Single Permata Saadah buah tangan terbaru Noraniza Idris


Sudah lama tak melihat Ratu Irama Malaysia kita bergiat aktif dan muncul di kaca tv kan? Penyanyi Noraniza Idris yang dulu kalau buat persembahan kat Anugerah Juara Lagu tu memang kita nantikan,meriah dengan penari penuh pentas,dengan props dan gimik semua,kini beliau uncul kembali selepas lama menyepi dari sebarang lagu baru.Masih lagi membawa irama malaysia,sesuai dengan kempen beliau #saveiramamalaysia .Cik Sue memang dari dulu minat dia,dari zaman dia nyanyi lagu-lagu balada,zaman dia berlakon waktu muda-mudi,zaman dia nyanyi lagu-lagu medley kat Hiburan Minggu Ini dengan Salwa,Nasir Wahab,zaman duet dengan Ahmad Fauzi,Abdullah Chik lagi,haaaaaa layan oiiii sebab ma selalu layan heheheh.

Majlis Perlantikan Duta dan Perlancaran Single "Permata Saadah"



Selasa lepas Cik Sue sempat menghadiri majlis perlancaran single terbaru Kak Ani dan perlantikan beliau sebagai duta Permata Saadah iaitu sebuah syarikat catering dan penganjur majlis perkahwinan.
Majlis yang di rasmikan oleh Y.M. Tengku Dato' Hishamuddin Zaizi bin Y.A.M Tengku Azman Shah Al-Haj ini berlangsung meriah dengan kehadiran peminat,penggiat seni,dan rakan media.

Y.M. Tengku Dato' Hishamuddin Zaizi bin Y.A.M Tengku Azman Shah Al-Haj
Pengarah dan Pengasas Permata Saadah (M) Sdn Bhd,Mohd Syahid Abdal Bin Kamerudin 


menandatangani perjanjian perlantikan duta permata saadah
Majlis ini juga menyaksikan upacara menandatangani perjanjian perlantikan Noraniza Idris sebagai duta syarikat Permata Saadah selama 2 tahun dan syarikat ini juga menaja penerbitan single terbaru lagu beliau bersempena hari ibu.Yang menyanjung kelembutan serta kegigihan seorang ibu.

Mereka memilih Noraniza Idris sebagai duta sesuai dengan kelembutan dan keaslian irama malaysia yang di perjuangkan serta sesuai dengan perniagaan yang di jalan iaitu perkahwinan yang mengikut adat dan budaya melayu.Cik Sue pun rasa memang sesuai sangat la Kak Ani di pilih,kalau majlis kahwin pasang lagu-lagu beliau pun memang sesuai sangat.

antara yang hadir

Permata Saadah (M) Sdn Bhd

Permata Saadah menjalankan perniagaan katering majlis perkahwinan pada awal penubuhan sejak 2011,dan kini berkembang luas dengan membuka perkhidmatan sewaan peralatan khemah untuk pelbagai majlis.Simbolik nama Permata Saadah adalah sempena nama ibu kepada pengasasnya Mohd Syahid Abdal Bin Kamerudin iaitu Puan Saadah,lalu di jadikan tajuk single Noraniza Idris dan di dedikasikan kepada para ibu dan wanita.

Untuk maklumat lanjut boleh ke :


ALAMAT :
No 33,Jalan BRP 6/13,Bukit Rahman Putra
47000 Sungai Buloh,Selangor.
Tel : 03-61518844
Hotline : 018-9888504





Single "Permata Saadah" ini berkonsepkan Pop Tradisional terbitan syarikat rakaman Kak Ani sendiri iaitu Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd (NIPVSB) dan di dedikasikan khas buat para wanita sempena hari ibu.Dan ini adalah single kedua selepas :Wangikanlah Hatimu" duet bersama Tyka.Lagu ini di tulis lirik oleh penulis lirik berbakat Ahmad Fedtri Yahya yang tak asing lagi dengan ayat-ayat puitis beliau,memang Cik Sue minat dia,dengar dia jadi pengacara atau hos majlis pun dah terpesona dengan kata-kata dia.Komposer pula Rosli Selasih yang tak asing lagi dalam industri muzik tanahair.Kalau korang nak dengar lagu ni boleh bukak dalam Joox Music,Spotify Music,Itunes Store,deeZer atau Yonder Music ye atau tunggu video kat youtube Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd.

Single ini di taja oleh syarikat Permata Saadah (M) Sdn Bhd kerana pemiliknya ingin meluahkan rasa terima kasih dan penghargaan kepada wanita terpenting dalam hidup beliau iaitu ibu dan isteri tersayang malah membawa maksud "kebahagiaan yang tidak ternilai".



Di majlis tersebut Kak Ani sempat menyampaikan single terbaru ini dan single terdahulu bersama Tyka sebagai hiburan untuk tetamu yang datang,selain artis NIPVSB yang turut membuat persembahan iaitu Fee Haiqal dengan single terbaru beliau "Aku Mencari".




Sambil menikmati hidangan yang di hidangkan oleh pihak syarikat tersebut kami kemudiannya di persembahkan pertunjukan fesyen koleksi pakaian dari "Aura by Noraniza Idris" yang di miliki oleh Kak Ani sendiri.Koleksi pakaian lelaki dan perempuan untuk hari raya nanti.





Terima kasih banyak pihak NIPVSB dan Permata Saadah (M) Sdn Bhd atas layanan baik dan makanan yang sedap,korang jangan lupa dengar single terbaru Kak Ani tau,dan sokong irama malaysia,Kot masuk Juara Lagu lagi kan best,barulah meriah,jom bangkitkan semula irama warisan kita.

#saveiramamalaysia

Post a Comment

10 Comments