Bila mak mertua ajak berjalan.

Konon balik rumah mak mertua nak rehat,cuti 3 hari kan,memang rehat la tak yah sibuk ngan kerja rumah macam-macam.Rumah mak ni tak banyak benda nak buat sebab mak dok berdua je dengan bapak,kekadang tak masak pun Sg Buloh ni bidang jualan makanan pesat membangun hampir setiap hari ada kedai baru bukak,sebut je nak makan apa,start keta pi pusing, macam-macam ada sikit lagi jadi macam Kg Baru Kuala Lumpur dah.Kekadang kalau ramai nak balik baru la mak ajak masak tapi sesimple yang boleh sebab perangai abang-abang ipar pun suka tapau atau masak makanan dan bawa balik sini makan ramai-ramai.So bila balik sini Cik Sue akan cuti masak atau buat kerja rumah,heaven woooo hahahha.

Masalahnya satu je kalau balik sini adaaaaaa je plan nak keluar,nak beli barang itu la,nak beli barang ini la,nak gi kedai rm2 la nak gi NSK la,konon lebih murah la macam-macam hhahaha.Alasan je semua tu hahahhaa nak berjalan je sebenarnya,pastu kalau jumpa kedai makan best-best bolehlah cuba hehehhe.

muka happy boleh jalan-jalan

Kisahnya pagi Ahad semalam,Cik Sue bangun lambat sebab migrain teruk,dah siap mandi ,sarapan,uruskan anak semua,jenguk mak kat dapur,rupanya dia nak buat kari ayam,bapak nak makan ,kebetulan abang ipar dan familynya nak balik sini jugak.Cik Sue pun terus la tolong apa yang patut tak susah pun bahan semua dah siap tolong masak je sebab mak tak larat nak berdiri lama.Dok borak-borak kat dapur kuar la cite ikan sekarang mahal,ayam je la pilihan yang murah sikit,ikan kembung pun dah mahal.

Sekali mak kata " eh sue jom kita cari ikan segar kat Kuala Selangor" tapi kita dah masak ni mak,eh tak pe la makan dulu ,beli ikan nak buat stok.Haaaaa gile ko tak nak ikut? mak ajak dia yang sponsor semua pakai keta dia pakai tngo tol dia punya hahahhahah hampeh punya menantu,terus bagitau en suami,Mr D mulanya liat gak,terus Cik Sue bagi ayat mati air,sian mak,sementara kita free ni bawa je la dia nak jalan-jalan tu,haaaaaaa baik takkkkk menantu bongsu ni hahahahahha....

belum separuh jalan dah lena,sebab kenyang lepas makan.

Dannnnnn tahu-tahu pukul 12.30 tengahari kami dah on the way ke Kuala Selangor menuju ke Pasar Pasir Penambang ehehhehe,pantas tau kikiki,Humaira pun bukan main seronok dia dapat jalan-jalan.Sampai kat pasar ramai juga orang,pelik gak ,pastu baru teringat esok kan Krismas,cuti umum dan situ kawasan Cina dan India diorang datang beli stok la nak masak-masak tuk hari raya diorang,pusing punya pusing blur jugak tak tahu nak beli apa,teringat lama tak makan sup ikan merah,terus usha ikan merah jumpa yang RM35 sekilo kat satu kedai ada yang lagi mahal.kebetulan mak pun nak jugak,bei terus dua ekor setiap sekor RM23,tak sampai sekilo la sekor,cukup la makan berdua je pun.Teringin seafood segar-segar teringin pulak tapi dok fikir-fikir juga nak masak apa,dannnnnn sempat lagi on phone cari resepi yang sedap-sedap,terus teringat kerabu kerang,zasssss terus beli 2 kilo RM8 sekilo,ada je yang besar sikit RM14 sekilo tapi seram lak tengok kerang besar takut isi liat hehehhe.


