Resepi Sagumpal Inti Kacang Hijau



Sejak akhir-akhir ni,selera asyik nak makan desert atau makanan manis pulak.Nak beli kang terover manis sangkut lagi bila checkup,jadi mari la kita bereksperimen sendiri resepi yang ada,hehehhe.
Mula-mula nak buat sagu gula melaka tapi dah biasa makan,teringat dulu kecik-kecik bulan puasa ma selalu buat yang bulat-bulat ada inti kacang hijau namanya sagumpal.Payah dah nak jumpa sekarang sebab buatnya renyah sikit.tapi sedap.

Jom Cik Sue kongsikan resepi dan cara nak buat ye,kot korang rajin boleh la cuba buat.Ni pun Cik Sue google dan tanya-tanya ma macam mana nak buat.Cik Sue sesuaikan dengan selera sendiri je ni.

Resepi Kuih Sagumpal Inti Kacang Hijau

Bahan Sagu :
250 gm sagu kecil-cuci dan toskan (nak pakai yang putih boleh yang warna pun ok)
1 cawan air panas

Bahan Inti Kacang Hijau
250 gm kacang hijau
100gm gula melaka di hiris halus
50 gm gula pasir
600 ml air
1 sudu besar tepung gandum

Bahan Kuah 
800ml santan
150gm gula pasir-boleh kurangkan kalau tak suka manis
2 helai daiun pandan simpulkan
1 ulas bawang merah mayang halus
1 sudu kecil halba
1cm halia hiris 
secubit garam

Cara memasak :
Inti Kacang :
-rendam kacang 2 jam,masakkan bersama air hingga kembang,biar sampai airnya kering tapi jangan hangus pulak tau.
-Masukkan gula melaka dan gula pasir,kacau rata,rasa ikut kesesuaian tekak anda ye,kalau kurang manis tambah la gula.
-Taburkan tepung gandum untuk pekatkan,masak hingga kering,biarkan sejuk dan bulat-bulatkan ,biarkan di tepi.

Sementara tu cuci sagu dan toskan 1/2 jam

-Masak kuah dahulu,masak santan dengan gula pasir bawang merah ,halia,halba dan daun pandan.
-Perasakan dengan garam,biarkan mendidih dengan api perahan.

Bebola Sagu
-Ambil sagu yang di tos tadi masukkan air panas sikit-sikit sampai boleh kepal dan di bulat-buatkan.
-Sambil tu panaskan air kosong daam periuk untuk merebus.
-Ambil sagu sebesar bola pingpong atau ikut saiz yang korang suka,leperkan dan letak inti kacag kat tengah,bulat-bulatkan sampai lindung intinya,jangan terkeluar inti tau nanti pecah lak dalam kuah,tak cantik nanti hehehhe.
-Nak senang pakai sarung tangan plastik masa kepal-kepalkan sagu tu,baru tak melekat kat tangan.
-Dah mendidih air dalam periuk tadi masukkan bebola sagu tu,biarkan masak seketika (nampak jernih .tak nampak dah putih-putih biji sagu tu) angkat dengan senduk lubang-lubang masukkan terus dalam kuah.ulang sampai habis sagu tadi.

-Biarkan bebola dan kuah mendidih sekejap,boleh tutup api dapur,sejukkan ,masukkan dalam peti ais pun sedap,panas-panas ni kan.


Agak renyah cara memasaknya tapi puas hati la makan,sedap je bagi Cik Sue la.Dan Cik Sue tak buat manis sangat,sedang-sedang je.Mr D pun first time makan ,sedap katanya (dia tu semua benda sedap hahahahhah)

Selamat mencuba.





Post a Comment

10 Comments

  1. sagu tu comey... dkna fail nak masak sagu sebab jadi huduh hahahaa

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap, belom pernah jumpa dan makan lagi.
    Salam ukhuwah dari Bunda.

    ReplyDelete
  3. huk aloss.. sj jah wat ore terliur sue ni..:)

    ReplyDelete
  4. sedapnya kuih ni kak sue. nak try buat jugak lah. :)

    ReplyDelete
  5. tgk gambar mcm sedap... nnt nak try gak la..

    ReplyDelete
  6. tak pernah makan sagu gumpal hijau ni. boleh cuba nanti.. tq darling for d recipe..

    ReplyDelete