Sate Sedap di Sungai Merab,Bangi : Pilihan No 1 Cik Sue


Sapa peminat sate? Sayaaaa hehheehe memang kegemaran Cik Sue la menu ni,pantang nampak atau ada kat mana-mana kedai makan,mesti nak cuba,dapat secucuk dua pun jadi la hehhehe.Dulu-dulu tahu ada sate daging,sate ayam je,sekarang makin tua jauh merantau bertambah pengetahuan tentang sate,ewahhhh.Dah tahu ada sate kambing,arnab,rusa,tulang,sate ikan (lokching),sate minang (kuah lemak) sate perut haaa macam-macam jenis lagi.


Tinggal di kawasan berdekatan Kajang memang terkenal la dengan sate ni,tapi kena pandai juga cari 
mana kedai dan penjual yang sedap satenya.Sejak-sejak dok sini Cik Sue ngan Mr D memang suka mencuba macam-macam kedai dari Kajang,Bangi,Sepang eh sampai mana-mana je la pun,semua nak cuba hehehee.

Kalau kat area Sungai Merab ,Bangi ni berdekatan Gate One (Pintu Masuk Putrajaya ikut Inspens) Cik Sue suka makan kat RnR De Bazli berhadapan Ramai Seafood ,sebelah Mz Catering.Dari zaman bujang lagi suka lepak makan sate sini selain boleh order minum dan makan menu lain di kedai Bazli ni,Sate Hakimi kat sini kiosk je menumpang kedai Bazli ni.




Rasa Sate Yang Sedap.

Cik Sue suka sate sini,rasa perapan dagingnya terasa rempah-ratusnya.Saiz satenya pun agak besar sikit dari tempat lain.Daging dan ayamnya pun lembut dari tempat lain.Harga pun masih berpatutan dari tempat lain.

Sate Hakimi ni Cik Sue pernah order untuk raya,order yang mentah bawa balik bakar kat rumah masa raya.Siap bawa balik Pahang lagi,family pun suka,bakar ramai-ramai masa raya.Kuah kacang pun boleh order yang dah siap,balik panaskan je.



Korang kalau lalu atau datang kawasan sini bolehlah singgah cuba sate Hakimi,Insya Allah puas hati.Oh ya dulu Cik Sue suka makan sate dekat area masjid Teras Jernang,ada gerai jual mee rebus mee jawa sebelah taman permainan.




Post a Comment

5 Comments

  1. Kalau balik kampung wajib singgah sate samuri. Nak try tmpat lain takut tak best. Boleh try sini pulak laa nanti.

    ReplyDelete
  2. sedapnye sate.. feveret e'in nie..

    ReplyDelete
  3. Mmmm... Terliur lak nengoknya. Dah lama gak tak pekena satay.

    ReplyDelete