Lazz Susu Kambing Edisi Omar Hana tarik perhatian anak


Semenjak dalam proses bercerai susu badan dengan Humaira ni,macam-macam cara dan tips Cik Sue buat,tapi masih belum berjaya sepenuhnya mungkin tak cukup bekalan susu alternatif yang dia ambil agaknya.Humaira ni tak minum susu tepung biasa kat kedai yang bancuh kosong,kena campur dengan  serbuk coklat,dah la tak mahu minum dengan botol jenuh la pujuk suruh minum kat cawan tu ha sambil bermain.Tapi jadi masalah pulak bila campur minuman coklat lain dia jadi susah nak membuang,tak pasti la,tak lawas ke sembelit ke,kekadang 2 3 hari baru membuang padahal dari kecil dia jenis membuang paling kurang sekali sehari,risau pula Cik Sue.



Tapiiii kali ni syukur sangat dah jumpa susu yang menjadi kegemaran Humaira,dan memudahkan ibu nak suruh dia minum susu.Mana taknya peminat fanatik Omar Hana ni,pantang dengar lagu atau suara Hana,menag tak bergerak la dia.Ye Lazz Susu Kambing Edisi Omar Hana la,masa order tu sampai je dia dulu yang ambil dan peluk kotak susu,dok "ibu,hana la" ulang-ulang selagi ibu tak layan dia huhuuu....



Sebelum ni dia minum juga susu Lazz tapi kena paksa la,puas bergaduh dulu,tapi yang edisi Omar Hana ni siap kena sorok kotak kalau tak 10 kali sehari dia suruh bancuh,terutama yang perisa coklat tu huhu.Bagusnya bila ada edisi kartun Omar Hana ni,tiap kali nak minum susu mesti dok suruh ibu tadah tangan baca doa,bagus pengaruh Omar Hana ni.Selalu pun memang suka bagi dia tengok kat tv dan youtube dan ikutan doa-doa yang Omar dan Hana nyanyi tu.Tengok la gelagat dia dalam video kat bawah ni : 



minum susu ,mata tgk omar hana hehehe

Alhamdulillah ,sejak minum susu ni,penghadaman Humaira memang lawas,sekali sehari tu memang wajib hahahaha,senang hati ibu ni ha,kalau tak asyik tantrummmm je rupanya payah berak opsss.Satu lagi susu ni kurang gula dan laktose,jadi bila minum malam sebelum tidur takde la dia makin aktif kena "sugar rush" gitu,tidur pun tenang je,dan lama sikit la dari biasa dia bangun nak susu malam-malam.Susu ni tak berbau hamis ye mungkin sebab tu Humaira suka,minah ni cerewet sikit dengan makanan yang berbau.



Kebaikan Susu Lazz untuk anak-anak : 

Masa checkup bulanan Humaira ,doktor dan jururawat pun mencadangkan susu kambing sebagai susu ganti kepada susu ibu kalau nak berhenti susukan anak,sebab ia yang terbaik selepas susu ibu berbandung susu lembu.Jadi Cik Sue memang akan cari susu kambing untuk Humaira,kebetulan pula susu lembu yang pernah cuba dia jadi tak lawas.Lagi pula Lazz Susu Kambing ni orgamilk iaitu 100% oranik , susu premium tanpa GMO , tanpa gula dan mendapat kelulusan nutrisi dari makmal Unipeq UKM



1. Susu Lazz susu dalam bentuk serbuk,tubuh anak-anak mudah menyerap khasiat,mudah di hadam dan mengelakkan sembelit.

2. Susu Lazz  meningkatkan Imunisasi Anak

3. Susu Lazz mempunyai rasa yang sedap dan digemari ramai kanak-kanak ada rasa Asli, Coklat dan Kurma.

4. Naturalnya susu kambing rendah laktose dan gula dari susu lain dan Susu kambing sangat bagus untuk kanak-kanak.

5. Susu Lazz mengandungi tinggi khasiat terutama Vitamin B Kompleks & Zinc yang membantu tingkatkan selera anak anda.

6. Susu kambing Lazz juga  sesuai untuk anak yang punya masalah ekzema.

7. Untuk anak berusia 2 tahun ke atas,sesuai untuk seisi keluarga juga.

Nampaknya awal nak kena restock ni,bukan Humaira je minum,ibu ayah pun sama,terutama ibu la,malam-malam peneman buat kerja,mengurangkan gastrik dan pssssttt lebih mengenyangkan sementara tunggu pagi.

Cara order dan beli 


Pujian untuk pengurusan Lazz ni,Cik Sue suka betul delivery diorang ni,tak payah susah nak cari kat kedai,call je,terus samai depan pintu ye,sediakan duit je.Macam mana nak order? boleh hubungi nombor di bawah atau klik link tu ye.

Tel atau WhatsApp ke 018 2777 290
Web : http://lazz.lazzdelivery.com
FaceBook : LAZZ Susu Kambing
Instagram : LazzSusuKambingHQ

suka sangat dok belek gambar omar hana kat kotak tuheheheh

Post a Comment

6 Comments

  1. wahh,maira.Ada kelazz..minum guna straw yea kamu. Bagus betul Lazz berkolaborasi dengan kartun kesukaan Omar Hana ni,anak-anak pun suka.Mak ayah dah tak perlu susah hati lagi sesi memujuk.Sendiri mintak

    ReplyDelete
  2. guna kartun kegemran, budak-budak mudah tertarik nak minum.
    semoga dipermudahkan proses untuk bercerai susu.

    ReplyDelete
  3. dapnya maira minum tu . lisa pun dlu pernah minum lazz.. time puasa. kenyang

    ReplyDelete
  4. amboi siap tanda best lagi yer...memang sedaplah tu.

    ReplyDelete
  5. wahh ! mairah buat aunty nak minum susu ni jugak lahh

    ReplyDelete
  6. Pandainya anak akak. Siap angkat tangan dengan simbol best. Maksudnya sedaplah minuman yang maira minum..

    ReplyDelete