Korang pakai pewangi ketiak apa eh? opssss sibuk je Cik Sue tanya pasal ketiak orang hahahaha,tak de la,cuma nak share penjagaan kulit ketiak dan kebersihan kawasan tu pun penting juga.Cik Sue suka pakai nivea dari zaman sekolah lagi,dari pakai yang roll-on sampai yang spray.Last hari tu pakai Nivea Pearl tuk wanita tu,tapi baru-baru ni tengok ada produk baru iaitu Nivea Protect & Care Deodorant.

Cik Sue pun sibuk la nak cuba sebab berkenan warna biru ,ehhh tak la tapi sebab kebaikan yang di beri la.Deodoran ni di perkaya dengan esen krim Nivea ia mewangikan dan menjaga permukaan kulit bawah ketiak tu,terutama yang kerap bercukur.Ia melembutkan ,melicinkan dan menjaga kulit sehingga 48 jam,jadi kita akan rasa segar sepanjang hari.Cik Sue pun telah mencubanya,dan mula menyukainya haaaa pasni memang beli yang biru ni la.


"Di Nivea,kami percaya bahwa penjagaan kulit dapat melindungi dan menjaga kulit pada seluruh badan anda termasuk bahagian bawah lengan.Dalam kehidupan seharian yang sibuk,kita sering mengabaikan perkara kecil seperti kerosakan kuit yang di sebabkan oleh mencukur dan mencabut bulu bawah lengan.Bahagian bawah lengan kita memerlukan penjagaan yang teliti,oleh itu deodoran Protect & Care Nivea menawarkan perlindungan dan penjagaan bagi memenuhi keperluan kita pada kulit bawah lengan" Haaa itu la kata-kata Ng Hock Guan,Pengurus Negara Beiersdorf Malaysia dan Singapura.

Jom korang dapatkan produk baru Nivea ni,berbaloi,korang boleh dapatkan di pasaraya dan kedai berhampiran ye.


Nivea Care Run

Oh ya,Nivea ada menganjurkan acara larian sejauh 5 kilometer yang akan berlangsung di Presint 6,Putrajaya pada 29 Oktober 2017 (Ahad) nanti.Selain larian ada juga aktiviti pendidikan untuk tingatkan kesedaran penjagaan kulit.Ada kit larian yang mengandungi produk Nivea juga tau,ada cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah.Jom la sertai korang,Cik Sue pun dah daftar.Alaa fun run ni suka-suka je,boleh beriadah bersama keluarga.



Di samping tu yuran penyertaan juga di sumbangkan kepada Yayasan Budi Penyayang Malaysia iaitu badan amal.Dannn ada artis-artis terkenal juga tau macam Sit Saleha,Nadia Heng dan Fiqrie.




Jom la sertai larian ni,beriadah bersama keluarga di hari minggu.

Maklumat lanjut bolek klik link kat bawah ni ye :

www.facebook.com/mynivea
www.niveacarerun.com.my