Setahun berlalu...


Terbaca status rakan Facebook Cik Sue
Ok, ini status kerut dahi kening bertemu kening... tapi bukan niat nak cipta kontoversi tapi sekadar utk peringatan dan motivasi sendiri yg kadang2 ada goyahnya...
Melepaskan karier sbg jurutera cabuk lebih dr 10 thn utk jadi FULLTIME HOUSEWIFE (boleh juga baca home manager) bukan hal mudah.
Banyak benda yg terpaksa dilepaskan.
Segulung ijazah dan sebuah buku kulit keras tulisan sendiri (thesis) yg sampai tahap nak kemurungan nak siapkan dipandang sepi...
Tapi melihat anak membesar 24jam depan mata adalah peluang hebat yg tak mampu ditukar ganti... mungkin peluang ini hanya datang sekali. Dan tak semua ibu lain punya peluang seperti ini.
Tapi peringatan keras utk diri sendiri...
Jangan sesekali beranggapan diri LEBIH MULIA hanya kerana memilih utk jadi fulltime housewife...
Dan isteri/ibu yang bekerjaya itu BUKAN ISTERI/IBU MITHALI.
Berapa ramai isteri/ibu terpaksa bekerja hanya utk sebuah kelangsungan hidup.
Dan isteri/ibu berkerjaya...
jangan sesekali merasa dengan punya KERJAYA, boleh bergaya dgn pakaian dan handbag berjenama anda seorang yang hebat... dan fulltime housewife itu NOBODY dan tak bercita-cita tinggi.
Perjalanan hidup kita Allah dah tetapkan dgn cerita tersendiri...
Jadilah apapun - housewife, engineer, doktor, cikgu, gabenor bank negara mahupun isteri perdana menteri sekalipun... anggap saja semua itu sebagai medium untuk dapatkan saham tertinggi di akhirat sana.
Perkahwinan bukan destinasi...
tapi sebuah perjalanan menuju destinasi yg hakiki.
Moga kita dapat berjiran di Syurga Ilahi.

Lalu teringat diri sendiri,1 April 2017 genap setahun letak jawatan (kuli je) dari syarikat.Nak kata menyesal,tak sekali,sebab perancangan awal memang nak cari kerja lain.Awal-awal tak ramai yang tahu Cik Sue resign,bukan tak nak cakap,malas,sebab nanti akan banyak soalan hehehe.Yang rapat yang terdekat je tahu.Ni la baru nak bercerita :P Kenapa berhenti? Panjang ceritanya,pendekkan! tak dapat penuhi permintaan dan arahan pihak syarikat,tawaran yang di beri tak boleh nak di ikut,daripada susahkan orang,Cik Sue amik keputusan berhenti je,tentunya selepas berbincang dengan suami la.Dan suami benarkan,sebab kalau tak berhenti sedikit sebanyak akan susahkan dia hehehehe.

Apa perasaan lepas setahun? Bersyukur,ada hikmah,dan banyak sangat hikmah Allah bagi.Elok resign sedang elok di sahkan mengandung,dan alahan yang sangat teruk,kalau bekerja time tu mesti officemate dan bos pun nyampah asyik mc je hehehhee Lepas bersalin,plan nak cari kerja tapi dengan ekonomi sekarang agak payah,tambahan pulak hati tak kuat nak tinggalkan anak di rumah pengasuh (alasan ni paling cliche orang dengar tapi yang ini selalu menggugurkan air mata)

Selepas setahun ,Alhamdulillah masih di beri rezeki yang kadang-kadang tak terjangka,sikit atau banyak itu bukan ukuran yang peting berkat dan di rahmati Allah.Alhamdulillah suami sangat memahami apa kesan bila dia sorang yang bekerja,bak nasihat sorang kawan,downgrade life dan jangan buat hutang.Hidup dengan apa yang ada,kawal nafsu.Beli dan guna duit untuk apa yang perlu sahaja.Dan setakat ini masih cukup keperluan yang en suami beri,malah selesa sangat dah,kalau tak tak de la naik berkilo-kilo ni hehehe..

Selepas setahun,ucapan terima kasih yang tak terhingga untuk en suami,kerana sangat memahami,sangat bertimbang rasa,terlalu banyak berkorban.Susah senang masih sanggup bersama.
Ye hidup perlukan duit,tapi jika kita bijak mengaturnya Insya Allah,mudah.Tipu kalau kata kami tak bermasalah duit bila sorang bekerja,tipu kalau kata sentiasa ok.Tu keta Cik Sue dah setahun tak servis hehehhe,nak bayar roadtax kumpul sikit-sikit tiap-tiap bulan lebih duit belanja.Tak nak susahkan en suami.Kekadang barang dapur pun terbabas juga.Tapiiiiii,kena pandai la,pandai aturkan hidup,ikhtiar mana yang perlu,dahulukan ,yang tak perlu ,hold dulu.

Eh panjang lak membebel,just nak share pendapat,tak kisahla ,ibu tu bekerja atau suri rumah,pengorbanannya tetap yang terbesar untuk anaknya.Sanggup lepaskan apa yang mereka mahu demi anak-anak.Penat ,letih bekerja,putus asa dengan cabaran kerja balik rumah,anak-anak menyuntik semangat.Ibu-ibu di rumah pula,tiada income sendiri tiap-tiap bulan namun kerana anak sanggup korbankan keinginan diri berbelanja dengan duit gaji,boleh beli apa yang di kehendaki.

Ibu,bekerja atau suri rumah,peranan dan tanggungjawab tetap sama.Ada degree ke spm ke pmr ke,sama sahaja.Semua ada peranan sendiri.Semoga kita semua menjadi ibu yang terbaik ye kawan-kawan.

#membebeldipetanghari

p/s :
Ma abah mula tahu dah resign mereka hanya pesan,jaga hubungan dengan Allah.Insya Allah ,sesak macam mana pun Allah bantu.

Post a Comment

3 Comments

  1. Jaga hubungan dengan Allah..insyaallah Allah akan jaga kita juga..Semoga Sue eddy dan jugak maira akan teris dimurahkan rezeki .. aamin aamin

    ReplyDelete
  2. InshaaAllah kaksue , qaseh pun tak kerja sobsss tak pe ada banyak rezeki buat kita dan semoga di perluaskan rezeki abe edyy

    ReplyDelete
  3. insyallah..rezeki datang pelbagai bentuk

    ReplyDelete