Menu lazat berbuka puasa di Sama-Sama Hotel KLIA

Ramadhan tinggal tak berapa minggu je lagi,kali pertama Cik Sue di jemput ke review buffet Ramadhan Sama-Sama Hotel KLIA.Tak berapa jauh pun dari rumah,kalau tak jem, dalam 20 minit dah sampai.Tapi sesat juga la cari parking sampai parking di terminal pula,kebetulan terlewat sikit parking hotel dah penuh.Tapi ok je,ada tram bawa dari parking terminal ke hotel,dan ada laluan berbumbung,jalan je dalam aircond tu.



Memang berbaloi sesat segala,puas hati sangat datang,konsep dan tema yang unik,ruang makan yang selesa,tenang dan cantic.Yang paling penting makanan yang sangat lazat,rasanya kali pertama Cik Sue pergi buffet Ramadhan kurang ambil gambar sebab nak makan,dan siap bertambah-tambah makannya.Tak kisah dah malu ke tak,ikutkan hati tak berhenti dok mengunyah je keje



Gerbang Pesona Malaysia 


Bertemakan gerbang pesona Malaysia,tetamu akan di sambut ddengan dekorasi berkonsepkan zaman melayu tradisional dan beberapa hiasan senibin aikonik negara di ruang legar dan sekitar hotel.Ada juga hiasanlatar belakang atau prop gambar-gambar suasana Malaysia yang menggamit memori kita dan sesuai sangat untuk penggemar Instagram merakamkan kenangan.Sangat mengembalikan nostalgia dulu-dulu zaman kecil-kecil dengan hiasan dan suasana yang di wujudkan,dari segi makanan yang di hidangkan,konsep gerai-gerai jalanan dan siap ada kedai runcit main tikam-tikam macam dulu-dulu.


Untuk tetamu yang ingin berbuka dalam suasana tenang dengan kocakan air terjun,ruang terbuka di sediakan di kawasan luar yang berhampiran.Umpama sebuah oasis di tengah bangunan,tetamu boleh berbuka bersama keluarga bersila di atas pangkin sambil menikmati juadah.

Hidangan Lazat Memikat Selera.

Sebelum-sebelum ni pernah dengar dari mulut kawan-kawan je yang buffet Ramadhan Sama-Sama Hotel ni memang sedap ,terbaik dan puas hati berbuka di sini.Cik Sue ni kalau pasal buffet ramadhan dah setkan minda mesti signature dish diorang je yang sedap dan menjadi tumpuan,tapi ternyata salah bila datang ke sini.Dari mula sampai Cik Sue memang tak henti mengunyah,memang segalanya kena dengan tekak,ngam je.Dari menu utama makanan berat ke pencuci mulut hinggalah pilihan air minuman.Memang menepati selera dan tunas rasa tetamu yang hadir.Cukup rasa resepi original dan puas hati sangat.


Antara menu yang akan menanti korang adalah Gulai Lemak Siput Sedut,Nasi Ayam Hainan,Nasi Ambeng,Omelet Oyster,Daging Masak Kaldareta,Kari Itik Panggang dan banyak lagi hidangan dari pelbagai negara.Terdapat juga konsep Live Stall di mana para krew akan memasak secara live di hadapan anda seperti hidangan ikan bakar dan kambing golek.Malah anda boleh berinteraksi terus dengan para chef dan krew yang menyediakan hidangan anda.

Yang pasti dari info jurucakap hotel menu di sini tidak menggunakan msg atau perisa tambahan,dan Mr D la orang paling gembira makan dengan bersungguhnya sebab dia akan ada kesan kalau makan makanan ada MSG.



Antara yang Cik Sue sempat cuba adalah nasi beriyani dengan lauk kari kambing stail Indian,lengkap dengan Terung Masala,Aloo Gobi dan Vegetable Plow.Memang sedap sangat first time Cik Sue makan lauk macam ni,terasa autenthic Indian food tu tau,Siap bertambah makan.Kena pulak Cik Sue ni penggemar kambing dan terung,memang berulang la makannya.Cukup rasa cukup perisa dan rempahnya.



Dan satu lagi Udang Masak Butter kat sini,rasanya ada beza sikit dengan yang biasa kita makan kat tempat lain macam ada rempah-rempah sikit,Kalau nak tau hampir sepinggan Cik Sue ratah sorang tau,yang sebenarnya di hidang untuk ambil gambar oleh chef,dah selesai terus ambil makan,fuhhh ratah saja memang sedappppp sangat.Hidangan lain pun secara puratanya memang sedap boleh bagi 5/5 bintang tau,puas hati kalau bayar pun makanan macam ni.





Pilihan pencuci mulut,kuih-muih dan makanan lain pun tak kurang hebat,semuanya memikat selera.Kuih-muih tradisional memang sedap,Cik Sue yang jarang-jarang makan kuih pun ambil lebih dari sebiji,semua cukup rasa.Ada juga pencuci mulut versi barat punnnnn puas hati makan.Ais Kacang,Apam Balik,Cendol,Soto Kangkung,Sate,Soto,Rojak,dan macam-macam lagi.Korang kena cuba tau,memang memikat selera.









Pilihan minuman pun istimewa kat sini,siap ada coconut shake fresh blend dan banana milk shake tau,kalau nak pi kat kiosk air dan mintak,krew akan buatkan.Sedapppp Humaira habis segelas besar banana milk shake kekenyangan terus.Dan untuk elakkan muak makan banyak-banyak di sediakan air detox ye hehehhe,legaaaaaa.






Dan pastinya kebanyakan buffet Ramadhan kini ada hidangkan Raja Buah iaitu Duriannnn,selain kambing golek yang menjadi tumpuan kan.Kat sini Cik Sue 3 kali ulang ambil serawa durian makan dengan pulut,Allahuuuu nimatnya tak tau nak cakap,sedappppp.Buah Durian pula boleh ambil di bahagian luar yang di belah sendiri oleh chef bertugas,fresh dari kulit.Durian pula kualiti terbaik diorang bagi.



Apapun kalau berkesempatan datanglah berbuka di sini,memang  berbaloi,kot la nak ke mana-mana naik kapal terbang,boleh la menginap dan berbuka di sini,Insya Allah puas hati.Hotel menarik ,makanan sedap,berdekatan terminal.

Sambutan hari ibu

Sempena Hari Ibu yang jatuh pada 12 Mei dalam bulan Ramadhan ni,Para ibu yang berbuka puasa di sini ada tarikh itu akan meneriama kuntuman bunga tulip yang di terbangkan  khas dari Belanda dengan kerjasama Malaysia Airport Holdings Berhad dan KLM Royal Dutch AirlineS.Mana-mana yang nak belanja ibu masing-masing dan berbuka bersama bolehlah tempah awal-awal ye.


Buffet ramadhan di Sama-Sama Hotel KLIA akan bermula pada jam 6 petang sehingga jam 10malam.

Early Bird; RM105, Harga Biasa Rm145.

Pihak hotel juga menyediakan tempahan banquet atau kumpulan bagi 50orang dan ke atas. Bilik jamuan khas akan disediakan bagi memastikan pengunjung dapat berbuka puasa dengan selesa dan lebih intim bersama keluarga, sahabat handai dan rakan perniagaan.

Maklumat lanjut : 
Email : sales@samasanahotels com
+6038787 333

Post a Comment

0 Comments