Elle Zada X Sam Syatilla : Projek Raya 2016

Elle Zada bukan nama asing lagi dalam industri fesyen di Malaysia hari ni.Tambahan trend hijabista dan muslimah sekarang,Elle Zada memang menjadi pilihan dengan konsep "Patuh Syariah" mereka.Lalu berjaya bersaing dengan nama-nama besar dan membawa produk mereka ke pasaran luar negara seperti Singapura,Brunei dan UK.


Ahad lepas Cik Sue berpeluang menghadiri sidang akhbar berkenaan Projek Raya 2016 oleh Elle Zada.Apa itu Projek Raya 2016? ia adalah kolaborasi Elle Zada x Sam Syatilla.Kerjasama pihak Elle Zada dengan pasangan artis popular Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin.Projek ini adalah sempena musim perayaan 2016 dengan memasarkan lebih 60 koleksi raya.Ada berbagai jenis fesyen untuk lelaki dan perempuan,memang cantik-cantik jubah,baju kurung moden,baju melayu dan kurta dalam koleksi ini.Kebetulan host pada hari itu Heliza Helmi dan Nik juga menggayakan koleksi dari Projek Raya 2016 Elle Zada x Sam Syatilla ini.Memang cantik,lama juga la Cik Sue dok tenung heheehe.

cantik kan design koleksi ni
Majlis di teruskan dengan ucapan dari Owner Elle Zada iaitu Puan Elle Rasif dan ucapan perasmian oleh Dato Normaziah Sheikh Mohamed.Kemudian kami di pertontonkan video promo koleksi Projek Raya 2016 ini.
antara tetamu yang hadir

ucapan perasmian oleh Dato Normaziah
Bersesuaian dengan hastag #inibarulahchampion koleksi baju raya kali ini memang berbaloi untuk di beli,kenapa? sebab gimik aktiviti parkour dari kumpulan Bar-risan dengan memakai pakaian dari koleksi membuktikan ianya tahan lasak dan tidak mudah koyak walau melompat dan memanjat.

ko mampu pakai baju melayu main lompat-lompat? 
Design baju raya ini memang cantik dan sofistikated gabungan idea Sam Syatilla dan pemilik Elle Zada,bak kata Sam biar pakaian itu pelbagai guna,contohnya kurta yang boleh di 
'tuck-in" sebagai kemeja ke pejabat dan di keluarkan sebagai pakaian ke masjid.Mudahkan?

cantikkan?
Dengan bertemakan "Sediakan pakaian kemenangan.fokus ibadah Ramadhan",warna yang terdapat dalam koleksi ini sangat menarik hati Cik Sue,memang menawan.Jom lihat antara koleksi yang ada.









Amacam? dah tergoda ke? suka warna apa? Cik Sue dah cop warna hijau heehehe.Masa majlis tu Cik Sue sempat la rasa material kain yang Heliza pakai,memang berkualiti macam kain mahal.Dan nak tahu  tak harganya lingkungan berapa? Ha jom Cik Sue cerita tawaran hebat tuk korang ye.

Ha,korang dah boleh start order tau baju ni kang tunggu  puasa  langsung tak dapat,Jom tengok detail dan cara-cara nak pre-order ye.

1. Pre-order dengan agen-agen yang di lantik dan korang akan dapat potongan RM20 untuk 1 item.
2. Tempoh Pre-Order dari 20 Mac hingga 30 April 2016
3. Setiap Pre-Order akan dipos secara berperingkat bermula 1 hingga 8 Mei 2016.
4. Semasa tempoh Pre-Order ,setiap item layak mendapat potongan RM20
5. Ok,mana nak cari agen -agen mereka ,korang klik link kat bawah ni ye,Pre-Order ngan diorang je korang boleh dapatkan potongan harga.

Senarai Agen Projek Raya 2016

Harganya berapa Cik Sue oii? meh tengok sini lak :

Harga Pakaian Lelaki

NO
KOLEKSI
HARGA ASAL
HARGA PRE-ORDER
1.
Baju Melayu
RM189
RM169
2.
Jubah
RM189
RM169
3.
Kurta
RM129
RM109

* Baju Melayu tidak termasuk kain songket & butang baju Melayu
* Jubah tidak termasuk butang





Harga Pakaian Perempuan


NO
KOLEKSI
HARGA ASAL
HARGA PRE-ORDER
1.
Baju Kurong
RM209
RM189
2.
Jubah
RM199
RM179
3.
Abaya
RM229
RM209


Berbaloikan? Kualiti premium tapi harga mampu milik. #inibarulahchampion !

Untuk info lanjut juga korang boleh ke link di bawah atau hubungi mereka di :

Web : http://www.ellezada.com/

Facebook : https://www.facebook.com/ElleZada/

Butik : ELLE ZADA PRINCIPLE BOUTIQUE
YOUR TUDUNG LABUH EXPERT!
No 12 & 12A Ground Floor Dataran Wangsa 1,
Dataran Wangsa Melawati, 53300, Kuala Lumpur.

Email : ellezadaofficial@gmail.com

bisik-bisik: macam hijauuuu je tema tahun ni hehehhee berkenan la pulak nak kena pujuk en suami ni.

Post a Comment

10 Comments

  1. cantik pulak tengok deisgn dan padanan warna dia! :)

    ReplyDelete
  2. Kenan warna merah tu sue...huwaaaaaaaa cantik!

    ReplyDelete
  3. Kak Sue berkenan warna hijauuuu..cantik!

    ReplyDelete
  4. cop merah arr utk raya.. baru mengoda!

    ReplyDelete
  5. suka sangat dengan koleksi baju kurung dia.. cantik.. plan nak pakai utk raya thn ni hihih

    ReplyDelete
  6. Suka koleksi yang warna merah jambu. Design nya simple dan cantik

    ReplyDelete
  7. boleh tahan cantik baju2 dia kan...

    ReplyDelete