Pakej Majlis Perkahwinan Jimat dengan Mega Wedding

Zaman sekarang ni rasanya ramai dah tahu kos perkahwinan memang tinggikan untuk buat majlis dan jemput kawan-kawan sudara-mara,lainlah kalau buat akad nikah,goreng mihun ngan air sirap je hehhehehe.Tapi nak lah jugak majlis sanding dan jamu rakan-rakan serta saudara-mara kan? Sebenarnya ada je pakej murah kalau pandai cari.



Sabtu lepas Cik Sue sempat hadiri majlis perkahwinan beramai-ramai di Marina Putrajaya iaitu Mega Wedding 1.0,2018 anjuran www.mahligaiimpian.com  . Majlis bermula sekitar jam 12.30 ke 1 petang dengan menanti ketibaan para pengantin menaiki cruise selepas di akadnikah paginya di Masjid Putra.Meriah sangat tetiba terkenang wedding sendiri heheheheh kalau tau buat kat sini je dulu ecehhhh,dah macam VIP pulak majlis siap naik cruise kan?.Pengantin di turunkan dari cruise di Jeti Marina Putrajaya dan diarak ke pelamin di tepi tasik juga.



Bagaikan putera puteri di arak dengan paluan kompang ke singgahsana wahhhh turun dari cruise lalu karpet merah terbentang terus ke pelamin,dan terus bersanding.Sanak saudara danrakan-rakan mengiringi dan menepung tawar pengantin.Meriah bia berangsung majlis beramai-ramai ni.





Selamat pengatin baru kepada  seramai 8 pasangan diraikan pada 3 Mac lalu di Mega Wedding ini :


-Fauziah Binti Mt Salleh & Mohd Zamri Binti Azmi
-Saiful Uzam Bin Samsuri & Noor Hanida Binti Othman
-Ainaa Ashura Binti Anuar & Mohamad Zaidi Binn Zakaria
-Muhammad Rusyuddin Bin Abd Rahim & Syazana Syairah Binti Jamalidin
-Abdul Qaiyum Bin Md Yusof & Surgawi Binti Haimi
-Nur Shahirah Binti Mohamad Radzi & Muhammad Anas Bin Jamaludin
-Malisa Bt Isa & Ir Muhammad Hafizzudin Bin Hasan
-Amzar Bin Azhar & Aisyah Humairah Elsie Bt Jemat

Lokasi Perkahwinan Ekslusif dan Cantik.

Apa yang Cik Sue perhatikan bestnya melangsungkan perkahwinan dengan pakej murah dan beramai-ramai ni,lokasi di Putrajaya ni sememangnya ramai yang tahu sangat cantik di tepi tasik,sesuai sangat untuk photoshoot gambar-gambar perkahwinan korang.Lokasi majlis pun lapang senang nak susun atur untuk majlis,parking pun mudah tak perlu bersesak-sesak dan sempit.Segala kemudahan dah tersedia.Bila di hias dengan hiasan perkahwinan nampak majlis itu ekslusif sangat.Cik Sue suka dengan lokasi dan susun atur majlis,lapang walau ramai tetamu tak sesak dan sempit.Dengan angin sepoi-sepoi bahasa,nak berarak,bersanding pun nyaman je hehhee.




Menu Simple tapi Sedap.

Hidangan kat majlis ni pun Cik Sue puas hati sangat,ada daging rendang,ayam masak merah,dalca n lain-lain.Walau simple tapi masakannya sedapppp,serius Cik Sue makan bertambah dengan muka tak malunya hahahaha,Mr D pun kata daging rendangnya tu sedap,lembut sangat,kami prang last yang bangun dari meja tu tau hehehhe.Berbaloi sangat dah dengan harga pakej RM7000 ni.




Makan beradap tuk setiap pengantin di sediakan meja masing-masing,ikut nama ye,dengan mak ayah sekali,lepas tu pulak ada majlis potong kek,comel je kek masing-masing,potong serentak pulak tu ramai-ramai,happening sangat hehehhe.Satu lagi Cik Sue suka ruang makan untuk tetamu luas dan ada jarak dengan pelamin dan meja pengantin jadi tak lah sesak nak mencelah ambil gambar semua,mudahkan.Oh ya bagusnya catering diorang Cik Sue prhatikan pantang bekas makanan atau minuman surut sikit mesti tambah terus,baguslah tak payah tetamu tertunggu-tunggu.









Dah habis makan sambil-sambil nak balik tu boleh pulak Mr D singgah kat booth aiskrim la,ada popcorn juga dannnnn yang suka posing-posing tu ada photobooth lagi,bestkan majlis gini.




Okey jom tengok apa yang korang akan dapat bila ambil pakej Mega Wedding ni :

1) 200 pax jemputan untuk setiap pasangan

2) Menu Katering istimewa

3) Live show daripada band terpilih

4) Deejay Jemputan dan PA System

5) “Door Gift” untuk setiap tetamu

6) Videografi dan Fotografi merangkumi seluruh perjalanan acara

7) Liputan khas daripada media

8) Hadiah misteri daripada pelbagai penaja istimewa

9) Cruise istimewa sepanjang Tasik Putrajaya untuk setiap pasangan

10) Pelamin Eksklusif istimewa

11) Pelamin Nikah di dalam Cruise

12) Pengurusan majlis nikah di Masjid Putra, Putrajaya

13) Percuma Kad Kahwin untuk setiap jemputan para pasangan

14) Kek Kahwin untuk semua pasangan

15) Penginapan Hotel satu malam di Shangri-La Putrajaya (5 Bintang)


Haaaa siap checkin hotel Shangri La tu,bestnyaaaa boleh rehat-rehat memadu kasih gitu ewahhhh...oh ya slot seterusnya adalah pada 4 Ogos dan 3 November nanti ,jadi cepat-cepat grab peluang tau,mana nak cari pakej murah dan ekslusif gini kan,haihhhh napa la masa kahwin dulu tak tau benda gini ehhhhh hahahhahaa

Untuk mklumat lanjut korang boleh hubungi mereka seperti maklumat di bawah ye,jangan tunggu-tunggu lagi nanti penuh haaa tengok je la dari jauh hehehhe:

Website : www.mahligaiimpian.com
IG : @mahligaiimpianofficial / @MegaWeddingMalaysia
FB : Mega Wedding Malaysia
Whatssap: http://www.wasap.my/60189634563/MegaWedding


Posing jap,boleh lak tudung sama ngan background hahahaha


Post a Comment

10 Comments

  1. Memang tgh cari pakej nak kawin juga ni kak tapi saynagnya kat putrajayaa . Adoi takpe lah takde rezeki 😭

    ReplyDelete
  2. bestnya .. haha oo means of pakej tu ialah tuk kawen ramai2 la ye .. ingtkan sorang2 haha. dh tu tetamu bnyk mcm mne lak nti

    ReplyDelete
  3. seronok juga perkahwinana besar2 gini kan

    ReplyDelete
  4. hehehehe
    mesti meriah sebab ramai kan pasangan

    ReplyDelete
  5. Bagus jugak buat ramai² camni, jimat kos!

    ReplyDelete
  6. Wowww.. dah la tempat dia cantik, meriahhh pulak tu

    ReplyDelete
  7. Waahhhh kawen ramai2 gitu.. blh laa jimatkan kos..

    ReplyDelete
  8. Bagus sgt pakej mcm ni.jimat pun jimat. plus wedding eksklusif la juga tu kan...

    ReplyDelete