Bila Humaira buat ibu panik.

First time dalam umur dia sehingga hampir setahun ni dia cedera sampai berdarah-darah macam ni,sebelum ni jatuh ke tersungkur ke tak kuat dan tak de la berdarah-darah.Kali ini ibu yang lebih nangis,panik sebenarnya,kelam kabut tak tahu nak buat apa,bila darah mengalir tak berhenti huhuuuuu.Dah la rumah tak de kotak kecemasan/first aid,huhuuuu kelam kabut mana letak kapas mana letak krim/minyak segala,adoiiiii....baru la terfikir penting juga ada first aid kat rumah ni.


Tengokla tu terbonyok dah bibirnya macam Angelina Jolie huhuuu.Macam mana boleh kena? Tengah mandi nak pegang dia nak,lengan ibu silang bawah ketiak,sekali dia menggelupur nak amik apa ntah licin kaki tersungkur kena la bucu simen ,apa lagi,darah tak berhenti la huhuuu,meraung macam apa dah dia,ibu yang elok tenang sekali tengok darah mengalir terus panik,habis kain napkin sehelai lap-lap tak mahu berhenti.Terus bungkus ngan tuala,tekap tempat luka dan baringkan dalam bilik.Alhamdulillah tak laju dah darahnya mengalir keluar.


Humaira?? 5 minit je nangis meraung,pastu gelak dah adoiiiii la anak,yang ibu ni dah teresak-esak dah cam mana nak buat ni.Beranikan diri call ayah,sib baik tak sakit jantung ayah kamu tau Humaira.Terus dia tanya kawan-kawan opis aka kawan-kawan ibu juga hehehhe cam mana nak buat sebab ibu dah blur tak tahu nak capai apa.Dah tenang sikit ibu wasap juga grup blogger,last-last nampak dia ok periksa kecederaan lain ,diorang semua kata tak perlu gi klinik.Keringkan darah dan letak minyak atau krim je dulu.Kalau bengkak melarat baru bawa ke klinik.


Dah pakai baju semua,letak minyak gamat je tu pun jenuh larang dia,dia nak jilat-jilat huhuu,siap gelak-gelak lagi tau.Haiiiii la anak,lasak benar la awak ni,ibu yang takut tau tak.Alhamdulillah la lepas 2 3 hari tak de bengkak sangat dah,luka pun dah kering dan kulit yang koyak tu pun dah bercantum.Allahuuuuu dia aktif sangat ni kalau irang tengok jangan kata ibu dera awak sudah la.
Jangan la cedera-cedera lagi Humaira,sian ibu kelam kabut tau.

Ayah,lepas ni kena ada first aid la kat rumah,kena lengkap untuk kecemasan.Kata kawan-kawan jangan risau anak nak lasak macam tu la,cuma kena pantau je jangan sampai kecederaan teruk,jatuh-jatuh luka sikit-sikit tu dia nak belajar hidup katanya.Huhuuuuu ibu ni nampak je garang tapi hati tisu,sobs sobs.

p/s-Orang kata anak aktif ni anak bijak,Aminnnnnn moga awak membesar jadi anak solehah,dan bijak pandai ye.

Post a Comment

7 Comments

  1. sama mcm little boy ritu pun darah gak . tp bibir tengah . terhantuk rasanya .. lupa. iyala main dengan budak2 lain . huhu... i fell u kak sue. hehee. semoga mira besar dengan bijakk yaaa

    ReplyDelete
  2. ahahahahaha...humaira2 bertuah la awak ni

    ReplyDelete
  3. kesian humaira.. tu baru sikit kan humaira..jaga2 ibu..hihii

    ReplyDelete
  4. cemasnya mama baca.semoga takde apa2 pd humaira dan semoga dia cepat sihat

    ReplyDelete
  5. Minyak gamat kena sentiasa ada.. hehe.. sy smpai skrg klu drh pn menggelabah gak..

    ReplyDelete
  6. dah start melasak ibu, kena perhati btul2..hehee..

    ReplyDelete