Merasa jugak akhirnya....

Buah apa yang paling mahal sekarang? haaaa semua pun tahu Raja Buah la en Durian hehehhe.Sejak-sejak durian kebun abah dah tak de,kena sodok nak buat jalan raya baru kami tak dapat dah nak merasa durian kebun sendiri,yang kat tepi Sungai Pahang pun dah tak berbuah,pokok daah,pokok berpuluh tahun tak de hasil dah,nak ke pokok pun dah tak lepas dah jadi utan belantara,sebab bukan tanah bergeran,abah pun dah tak larat sekarang nak sibuk pokok buah-buah ni.Jadi nak makan anak beranak pun sila la beli huhuhuuuu.

Sejak 4 5 tahun ni buah ni naik harga giler-giler betul kan,dengan jual timbang kilonya ,harga pulak tak munasabah kadang-kadang,salah siapakah itu sampai orang tempatan pun tak merasa dah? eh macam ayat berita tv lak hahhahah.Tapi betul la kesian rakyat-rakyat biasa ni tau,tak merasa la yang tak berduit tu.Cik Sue ni kalau durian mentah atau makan saja-saja tak beria makannya kecuali buh dalam budu wat tempoyak,makan ngan pulut tau buat kuah durian haaaa laju la sikit makannya.Tapi Mr D memang suka,boleh tahan gak la mamat ni punya hantu durian tu hehehhe,tahun 2017 dari awal tahun gak la mencari tapi kalau harga kat area KL,Putrajaya dan Dengkil tak mampu la kami,semua rm20++ ke atas sekilo huhuuuu mampu tengok je la,kalau ada yang belas-belas pun tak sempat ,pergi-pegi nak beli dah licin huhuuu.Alhamdulillah balik dari Hot Spring baru ni dapat jugak merasa durian di hujung-hujung tahun,penutup katanya tu pun dah nak habis musim orang kata.


Mulanya dah plan nak ke kebun sorang kawan,tapi katanya dah ada orang borong habis licin kata dia,tak de rezki kami,dan dia cadangkan suruh balik KL lalu jalan dalam jangan ikut highway ikut jalan Tanjung Malim -Slim River.Jadi kami cuba la,dah tawakal je dan letak bajet kalau rm10 sekilo ke bawah baru beli kalau tak tak payah la.Tepi-tepi jalan memang banyak je yang menjual,2 3 kali juga berhenti tanya harga ,oh ya kami cari durian kampung sebab Cik Sue tak suka Musang King ke xoxo ke D24 ke,memang tak nak,memang cari durian kampung je.Dekat hujung-hujung Tanjung Malim nak masuk Kuala Kubu dah akhirnya ternampak signboard RM10 sekilo terus ajak Mr D berhenti,rezeki kami duriannya memang elok,abang yang menjual tu pun baik hati siap bagi diskaun lagi CikSue amik 3 biji dalam RM45 ,dapat lak merasa durian tembaga yang berbuah 2 kali je katanya,Alhamdulillahhhh cukup la nak rasa je bukan nak makan sebakul pun kikiki.


Duriannya elok,walau tak first class orang kata tapi ok la,katanya kebun sendiri,jual sebab tak habis makan anak beranak.Betul-betul durian kampung terasa kemanisan dan lemaknya,Cik Sue jenis suka buah yang kecik-kecik tu.Isinya pulak yang tak rasa kelat-kelat,nak yang betul-betul manis dan tak kuat gas.Eh cerewet plak gayanya hahahhaha tak de la ,Cik Sue memang tak minat durian yang kelat-kelat atau banyak gas macam durian Musang King apa semua tu.Sebab dulu-dulu zaman ada kebun memang durian kampung tak de kahwin-kahwin ni hehhee.



Oh ya ,kami cekah dan makan kat gerai tu terus sebab Mr D memang takkan bagi bawa masuk durian sebiji-sebiji dalam keta dia hahahhaha pengalaman telah membuatkan kami serik,bertahun oiiii nak hilang bau kat Viva Cik Sue dulu,nak muntah hijau rasa hahhaha.Tapi tak habis pun 3 biji tu,last-last amik isi tapu dalam tupperware je,sib baik Cik Sue memang suka bawa bekal bila berjalan,tapi abang tu pun ada sediakan bekas.


Tercapai juga hasrat Mr D nak makan dia,dia je yang teruja dan teringin sangat,dari masa Cik sue mengandungkan Humaira lagi,sanggup malam-malam puisng cari gerai durian,kenangan laki mengidam.Isi yang tapau tu bawa balik dapat la Cik Sue buh dalam budu dan buat kuah serawa durian sekali makan.Syukurrr Alhamdulillah rezeki kami ,dapat juga,pasni balik rumah dok diam-diam kat sini durian mahal.

p/s :
Rindu nak kutip durian kat kebun macam masa arwah mek (nenek) dan ayah(datuk) ada dulu.



Post a Comment

10 Comments

  1. sana sini durian, terngiang-ngiang semerbak harum durian hehe. Anim pun teringin nak makan tapi semuanya jual pakai timbang kilo ... haihhh

    ReplyDelete
  2. raja buah.Memang hot..harga pun standard raja.Huhuhu.. kita makan tempoyak aje.kikiki..

    ReplyDelete
  3. Memang mahal dah sekarang. berhuhuhu je lah tengok durian tu.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, saya dan keluarga dah merasa buah durian masa musim baru2 ni. Tak beli, semuanya dapat percuma pemberian kawan-kawan dan juga sanak sedara.

    ReplyDelete
  5. salam..
    uii sedapnyaa duyannn >,<

    ReplyDelete
  6. murahla kalau harga gitu..sekarang susah nk dapat yang murah.. makin mahal harga buah durian ni

    ReplyDelete
  7. Mahal nya sekarang , rm10 jarang jmpa .. dekat rumah pun rm15 skilo , beli dua biji je 🤣

    ReplyDelete
  8. Durian mmg mahal kan Cik Sue. Tgk harga terus hilang minat nak beli walaupun GV pun teringin nak makan. Oh, GV follow blog Cik Sue ya. Hihi. :)

    ReplyDelete
  9. durian musim kali ni mahai bebeno rasanya.. tapi tingin yang amat adeh..

    ReplyDelete