak Lapowey ,pilih menu dan berapa kuantiti,bagitahu ke mana nak di hantar,penghantaran percuma ye di Lembah Klang,kalau luar kawasan kena tanya pihak Lapowey la ye :
-Terdapat 6 menu pilihan yang sangat sedap.
-Minima tempahan adalah sebanyak 100 pax
-Setiap set menu datang dengan sebotol air mineral dan kurma yang berkualiti.
-Harga set bermula dari serendah Rm8.
-Tempahan awal adalah digalakkan.
Lepas setel semua,pihak Lapowey akan masak dan hantar la ke mana lokasi yang anda inginkan,kalau nak di hantar kepada anda,dan anda nak agihkan sendiri pun boleh juga.Kot la nak buat makan-makan kat staf pejabat ke ,nak agih untuk kawan-kawan berbuka ke,nak letak kat surau kawasan rumah anda ke kan.Boleh je,bagitahu je kat pihak Lapowey tu,bisa di uruskan.
Bagus usaha pihak Lapowey ni memudahkan urusan kita semua nak membuat amal sedekah dan infaq,tak payah susah-susah nak masak sendri,nak hantar dan agihkan,biar mereka uruskan semua.
Untuk info lanjut atau kiranya berminat , boleh terus hubungi mereka di :
Website :
https://www.lapowey.com/Facebook : Lapo Wey
Instagram :
https://instagram.com/lapo_weyOffice : 03-77341278
Call/Wasap Person Incharge :
http://www.wasap.my/60126098484/infaq (Za’ba)
http://www.wasap.my/60176762067/infaq (Fahmi)
http://www.wasap.my/60198834745/infaq (Mala)
http://www.wasap.my/60172996004/infaq (Irwan)
Jom sama-sama berinfaq dan bersedekah di bulan Ramadhan nanti dengan Lapowey
9 Comments
Senang nak berinfaq sekarang kan. Order je yang berkenan, menu semua sedap2
ReplyDeleteMenu dia sedap-sedap. Senang nak infaq sekarang. Semoga ada rezeki Ai untuk infaq makanan juga.
ReplyDeletePeluang untuk tambah pahala...
ReplyDeleteSuka ikan sweet sour tu , sedap !
ReplyDeleteBagus lapowey buat program macam ni
Bagusnya ada peluang macamni..
ReplyDeleteBagus kannn inisiatif Dapur LapoWey ni. Cara yang amat memudahkan golongan yang berkemampuan memberi pada yang memerlukan.
ReplyDeletejd lapo ngk nye.. barulah penderma yakin nak infaq untuk ramadhan nie.. terbaik lapowey
ReplyDeleteBagus sangat dia buat projek macm ni. Sennag orang nak buat amal.. Makanan pun semua sedap
ReplyDeleteNampak sedap sgt menu dia
ReplyDelete