Layan selera di Festival Makanan Thai Putrajaya Oktober 2017

Thai Food Festival Putrajaya 

Ahad lepas balik dari kenduri,sempat singgah ke Festival Makanan Thai di Putrajaya ,lokasinya di belakang Istana Kehakiman Presint 3,di kawasan letak kereta bersebelahan tapak pasar tani Putrajaya berlangsung dari 29 September 2017 hingga 8 Oktober 2017.Semua gara-gara Cik Long Fiza Fantagiro la malam-malam buta sabtu tu wasap bagitau ada jual-jual makanan Thai,Cik Sue kan #ciksuesukamakan ,tak kan la nak tengok or lalu saja kan hehhehehe bodek Mr D la ajak singgah ,alang-alang penat dan sampai rumah malas masak jadi singgah tapau la.


Walau tak semeriah event yang lepas kat Presint Diplomatik dulu tapi tetap ada la makanan wajib macam kerabu megu,kerbu suhun,kerabu kaki ayam,nasi khomok,pau,dimsum,tomyam,macam-macam street food ala Thai seperti Ais Krim Kelapa,Somtam dan banyak lagi lah.






Harga macam biasa la ,boleh tahan tapi ok je sebab sedap dan bukan selalu boleh dapatkan yang original macam ni.

Makanan Thai pemikat selera

Cik Sue memang peminat la ThaiFood ni,sebab sedap dan kena dengan tekak,maklumlah orang pantai timur dah terbiasa.Nak tengok apa yang Cik Sue sempat memborong tuk perut ni,jom.


Aiskrim Kelapa Rm8
Ada jagung,aiskrim kelapa,isi kelapa muda,
Susu cair,pulut hijau,buah kabung kalau tak silap.Sedappp makan terus,kalau tunggu dia cair dah tak sedap.


Mhiang Kham Rm5
Satu kedai ni je jual tu pun sikit je 2 3 bekas,ini adalah daun kaduk ye,makan dengan bahan2 hiris serta sos khas.
Ada kacang tanah,limau nipis,kelapa goreng,cili,bawang.Masukkan dalam kelongsong daun,lipat,cicah sos dan masuk mulut,sedappppp.


Kerabu megi Rm7
Kerabu Kaki ayam rm7
Nasi Khomok (Nasi ayam thai) rm7
Teh Ais Cincau Shark rm4

Haaa tu je la yang sempat tapau Ahad lepas,ingat nak pi lagi,try benda lain pulak hehehehe.Sempat lagi ni kalau nak terjah,Festival ni sampai 8 oktober ni tau.







Post a Comment

4 Comments

  1. jalan2 cari makan, senak perut kalau ada banyak makanan macam ni kan sue?

    ReplyDelete
  2. dkna tak pernah singgah festival ni huhuu

    ReplyDelete
  3. kalau dah namnya makanan thailand..memang meriah dengan makanan

    ReplyDelete
  4. meriah!!!
    tapi aida x pernah dpt gi thai food fest ni tau.
    hmmmm masa kat melaka tu, ramai opismet gi.
    kata nyer mahal, sue. btol ker?
    memana yg anak ramai tu, agak terkilan. sebab mahal.
    tak dpt spend byk sgt. rasa tu skit. rasa ni skit...

    ReplyDelete