Cawangan Baru Butik/Kedai Produk Himalaya Wellness di Sunway Pyramid.

Hai korang semua,kali ni Cik Sue nak cerita dengan korang dengan produk yang Cik Sue baru jatuh cinta ni.Eh Cik Sue dah cuba tau sebab tu berani cakap produk ni ok dan bagus.Sampai sekarang pun masih amalkan.Bleh baca kat SINI ye.

Eh lupa lak nak bagitahu,Produk Himalaya ni ha Cik Sue nak kongsi dengan korang,lepas amalkan Shatavari tu ,terus rasa nak cuba lagi produk-produk bawah jenama Himalaya ni.Jadi ajak la Mr D terjah Sunway Pyramid hari tu,sambil nak ke kenduri kahwin kawan dia ,kebetulan lalu situ terus la singgah.Cik Sue nak cari produk penjagaan kulit tuk Humaira,sebab tahu produk Himalaya ni 100% herba,malah halal lagi.Mesti la nak yang terbaik untk anakkan? sebolehnya yang kurang bahan kimia.

Tak susah nak cari kedai Himalaya kat Sunway Pyramid ni,terletak di Aras Lower Ground (LG) bersebelahan dengan farmasi Caring berdekatan dengan pintu masuk ke Sunway Lagoon dari dalam mall itu,dengan papan tanda yang besar dan jelas memang senang nak cari.



Produk yang lengkap dan pelbagai

Haaa nampak tak kedainya bersih kemas sangat,susun atur produk pun menarik,memudahkan pelanggan nak pilih barang.Produk yang ada kat sini lengkap dari hujung rambut hingga hujung kaki.
Dari penjagaan rambut,kulit,badan,kesihatan dalaman hinggalah ke kuku,semua ada termasuk untuk semua peringkat umur dari bayi sampailah yang dewasa.Senangkan datang je sini,Insya Allah ada apa yang korang inginkan.

Ada produk untuk kegunaan luaran seperti syampu,ubat gigi,losyen,mandian dan ada juga untuk dalaman seperti supplement herba untuk di makan,malah untuk kesihatan pelbagai peringkat umur juga.



Satu lagi yang buat Cik Sue teruja bila masuk kedai Himalaya ni,Cik Sue nampak produk Surya Malaysia,iaitu Cuka Epal Madu atau ACV yang Cik Sue memang amalkan,korang boleh baca kat SINI ye testimoni Cik Sue,ni pun dah amalkan sampai sekarang dah 3 botol habis,memang sesuai.
Senang bagi Cik Sue nak beli produk ni semua datang je satu kedai jimat masa,korang juga boleh dapatkan produk ACV Surya Malaysia ni kat kedai Himalaya cawangan Mydin USJ, dan Setapak Sentral je tau.Kedai Himalaya lain tak de.

Pusing punya pusing Cik Sue dapat juga apa yang di cari ,balm untuk selsema Humaira dan mandian dari daun semambu untuk kulit dia yang gatal-gatal asyik garu-garu tu.Cik Sue pulak beli topup supplement Shatavari ,yang stok kat rumah dah nak habis jadi kita tambah la,untuk Mr D pulak Ci Sue beli mandian dewasa dari daun semambu jugak tuk hilangkan jerawat kat badan,Alhamdulillah tak mahal pun,harga berpatutan,malah banyak diskaun dan jualan murah lagi.

Mandian untuk Mr D 

Balm selsema Humaira

Supplement Shatavari tuk ibu

produk untuk bayi

produk untuk bayi

Satu lagi tarikan yang buat Cik Sue suka beli barang dan produk kat sini adalah pembantu jualan kat kedai ni mesra ,peramah dan berpengetahuan dalam menerangkan tentang produk yang di jual mereka.Mudahlah kalau nak tanya pendapat atau apa-apa yang berkaiatan dengan produk derta kesesuaian dengan keadaan serta masalah kita.

Keahlian Himalaya Wellness


Oh ya,masa nak bayar tu dapat la info dari cashier kedai pasal macam mana nak jadi ahli produk Himalaya ni,macam keahlian la ,ada keistimewaan bila beli barang.Senang je,dengan pembelian RM100 dalam satu resit automatik dah menjadi ahli.Keistimewaannya setiap pembelian RM100 akan dapat rebet tunai RM10 dan diskaun 15% untuk setiap kali pembelian.Dan keahlian ni boleh guna di semua kedai / outlet dan butik Himalaya Wellness.Menarik kan?


Nah kat atas ni Cik Sue ada rakam sikit video masa kat kedai Himalaya ni,korang tengoklah lebih jelas sikit macam mana kedainya.

Kalau nak maklumat lanjut lagi korang boleh layari :

Facebook : www.facebook.com/HimalayaHealthcareMalaysia/
Instagram : www.instagram.com/himalayaMalaysia/

#HimalayaMalaysia #himalayamalaysiaboutique

p/s :
Jom guna produk yang lebih mesra alam dan selamat.

Post a Comment

10 Comments

  1. hai sue. lama aida tak landing sini....

    wah. ada ramai jugak blogger post entri pasal produk himalaya ni.
    and... wow, lama sungguh aida tak jejak kaki ke sunway pyramid, sue.
    rindu dgn kepala singa mesir tu :)

    ReplyDelete
  2. lisa dah suka dengan lip balm dia. best oo

    ReplyDelete
  3. Macam-macam pilihan ada ya Sue, senang nak cari semua ada dalam satu kedai..

    ReplyDelete
  4. macam-macam ada disinikan...xtau nak beli yang...hihihi

    ReplyDelete
  5. rasa macam nak je try semua huhu semua produk best2

    ReplyDelete
  6. Produk Himalaya memang mesra alam. Bagus guna sebab tak ada bahan kimia

    ReplyDelete
  7. Produk Himalaya harganya berpatutan. Boleh beli dan mampu milik.

    ReplyDelete
  8. Mcm2 de kan kt Himalaya ni..Beli dr butik lgi jimat sebenarnya..

    ReplyDelete
  9. Wah seronok tengok gambar..cun cun hehehe.. produk himalaya mmg best..

    ReplyDelete
  10. Finally, there is the walking meditation, which is a more extensive form of meditation than what is the normal practice. http://tubhq.com/review/bestway-saluspa-miami

    ReplyDelete