Dah selesai membeli,perut dah lapar la pulak,kat rumah tadi sarapa je dulu.Terus mak ajak ke Warung Soto Pasir Penambang ,sayangggggnyaaaa tutup la pulakkkkk huhuhuuu terus la kami ke depan sikit masuk je la ke Mee Udang Banjir Pasir Penambang,Alhamdulillahhh tak kecewa ,boleh tahan juga makanannya.Lain kali lalu boleh singgah lagi ni,udang galahnya segar terasa kemanisannya,bukan mee je ada ,nasi putih dengan lauk-pauk dan ikan bakar pun ada,Char Kuey Tiaw pun ada.

Ni Cik Sue order ,Nasi Goreng Udang Galah Sederhana Rm17.50 ada 4 ekor udang galah.

Ni Char Kuey Tiaw Udang Galah Sederhana untuk Mr D Rm17.50 juga

Ni pulak Mee Udang Banjir udang biasa mak order Rm 12.00 banyak pulak udang dia.
kemain dak kecik tu,dia dah okey bergaul dengan orang seronok dia.


 Ramai juga yang singgah restoran ni,kebanyakan dengan family la maybe dalam perjalanan balik kampung atau bercuti mungkin.Kami makan cepat-cepat sebab nak kejar balik takut busuk pulak ikan yang di beli.

Sampai rumah dalam 630 petang,berkejar solat Asar terus ke dapur bersihkan dan simpan ikan-ikan tadi dan kerjakan kerang Cik Sue beli.Alhamdulillah mood Humaira baik sangat elok je main sorang depan tv,suh ayahnya tengokkan,alih-alih ayahnya yang belayar ke lautan mimpi,anak tetap main sorang-sorang hahhahaha...


Maka siaplah kerabu kerang ala thai Cik Sue,kawankan dengan kari ayam yang masak sebelum pergi tadi,kebetulan biras bawa lauk masak lemak dan ayam sambal,haaaa meriah kau lauk pauk dinner kitaorang malam ni.


Alhamdulillahhhh,kali pertama buat kerabu kerang menjadi,mak mertua puji oiii siap mintak resepi hahahha,anak2 buah dan abang ipar menambah nasi di buatnya,siap ratah lagi,biras je tak makan alergik katanya.

P/s :
Mesti ada yang kata bestnyaaa Cik Sue dapat mertua baik dan rapat ngan mak mertua,boleh ngam orang kata.Sebenarnya kunci kat kita sendiri dalam hubungan menantu ngan mertua ni.Cik Sue ingat dan amalkan pesan ma abah je,anggaplah mertua tu mak ayah kandung,berikan dia hak yang sama kasih sayang yang sama,tacing sikit2 jangan dok simpan dalam hati,kena tegur kena perli,sedih kecewa time tu je jangan simpan,layan macam mak ayah sendiri,dengan harapan menantu2 ma dan abah akan layan diorang dengan baik juga.Ada je benda yang kekadang Cik Sue kecik hati dan terasa tapi ingat  satu je,kita pun akan tua juga nanti,tak tahu lagi Allah nak uji kita berperangai macam mana,lagipun mertua tu dan berusia,masa yang tinggal dah tak lama,maafkan  je la,kekadang orang tua ni dia berbalik perangai macam budak kecik semula,so kita yang masih muda ni tak payah nak tacing beria,lapangkan dada,terima seadanya selagi tak memudaratkan ye.Itu  yang Cik Sue amalkan,berhemah dengan orang tua,tegur ada cara,setiap cara ada adab,belajar.

Post a Comment

5 Comments

  1. kecurnya tengok udang galah tu sueeeee...Allah..teringin nak makan! nak cari!

    ReplyDelete
  2. sedap sedap makanan ni..esp kerabu kerang...menggiurkan betul lahh

    ReplyDelete
  3. humaira pandai posing dah . hahaha..

    ok la berjalan dengan mak mertua kan . Lisa ni walaupun jauh mak mertua ( eh bakal ) hahaha pon selalu tukar2 bumbu or pes masakan .. hahaha. nti dah kawen boleh la ajak pi kt tmpt jual ikan yang fresh2 ... ritu hatibatu ada bgtau tempat port jual ikan murah dan fresh..

    ReplyDelete
  4. Sedap yer tengok udang besar2 tu sue... haish, rasa nk g pasar cari udang fresh ni.

    ReplyDelete