Cafe Masakan Melayu dan Fusion sedap di Cyberjaya : Trulia Cafe

Selalu kalau pergi Cyberjaya mesti korang tengok banyak pilihan restoran dan cafe makanan asingkan macam Arab,Pakistan,Afrika,Korea,Jepun dan lain-lain.Tak banyak sebenarnya restoran dan Cafe masakan melayu tapi kali ni Cik Sue nak perkenalkan Cafe yang sediakan menu masakan Melayu dan Fusion.Tapi majornya masakan melayu la.Trulia Cafe dah di buka hampir setahun dan menjadi tumpuan di waktu makan tengahari.Dengan pelbagai menu pilihan dan rasa masakan yang asli memang berbaloi untuk cuba.


Cik Sue berkesempatan merasa menu-menu di cafe ini semasa perjumpaan KBBA9 yang lepas,kebetulan Abang Ben ajak jumpa di sini sambil-sambil nak rasa menu-menunya.Malam agak sunyi juga kawasan ni tapi parking agak mudah dan banyak.Ruang kedai agak luas cuma dekorasi kedai agak simple,mungkin belum ada idea.Dan jika owner selaraskan perabut meja makan rasanya lebih cantik.






Jom kita tengok menu apa yang Cik Sue dan kawan-kawan cuba di cafe ni :

Bihun Sup Utara-bagi cik sue rasanya ngam-ngam je di tekak,kuah sup secukup rasa,tambah kicap cili dan cili jeruk wahhhh...memang kena.

Bihun Sup Utara RM7.00

Bubur Nasi - yang ni Cik Sue suka ala moi sup utara juga secukup rasa dengan ikan bilis rangupnya.

Bubur Nasi RM7.00



Mee Kari Ayam - Okey! yang ni ada dalam list cik sue tuk order lagi lepas ni.perghhhh power tul kuah dia,dah marking dah mee kari dia ni,rasa sekarang juga nak pi sana hehehe.

Mee Kari Ayam RM7.00

Minuman Coffee- Ha ni satu lagi,cik sue sekarang memang giler minuman berkafein begini,dan kali ni cik sue try yang machiato tu dan sedappppp..tak manis sangat pun.rekemen korang try k.

Cafe Latte RM7.90 dan Cafe Caramel Machiato RM8.90

Grill Chicken Chop with Rice-perghhh ayam dia sedap oiii,kak nak ayam je boleh? heheheh...tak tahu nak cakap cam ne korang kena try.

Grill Chicken Chop With Rice RM13.00
Nasi Ayam dengan Ayam Merah- Menu ni bagi cik sue ok je boleh makan,dan rasa biasa-biasa je tak tau la tekak orang lain kan,yang pasti sup dia sedap hirup saja.

Nasi Ayam dan Ayam Merah RM8.00

Bubur Kacang Hijau- ha yang ni cik sue tak sempat rasa desert yang sampai dah last-last ,Abang Ben yang makan hehehe.

Bubur Kacang Hijau RM5.00

Sago Gula Melaka- adehhhh meleleh lak air liur tengok yang ini,sebab memang feveret kena plak baru kuar peti ais haiyoooo....tiba-tiba teringin huhuu.

Sago Gula Melaka RM3.50

Lamb Chop with Spageti-yang ni cik sue bagi 5/5 bintang,korang makan kat trulia cafe memang wajib cik sue suh try ni ye.

Lamb Chop with Spagethi RM16.00


Crispy Chicken Burger- Yang ni pulak kalau korang melepak sorang-sorang sambil buat keje,silalah order walau dah sejuk ayam dia tetappppppp la rangup,sos pencicah tu sedap macam ayam cicah dengan pencicah keropok.yummm yummmm.

Crispy Chicken Burger

Minuman panas- ha yang ni pulak signature hot drink kat sini Coffee C dan Tea C,kami siap dapat 2 cawan sorang tau 1 jenis 1 cawan nak try punya pasal heheheh.

Coffee C and Tea C
Memang pus hati makan kat sini,kalau korang nak buat meeting atau perjumpaan memang sesuai,Jika untuk event seperti majlis hari jadi ke ulang tahun ke pentas juga di sediakan ,ada juga khidmat catering yang boleh di tempah,penghantaran pun ada tau sekitar Putrajaya dan Cyberjaya.












Urmmmm macam nak pi lagi je,nanti la ajak yang lain-lain pulak.Kalau korang nak cuba boleh la ke alamat di bawah atau mana-mana yang berdekatan nak tempah penghantaran ke nak buat jamuan kat opis ke bolehlah call diorang ye.

FB Trulia Cafe
Instagram Trulia Cafe

Emel : truliacuisines@gmail.com

Trulia Cafe
4809-0-36,CBD Perdana 2,
Cyber 12,Persiaran Flora,
63000 Cyberjaya,Selangor
03-86885964
03-86885963

Post a Comment

19 Comments

  1. Perhhh nampak sodapp jer sue..nanti teman akk g mkn laaa kat sini hehehe..nak hirup sup dia

    ReplyDelete
  2. Sampai hati tak ajak ai... Huhuhuuuu

    ReplyDelete
  3. Sedapnya tengok padahal perut penuh gile ni 🙈🙈🙈

    ReplyDelete
  4. Lamb Chop Spaghetti tu memang nampak menggiurkanla sue hehe ...

    ReplyDelete
  5. Hadoiii, trliuuurr la ummi yg dlm.pantang ni menbaca dan usha gambar 3 tuuuu...

    ReplyDelete
  6. Hadoiii, trliuuurr la ummi yg dlm.pantang ni menbaca dan usha gambar 3 tuuuu...

    ReplyDelete
  7. Sedapnya tgk gambar menu2 yg ada.. teringin nk terjah nnti.

    ReplyDelete
  8. tgk gambar2 makanan dia pun dh tertarik..nk terjah, jauh benor kat cyberjaya..nnti la kot2 tersesat kat sana, boleh la cari..heee

    ReplyDelete
  9. selalu je lalu kat Trulia nih tapi tak berani singgah sebab takut makanan mahal hahahhah rupanya harga ok la kan n sangat standard. Tempat pun nampak cam selesa. Nanti boleh la pergi test ....sebab opis kat Cyberjaya je ni

    ReplyDelete
  10. Mengancammmm bubur nasinyaa... Nanti nak terjah la hujung minggu ni

    ReplyDelete
  11. Tarikqn lebih kpd spagheti kqmbing tu... nk juga rasa suatu hari nanti.

    ReplyDelete
  12. Menu semua sedap-sedap..nanti boleh pergi sini dan cuba sendiri..

    ReplyDelete
  13. perghhh sedapnya tengok mee kari dia.. nyum..nyum.. boleh lar pegi nanti.. dekat je dengan rumah tapi tak pernah cuba lagi.. hehe..

    ReplyDelete
  14. Tarikqn lebih kpd spagheti kqmbing tu... nk juga rasa suatu hari nanti.

    ReplyDelete
  15. Teeingin nak rasa burger ayam tu.

    ReplyDelete