Di mana timbang rasa dan adab.

Jam dah 1.30 pagi,Humaira dan Mr D dah lena depan tv,tapi tv pasang channel radio la,teman Cik Sue mengadap laptop.Siang hari memang tak sempat la godek blog,dok ulit si kenit tu je hehehhe.

Tengah asyik mengarang,prenggggg sib baik tak tercampak mouse,kesian Humaira terangkat kaki tangan terkejut.Allah haiiii pakat mai dahhhhh...Mr D,dia tak sedar apa dah bila on "enjin" hahahha.Letih tul memikirkan mat motor kat kawasan taman ni.Diorang tak pernah terfikir ke ,anak orang nak tido,orang balik keje penat nak rehat,kalau ye pun nak test motor ke apa,pegi la jalan besar kat Putrajaya sana,tak de orang pun,jauh dari kawasan perumahan.

Pernah suarakan kat makcik sebelah ni,orang lama kat sini,ye la kami ni menyewa je,sekali dia kata tak yah la nak tegur,kang tayar keta kitaorg lak jahanam,kang adaaaa je benda di balasnya.Kata makcik mak bapaknya pun sebelahkan anak,tu yang jadi gitu.Hurmmm,kita pulak yang nak kena sabar dengan perangai diorang.

Kekadang datang geram terkeluar gak kat mulut ,mintak la jahanam motornya.Astaghfirullahhhhalazimmm,tak baik kan tapi tu la,hilang sabar wehhh siang ok la lagi,ni malam buta,terganggu sangat.

Semoga suatu hari ada yang memberi pengajaran dan insaf la hendaknya.

Post a Comment

0 Comments