Dah tak cinta ke?


Suami : Sejak-sejak dah ada anak ni dah lama awak tak tanya soklan "awak sayang saya tak? " kat saya setiap hari,kalau dulu tiap-tiap hari.Awak dah tak sayang ke? tak cinta ke?

Isteri : Setiap hari saya dah dapat jawapan sebelum saya bukak mulut untuk bertanya soalan itu.

Suami : maksudnya?

Isteri : Setiap kali awak bantu jemurkan kain,saya tahu awak sayang dan cintakan saya.
Setiap kali awak urut kaki saya,saya dapat jawapannya,Setiap kali awak tolong sapu dan mop lantai,setiap kali awak basuh pinggan,setiap kali awak tolong uruskan anak.Setiap kali awak buat semua yang meringankan beban saya,yang tak mampu saya buat.Semua jawapan saya dapat dari situ.Terima kasih kerana terus sayang dan cintaan saya.

*bukan kisah Cik Sue :P

Ramai yg mempertikaikan mengenai hak yg tak diperolehi hingga lupa dengan segala tanggungjawab yg perlu dilaksanakan. Ada tikanya, hak yg wajib kita perolehi dibekukan sementara oleh-Nya kerana kegagalan kita melaksanakan hak yg wajib sama ada kepada sesama manusia atau kepada-Nya.

Sesungguhnya...kita mempunyai tanggungjawab bukan sahaja kepada manusia tetapi juga kepada Allah SWT - tanggungjawab untuk melaksanakan segala perintah-Nya, meninggalkan segala larangan-Nya, membantu menyampaikan kebenaran malah membanteras kemungkaran. Tertunaikah? Sedangkan Dia telah memberi kita segala macam nikmat hidup di dunia? Jom sama2 koreksi diri...!


Dari Puan Suzana Ghazali.

Jalankanlah tanggungjawab kota Insya Allah hak kita akan dapat,ini bukan saja dalam hubungan suami isteri malah persabahatan,pekerjaan dan semua perhubunganlah.Jalankan dulu apa tugas yang di beri,dan kita akan dapat hak dan kepunyaan kita semula.

Post a Comment

7 Comments

  1. cheih sis igt abg eddy seromantik itu.. haha

    ReplyDelete
  2. Rasa nya kadang² sampai satu tahap, kuasa renungan, sentuhan dan naluri keperihatinan memberi maksud lebih dari seungkap kata².

    ReplyDelete
  3. Hubungan suami isteri ni memang banyak yang kena give and take. Baru aman makmur rumahtangga. Sayang menyayang hingga ke syurga

    ReplyDelete
  4. thanks ingatan utk diri sendiri :)

    ReplyDelete