Resepi Acar Jantung Pisang

Hai korang buat apa tu? Dah makan? lama pulak rasa CikSue tak tempek resepi kat blog,sejak akhir-akhir ni jadi hilang mood nak melayari dunia alam maya ni ,fuhhh ayat hahahaa,ntah la rasa tak de feel dah bukan blog je ,facebook ke insta ke,kekadang update pun kerana terpaksa ,gituuuu tak de jiwa orang kata.Biasa la kan masa berubah dan berjalan,ada masa ok ada masa tak.Cik Sue pun slowkan sikit aktiviti sekarang sebab masalah kesihatan yang tak menentu kejap sihat,baru nak lasak-lasak dah sakit balik,ujian dan teguran dari Allah la tu supaya ingat kat Dia banyak-banyak kan.

Eh panjang lak membebel,korang makan tak sayur kampung Jantung Pisang? ada orang tegur Cik Sue beli jantung pisang katanya macam orang tua-tua makan sayur gini,errrrr orang muda tak leh makan ke? Cik Sue memang gemar sayur-sayur dan ulam-ulam kampung ni,ye la ai kan orang kampung juga,jantung pisang ,pucuk paku pucuk ubi,keladi sedap tauuuu ,kena cari masak bertambah la nasi.

Sejak-sejak ada Humaira ni lagi kerap Cik Sue beli jantung pisang sebab jadi milk booster untuk banyakkan susu badan Cik Sue ni,orang lain tak tahu la tapi dengan Cik Sue memang serasi.Kalau malas selalu celur je cicah budu atau sambal tempoyak tak pun rajin sikit buat kerabu atau teresek menu orang pantai timur goreng campur isi ayam dan rempah kari.Tapi lama-lama jemu la pulak,pastu teringat ma penah buat acar berkuah santan,so Cik Sue cuba la buat senang je rupanya.

Jom tengok resepi Cik Sue nak kongsikan :

Bahan :
1 biji jantung pisang sederhana besar-belah 4 rebus dengan sesudu garam separuh empuk,toskan.
2 sudu besar cili boh atau cili giling
2 sudu cuka putih atau cuka epal
1/2 biji bawang besar hiris
1 kotak santan -200ml
air -sukatan 1 kotak santan 200ml
garam/gula secukup rasa

bahan kisar:
4 ulas bawang putih
2 sudu besar udang kering
1/2 biji bawang besar

Cara : 
-Tumiskan bahan kisar dan cili boh sampai naik minyak.
-Masukkan santan dan air sampai mendidih
-Masukkan jantung pisang dan bawang besar hiris tadi.
-Biar mendidih sekejap dan masukkan cuka ,garam dan gula.
-Gaul sebati dan tutup api.


Ni Cik Sue buat cair sikit kuahnya,kalau nak pekat tambah air sikit je,biar menggelegak sampai pekat santan tu ye.Sedap makan ngan nasi lawankan dengan ikan goreng atau ayam goreng.Tu pun dah cukup bertambah nasinya,makan panas-panas pulakkan.Alhamdulillah menjadi sama macam ma buat walau tak 100%.Bolehlah buat lagi nanti.Cubalah mana tahu kena dengan selera korang kan.

Post a Comment

6 Comments