Menjamu Selera Ala Thai di Cafaeyen Cafe,IOI City Mall,Putrajaya bersama Aeril Zafril.

Lama Cik Sue tak berjimba-jimba di shopping mall,maklumlah ada anak kecil ni payah sikit,kena tunggu ayahnya ada baru yakin,tapi kali ni cuba juga bawa Humaira ,tak pe Cik Ty dia ada ngee.Sabtu lepas sempat luangkan masa makan tengahari di Cafaeyen Cafe,Ioi City Mall,Putrajaya.Kebetulan pelakon hensem Aeril Zafril yang sekarang tengah popular dengan drama Nahu Rindu di TV3 pun ada sama.Siap makan tengahari dengan kami tau hehehe.Dian hadir untuk promosikan "signature thai tea" dari Cafaeyen Cafe ni.Sedap!



Kali pertama melangkah masuk kafe ni,suka tengok deconya ,simple,kemas.Ruang makan boleh memuatkan anggaran 20 orang dalam satu masa.Kalau nak beli minuman tehnya untuk tapau pun boleh.Pastinya Thai Tea jadi pilihan la.Kafe ni hidangan menu original dari Thailand.Cik Sue boleh katakan rasanya memang original Thailand,tak rugi cuba memang sedap.Mula-mula terfikir banyak sangat dah Thai restoran sekarang ni,mesti samaaa atau biasa-biasa je rasa makanan.Tapi sekali cuba,konpem nak repeat lagi.Ni apa yang Cik Sue rasa la tekak sendiri,kalau korang cuba tak sedap jangan marah ai okeh.Jom tengok menu yang Cik Sue dan kawan-kawan cuba Sabtu lepas :

Gai Yang
Grilled chicken
RM13.90
Menu ni Cik Yanty order tapi kami kongsi-kongsi rasa,memang sedap,ayam gril dengan sos tu memang kena.Kalau korang pernah makan pulut ayam haa lebih kurang tu la ayam dia tapi ni versi bakar.Isi ayamnya lembutttt sangat,cicah sos lagi la sedap.

Tom Yum Talay
Tom yum seafood noodle
RM18.90
Yang ni pulak Cik Sue order,teringin nak makan tomyam,jenis meenya kita boleh pilih ,jadi Cik Sue pilih "thai rice noodle".Nak kata pedas,tak de la pedas macam makan cili api tapi ada rasa pedas yang tersendiri,kuah tomyam ala-ala lemak masam,memang kena ngan tekak.

Khoo Pad Sab Pra Rad
Pineapple fried rice with seafood
RM19.90
Menu yang ni Cik Fiza yang order,Cik Sue cuit-cuit je.Nasinya sedap,tapi tak rasa nenas sangat.udang pun fresh.

Tub Tim Kob
Water chestnut with coconut milk
RM8.90
Yang ni lak Moka yang order,menjadi rebutan,sedap oiiii ,datang lagi memang nak order.Wajib cuba.

Som Tam
Thai Salad
RM12.90
Menu wajib makanan Thai,pastinya nak rasa somtam kan,agak pedas tapi sedap,cukup rasa.

Mango Sticky Rice
RM16.90
Yang ini pun sama,cuma bagi Cik Sue kuah santannya kurag,boleh mintak kot hehehehe.Mangganya sedap,pulut pun lembut.

Tom Yum Kung Mor Fire
creamy & spicy tom yum soup with seafood
RM38.90
Menu ni boleh makan 4 atau 5 orag,banyak bahan kat dalamnya.

Seafood Pad Pang Karee
Stir fried seafood with curry powder
RM25.90
Yang ni sedap,Cik Sue  rasa sikit je,terasa rempah karinya tetiba macam nak tr kat rumah hehehhe.
Pla Kra Phong Lad PrikSam Rod
Deep Fried seabass topped with thai chili sauce
RM49.90
Tak pedas sangat pun sos ikan siakap ni,biasa-biasa je.

Pla Krapong Nun Manow
Steam Seabass in Lime Sauce
RM49.90
Ikan siakap stim lembut isinya tapi terasa kemanisan isi ikan dengan serapan bahan-bahan lain.

fruity coke
RM14.90
Teruja Cik Sue tengok air ni hehheeh,tak pernah lagi jumpa,air coke yang di campur buah-buahan.Ada satu lagi air sprite tak sempat nak ambil gambar.Sedap tapi Cik Sue tak minum sangat air bergas huhuuu.
Hot Latte RM7.90.Signature Cha RM7.90
Yang ni Latte panas Cik Sue punya ,sedapppp dan Thai Tea Cik Yanty,signature tea kat sini dah pasti la sedap.




Sempat la bergambar dan borak-borak dengan Aeril tengahari tu,humble sangat dia ni rileks je,dah habis promosi teh kat kaunter,terus datang lepak makan tengahari kat meja kitaorang.Borak-borak macam kawan-kawan lak.

Korang patut cuba makanan kat Cafaeyen ni,tak rugi kalau bila-bila datang ke IOI City Mall ni singgah la.Cik Sue pun nakdatang lagi bawa Mr D pulak.Tak sempat nak borak lama dengan Aeril sebab nak ke destinasi lain pulak.Kalau korang nak terjah maklumat ada kat bawah ni ye :

Alamat 
LG-36, IOI City Mall, Lebuh IRC, 
IOI Resort City, 62502 Putrajaya, Malaysia
Tel : +6012 2900 449
Waktu operasi : 10AM–10PM

Post a Comment

2 Comments

  1. Hammbooii humaira g jumpa retis.. Tp sayang, ibu jer makan..humaira tgk jer..kejam ibu ni hahahaa

    ReplyDelete
  2. air dia unik ..yang coke tu..sampai botol sekali disumbat

    ReplyDelete