Resepi Meatball Cheese Caserole

Tiba-tiba malam tadi Cik Sue terajin pulak,padahal dapur tunggang-langgang tengah repair pintu la,jubin la.Jadi masak yang senang-senang je la,tak mau makan nasi.Kebetulan dok skroll dalam Pinterest jumpa resepi mudah ni,bahan ada,jadi marilah kita cuba.Meatball Cheese Caserole ni meatball dengan sos tuk spageti tu je tambah keju dan masak dalam mangkuk kaserol yang boleh masuk oven tu terus.Tapi kalau tak de korang guna je loyang,alaaaa kita buat dia kannnn heheheh.


Jom kita tegok resepinya,mudah je,campak-campak je orang kata.Bahan pun semua mudah.


Bahan :
Meatball dalam 15 biji
Mushroom dalam tin Cik Sue hiris nipis dalam 10 biji
Brokoli hiris-hiris juga
Sos spageti Kimball 1 botol
sedikit parsley kering
Cheddar cheese atau ikut korang la apa cheese yang korang suka.


Ok meh Cik Sue tunjuk cara nya ,sangat la senang.

1. Susunkan meatball dalam mangkuk kaserol atau loyang,susun tindih-tindih sikit pun ok.


2. Pastu korang tuang sos spageti tu,dan lapiskan dengan mushroom serta brokoli.Pastu lapiskan sekali lagi sos spageti tu lagi.


3. Akhir sekali taburkan keju/cheese kegemaran korang kat atas sekali.Kalau suka tabur je la banyak-banyak hehhehe.


4. Masukkan dalam oven bakar dengan suhu 170 darjah selama 25 minit,biar sejuk dan boleh hidangkan dengan roti,pasta atau mee.


Alhamdulillah percubaan pertama menjadi,Mr D dan adik Cik Sue pun kata sedap,ehhh terpuji diri sendiri lak hehhehe.Ni kitaorang makan dengan mee bayam yang Cik Sue rebuskan dan tos.Makan ngan pasta pun sedap jugak,atau dapat "garlic bread" ke kan.Boleh juga makan bila-bila masa,sarapan ke,minum petang ke,sesuai je.


Selamat mencuba.

p/s : Rajin pulak mencuba resepi mudah-mudah sekarang ni tambahan ada bantuan alat memasak cam pressure cooker,oven bersih sikit dapur hehehhee.




Post a Comment

20 Comments

  1. Alahaiiiiiiii......sajer jer tau...dah la rehat td akak makan sosej je...

    ReplyDelete
  2. cedapnyaaaa , boleh try ni .. kesian oven tak di gunakan haha

    ReplyDelete
  3. Terus perut ena jadi lapar. Huaaa. Ena dah la hantu cheese. Boleh cuba ni. Esok nak buat la

    ReplyDelete
  4. Fuhhh nampak sedap dan menyelerakan laaaa Sue.. nnt akak nak try jugak laaa..

    ReplyDelete
  5. Sedapnya, nak buat pun mudah! Nanti boleh try.

    ReplyDelete
  6. Ya Ampun... dugaan pabila melihat ini

    ReplyDelete
  7. hahaha rasa nak beli hilip tu jugakkkk !!!

    ReplyDelete
  8. nampak senang jer kak su masak.... kalau rumah dekat, ketuk pintu dapur dah ni

    ReplyDelete
  9. rajinnya kak sue. macam sedap dkt kedai

    ReplyDelete
  10. Waaaa dapnyer dapnyer... lapor la plok pepagi tgk.makanan sedap..

    ReplyDelete
  11. Terliur tengok ni . CCL nak cuba buat hujung minggu ni . Save resepi

    ReplyDelete
  12. jumpa dh resepi yang dicari..10q for sharing

    www.kickstory.net

    ReplyDelete
  13. Sue lapar laaa.. nak suruh masakkan nanti masuk.kat poket doraemon ya.. nak makan malam ni hahaa

    ReplyDelete