Cik Midah MUA Terengganu Terbaik

Cerita sebelum puasa lagi tapi nak update juga,sebagai kenangan.Mesti la nak abadikan dalam blog,bukan selalu tau Cik Sue cantik jelita cam ni hahahahha.Ye la dok rumah je sekarang,paling-paling pun pakai bedak ngan lipstick je la.Meh Cik Sue cite kenapa Cik Sue jadi cantik jelita ni.

Photoshoot Raya KBBA9

Kisahnya sebelum puasa hari tu Cik Sue sempat join sesi photoshoot hari raya KBBA9 yang bertempat di Muzium Kesenian Melayu,UPM.Cantik tempatnya rumah tradisional melayu,memang sesuai la untuk tema hari raya,mengimbau nostalgia beraya di desa gituuuu.Gambar kitaorang ni di ambil oleh jurugambar terkenal Wan Izhar yang berpengalaman luas dan sangat berbakat.Dia ni banyak ambil gambar artis-artis dan pernah menang gambar kulit album terbaik Stacy kalau tak silap (boleh check ig dia).
Best ambil gambar dengan dia ni,sangat profesional dan mudah faham arahan dia,malah sabar dengan kami,model-model amatur ni haahahah.Nanti dah siap gambar Cik Sue share di lain entry ye.

macam2 pesen dah haa...mak2 bapak2 orang ni hehehhe

ehemmm2 tunggguuuu hasilnya nanti k

FB Wan Izhar https://www.facebook.com/wanizhar
IG Wan Izhar  https://www.instagram.com/wanizhar/

IG Muzium Kesenian Melayu www.instagram.com/muziumupm/

Jurumekap / Mua Terengganu

Memandangkan nak photoshoot raya,nak juga mekap wajah supaya tak kusamkan? Takkan nak bergambar dengan muka berlengas,berminyak bagai,Cik Sue cari juga Mua atau jurumekap tapi tak de yang boleh datang pulak tarikh tu,kebetulan Qaseh dapat jurumekap dan sudi mekapkan Cik Sue sekali,Alhamdulillahhhh syukur sangat.

Rupanya Mua datang dari Terengganu,Allahhhh, speechless Cik Sue ,dia sudi datang dari jauh tuk mekapkan kami.Cik Sue dah serba salah di buatnya.Tapi Qaseh kata dia sanggup so ok la.
Haaaa,ni la dia tuan punya badan Cik Midah kita,sapa setuju kalau Cik Sue kata dia iras Wawa Zainal ehehhe lebih kurangkan? Kitaorang siap panggil wawa lagi hhehhehee.

Cam wawa zainal kan? heheheheh ni la Cik Midah kita.
Masa hari photoshoot tu,pukul 6 pagi kitaorang dah mula mekap sebab nak mekap dua orang jadi agak lama sikit amik masa,sesi photoshoot pulak start pukul 9 jadi kena kejar masa la.Dah la Cik Sue ngan Qaseh ada anak kecil yang tak leh berenggang.Mencabar juga la,nak mekap lagi nak susukan baby lagi.Tapi Cik Midah tetap professional,boleh handle dan fleksibel sangat.Dia solekkan Cik Sue sambil Cik Sue susukan Humaira tau,tabik ah! Ehehehee.

sebelum/selepas

Ni la hasilnya,amacam,cun tak? Baik cakap cun hhahhah tapi serius Cik Sue puas hati sangat.Mahu taknya,siap mekap jam 8 pagi habis photoshoot jam 3 petang sampai rumah,mekap tetap maintain tau,tak perlu touch-up pun.Siap Cik Sue boleh sambung selfie lagi kat rumah.

tiba-tiba sukaaaa tengok muka sendiri


MUA pun comey weiii yang mekapkan Cik Sue n Qaseh


Sib baik en somi puji cantik ,kalau tak tido luar la dia hahahha.

Paling Cik Sue suka mekap Cik Midah ni,ringan je rasa muka,tak rasa bertempek bedak atau tebal pun.Rasa macam tak mekap tapi tengok cermin haaaa masih cun lagi sampai ke petang.Memang berbaloi la guna khidmat Cik Midah ni.

ni kat rumah balikoutdoor photoshoot tu.
sempat lagi selfie2 sebelum cuci ,tetap maintain mekapnya.

Untuk korang yang tinggal di Terengganu bolehlah dapatkan khidmat solekan Cik Midah kita ni.Mintak je nak mekap macam mana,Insya Allah cantik.Cik Sue ni request nak mekap ala Vanida Imran dalam Red Kebaya,gituuu ahahhaha.Lipstik merah mak ngah hahahha.Memang puas hati.

Cik Midah kita ni aktif mekap dan solekkan pengantin dan kalau nak mekap untuk apa-apa majlis pun boleh,hubungi/PM je dia,ni kat bawah Cik Sue bagi info :




P/s : Bila laaaaa nak cantik-cantik gini lagi,suka mekap tapi tak pandai huhuuu....

Kalau korang nak cantik jelita juga ,korang cuba Produk Rose ni.

Post a Comment

6 Comments

  1. MUA lawa nau hari tu.. untungla gebusss.. hehehehe.. cun cun..

    ReplyDelete
  2. wow..mesti edy trpegun ni..ye ko mek sue ni..kihkih

    ReplyDelete
  3. Pandai MUA makeup kan sue...terus jadi model tau...cun habis!

    ReplyDelete
  4. cantik, nampak lain betul muka sue. muka MUA tu serius macam wawa zainal. fehhh

    ReplyDelete
  5. namapk kurus pula 2 last gmbr terakhir hahaha.... lawa la. tp jauh

    ReplyDelete