Resepi Grilled Chicken Vege

Resepi Grilled Chicken Vege

Hai korang,mak-mak kat rumah tu,nak masak apa lunch hari ni,meh Cik Sue bagi cadangan.Menu sabtu lepas.kononnya nak ratah ayam ngan sayur tu tapiiiiiiii nak nasi jugak akhirnya hahahha,ai is tak leh diet baby kuat nyusu,sentiasa kelaparan.Dua tiga minggu lepas asyik masak kuah santan ,goreng-goreng dan sambal berminyak,tiba-tiba minggu ni rasa muak dah,so kita masak grill-grill,panggang mudah-mudah sihat je la ye.Jom tengok resipi campak-campak Cik Sue ni.

Bahan :
500gm ayam-bahagian peha dan dada
4 biji kentang-basuh bersih belah dua (nak letak banyak pun sukahatilah hahaha)
Baby Carrot-Segenggam (atau sukahati korang)
1/2 peket paste tandoori Brahims *
1 senduk sos bbq Kimball *
Minyak Zaitun *
4 sudu-parsley kering *
4 sudu-rosemary kering *
2 sudu serbuk lada hitam *
2 sudu madu *
2 sudu sos tiram *


Cara penyediaan Resepi Grilled Chicken Vege:

1. Satukan semua bahan yang bertanda * dalam mangkuk .masukkan ayam,kentang dan carrot yang di basuh bersih.
2.Gaulkan rata,perap sekejap dalam 30 minit.
3. Lapikkan tray pembakar dengan aluminium foil,sturkan ayam dan sayuran,masukkan dalam oven bakar api atas bawah ,suhu 170 darjah celcius.Tunggu masak,nak ratah boleh nak makan ngan nasi pun boleh.

Oh ya..Cik Sue tak guna garam sebab pes tandori ngan sos tiram dah masin.Amacam,senang je kan...
Selamat mencuba.


Post a Comment

4 Comments